Bandar itu di dirikan pada 1905 dan di istiharkan secara rasmi menjadi sebuah bandar pada tahun 1987 .

Andrew yang memeluk bahu gadis itu dari sisi hanya tersenyum kecil melihat wajah berseri isterinya itu .

Mereka berjalan masuk ke dalam butik Olympia iaitu butik minyak wangi yang terkenal dan sangat di minati oleh ramai wanita di serata dunia kerana mempunyai bau yang sangat harum .

" Awak , nak yang ini boleh ? "

Ailyn menyua sebuah kotak kecil berwarna merah putih pada lelaki itu .

Andrew mengambil kotak tersebut dari tangan isterinya .

" Kenapa tak ambil yang mahal lagi ? " tanya lelaki itu apabila melihat harga pada kotak tersebut .

" Boleh ke ? " gadis itu bersinar mata memandang suaminya .

" Mestilah sayang , nah ambil ni beli apa yang kau nak aku tunggu depan sana tau "

Pipi gadis kesayangan di kucup sebelum dia beredar dari situ .

Ailyn yang memegang 5 keping kad kredit di tangannya terlompat gembira sebelum menuju ke arah Erissa dan Veronica yang turut tidak lepas peluang untuk membeli perfume Olympia .

" Dah ? "

Soal Andrew pada gadis itu yang berjalan keluar sambil mengengam 6 beg kertas bertulis Olympia bersama Eirssa dan Veronica .

" Hehe dah jom ! "

Lengan lelaki itu di peluk sebelum mereka meneruskan kembali perjalanan menjelajah FSE .


Setelah puas menonton persembahan dan juga membeli belah di butik butik yang terdapat di situ .

Kini mereka semua berhenti berehat di meja kopi yang terdapat di pavement FSE .

Ailyn memejam mata menikmati kesedapan banana pudding triffle yang di belinya di kedai jualan Baazar yang terdapat di FSE .

Andrew mengeleng wajah melihat gadis itu yang terkinja kinja sambil menikmati pudding mahal tersebut .

" Awak lepas ni kita nak pergi mana pulak ? " tanya Ailyn yang kini sedang menyuap avocado pudding triffle pula .

Di sebabkan terlalu teruja jadi dia dan Erissa membeli ke semua perisa yang ada di gerai tadi .

" Kita check-in hotel dulu "

Jawab Andrew dengan tangan yang menyeka sudut bibir gadis itu yang comot dengan krim avocado .

Ailyn hanya mengangguk sambil memerhati tingkah suaminya yang menyeka sudut bibirnya lalu memasukkan jari tersebut ke dalam mulut lelaki itu .

Hanya 34 minit mereka tiba di Paris Las Vegas Hotel yang tidak jauh dari kawasan FSE .

Ailyn hampir terlompat teruja melihat Eiffel Tower buatan Paris Las Vegas Hotel .

Di mana sebuah hotel empat bintang yang bertemakan Paris dan juga perancis .

Tepat di samping bangunan hotel berdiri gah sebuah Eiffel Tower yang indah dan kelihatan seolah sama dengan Eiffel Tower original di Paris .

Tetapi bezanya adalah Eiffel Tower sebenar lebih besar dari Eiffel Tower di Las Vegas .

Juga Eiffel Tower di Las Vegas mereka memasang lampu pada setiap sudut tubuh Eiffel Tower tersebut .

D E L L A N A Where stories live. Discover now