41

23 5 0
                                    

"Teringat waktu kita dekat Korea kan abang!" Kata Dian teruja. Selesai sahaja bersarapan di Old Town sebentar tadi, terus Asyraf dan Dian memulakan perjalanan mereka ke kampung Asyraf di Pahang. Sepupu Asyraf yang tinggal di sana bakal melangsungkan perkahwinannya pada esok hari. Alang-alang tu bolehlah mereka ziarah sekali Haji Ismail dan Puan Khadijah, nenek dan atuk Asyraf.

"Haah betul. Dah lama kita tak drive jauh-jauh macam ni," kata Asyraf lalu diambil tangan Dian dan dibawa ke pahanya. Sempat juga matanya mengerling ke arah isterinya yang dari tadi tersenggih di sebelahnya.

"Are you happy?" Tanya Asyraf walaupun dia sudah tahu jawapan yang bakal di dengarinya.

"Very." Balas Dian ringkas.

Tak sangka betul Asyraf benda macam ni pun boleh buatkan Dian gembira.

Perjalanan mereka yang mengambil masa lebih kurang tiga jam berlalu dengan pantas. Mereka berbual sepanjang jalan sambil ditemani lagu-lagu yang dimainkan di corong radio. Asyraf memakirkan keretanya di hadapan rumah atuk dan neneknya. Sudah lama juga dia tidak ke sini. Kali terakhir ialah pada hari raya tahun lepas. Terdapat beberapa biji kereta lagi di perkarangan rumah itu. Salah satunya ialah kereta milik Encik Zaki. Yang lain-lain itu pasti milik sepupu-sepupunya yang sudah sampai sebelum mereka.

Dia memusingkan tubuhnya menghadap ke arah Dian yang sudah terlena di sebelah. Tadi bukan main seronok lagi tengok pantai di tepi jalan. Tiba-tiba dah tertidur pula. Asyraf tersenyum sendiri memandang isterinya itu. Walaupun sudah berbulan mereka berkahwin, dia masih merasa tidak puas memandang wajah wanita yang sangat dicintainya itu. Wanita yang telah berjaya memegang hatinya dari beberapa tahun lepas lagi sehingga sekarang.

"Kita dah sampai ke abang?" Tanya Dian yang sudah tersedar dari lenanya. Dia terjaga kerana terasa tangan Asyraf yang sedang mengusap-usap lembut pipinya.

"Hmm," balas Asyraf ringkas. Tangannya masih lagi menyentuh pipi Dian.

"Kenapa abang pandang Dian macam tu?" Tanya Dian yang sudah tidak keruan. Kenapa lah suaminya ini? Tenungnya sampai macam tu sekali. Tak senang duduk dibuatnya. Dah lah dekat depan rumah atuk dan nenek Asyraf pula. Buat malu sahaja kalau ada orang yang nampak.

"Sajalah. Tak boleh ke?" Kata Asyraf lembut. Dian menolak perlahan tangan suaminya itu dan membuka pintu kereta untuk keluar. Belum sempat kakinya melangkah keluar, tangannya ditarik semula  masuk ke dalam kereta oleh Asyraf.

"Abang, jomlah keluar!" Kata Dian yang sudah hilang sabar. Bila mereka nak masuk rumah ni? Sudah berapa lama mereka sampai dan Asyraf menenungnya sebegitu pun dia tidak tahu. Nanti apa pula orang cakap duduk dalam kereta lama-lama.

"Kejaplah. Sayang, abang nak kiss," kata Asyraf sambil menunjukkan pipi kirinya.

"Abang merepek apa ni. Nanti-nantilah,"

"Alaa tapi abang nak sekarang," kata Asyraf manja. Dian sudah pening kepala. Apa kena lah dengan suaminya ini?

"Abang- ," baru sahaja Dian hendak mencipta alasan...

"Asyraf, Dian, lama dah ke kamu berdua sampai?" Terdengar suara Haji Ismail dari pintu rumah.

Lega sungguh Dian rasa apabila mendengar suara penyalamatnya itu. Terus dia bergegas keluar dari kereta dan menuju ke arah atuk Asyraf untuk bersalaman. Sempat juga dia mengerling ke arah suaminya yang sudah mencebik di dalam kereta. Merajuk lah tu!

***

"Sedap sangat semua lauk pauk ni,nenek! Nenek, masak ke semua ni?" Tanya Dian yang sudah kekenyangan. Macam-macam hidangan yang dihidangkan untuk makan tengah hari selepas dia dan Asyraf sampai tadi. Memandangkan mereka sampai pun sudah hampir jam satu tengah hari. Esok kenduri mesti lagi banyak makan.

"Masak dengan ummi kamu lah," balas Puan Khadijah yang tersenyum lebar sambil menunjukkan ke arah anak perempuannya di sebelah. Seronok betul rasa anak beranak berkumpul di rumahnya. Cuma Adam dan keluarga sahaja yang tidak dapat hadir.

"Minta maaf lah nenek, ummi, kitaorang datang lambat sikit. Kalau tak, boleh Dian pun tolong masak sama-sama tadi," malu pula Dian kerana bertolak dari KL lewat sehari dari yang lain. Ummi dan ayah Asyraf sudah sampai sejak semalam lagi. Asyraf yang mencadangkan untuk mereka berdua bertolak pada pagi ini sahaja memandangkan mereka berdua sudah keletihan bekerja semalam dan dia pun tidak larat untuk bawa kereta malam-malam.

"Tak apalah. Kamu berdua pun kerja kan. Lagi pun majlisnya esok, bukannya harini," balas Puan Khadijah. Dia faham keadaan mereka. Asalkan dia dapat berjumpa dengan cucu dan cucu menantunya itu pun sudah cukup. Dia lagi suka nak masakkan untuk menjamu ahli keluarganya.

"Betul tu. Daripada nak drive waktu penat lagi bahaya. Ummi pun tak bagi Asyraf drive kalau dia letih," kata Puan Asyikin pula menyokong ibunya. Dia sendiri berpesan kepada Asyraf semalam supaya datang hari ini sahaja jika tidak larat.

Mereka membawa pinggan mangkuk yang telah digunakan untuk makan tengah hari tadi ke dapur. Dian mencuci pinggan mangkuk bersama dengan sepupu-sepupu perempuan Asyraf di dapur. Meriah betul rasa. Seronok dapat berkumpul saudara mara sebegini. Dian tidak rasa kekok langsung bersama mereka. Rasa macam dah kenal lama walaupun ada yang dia baru pertama kali berjumpa dan ada yang dia sudah pernah kenal di majlis persandingannya.

"Sayang, jom keluar," bisik Asyraf di telinga Dian ketika isterinya itu sedang sibuk memasukkan beberapa barang ke dalam goodies bag untuk diberikan kepada para tetamu pada esok hari. Dia sudah bosan duduk dalam rumah dari tadi. Nak juga ambil angin luar. Nak pergi seorang diri, tak best lah pula.

"Abang, Dian tengah tolong diorang ni. Nantilah," balas Dian kepada suaminya yang datang duduk menyendeng di sebelahnya. Dah lah ada ramai yang tengah buat kerja sama-sama ni. Takkanlah nak tinggal pula kot.

"Sayang..." kata Asyraf dengan suara meleret. Eheh mengada sungguhlah suaminya ini. Mengalahkan budak-budak!

"Siapa boleh tolong belikan cawan dengan pinggan plastik? Tak cukup ni," seru maksu Asyraf yang kelihatan resah. Baru dia perasan pinggan dan cawak kertas tidak mencukupi untuk digunakan pada majlis doa selamat pada malam nanti.

"Asyraf, maksu! Asyraf! Biar Asyraf yang pergi!" Jawab Asyraf dengan penuh semangat. Siap angkat tangan lagi. Padahal memang dia je yang volunteer nak pergi pun. Yang lain semua dah ada kerja, dia je yang tinggal goyang kaki.

"Okay! Selesai satu masalah," balas maksu sebelum dia berlalu semula ke dapur.

"Jom, sayang. Teman abang," kata Asyraf yang berbaur arahan lalu ditarik tangan Dian supaya ikutnya bersama. Dian yang tidak sempat membalas sudah berjalan mengikuti Asyraf.

"Atuk, Asyraf pinjam motor tau!" Laung Asyraf kepada Haji Ismail yang sedang duduk berbual di sofa bersama saudara mara yang lain. Dia mencapai kunci motor yang tergantung di belakang pintu selepas mendapat keizinan atuknya itu.

"Abang, kita nak naik motor ke?" Tanya Dian yang sudah menggelabah.

"Yelah. Barulah syok ambil angin tepi pantai,"

"Ala Dian takutlah. Jomlah naik kereta,"

"Takpe, Arissa sayang. Kalau takut peluk abang k?" Kata Asyraf sambil menyarungkan helmet di kepala isterinya. Dian dengan mulut muncung memanjat belakang suaminya dengan penuh berat hati.

Asyraf memulakan pemanduannya untuk ke kedai. Dian hanya memegang bahu suaminya tanda protes. Orang tak suka, paksa-paksa pula. Memang taklah dia nak peluk Asyraf!

"Arissa!!!" Jerit Asyraf kuat.

"Ab-abang!"

Oh My Crush!Where stories live. Discover now