Ending (pt.2)

115 9 0
                                    

Qamaira membuka mata dengan perlahan. Dia melihat Harris yang sedang tidur di lengannya.

"Abang." Panggil nya dengan lemah. Harris tersedar lalu melihat Qamaira tersenyum ke arah nya.

"Sayang okay tak? Ada sakit kat mana-mana? Nak air? Nak makan?"  Qamaria ketawa kecil melihat Harris yang kelam kabut.

"Tak,tak apa. Anak kita mana?" Dia tak sabar melihat anaknya yang baru dilahirkan. Harris bangun dari kerusi. Troli yang berisi bayi lelaki tadi di angkat lalu di letak di pangkuan Qamaira.

Qamaira mencium pipi anaknya. "Comelnya mata dia" baby tadi sedikit merengek lalu tertidur semula.

Harris memeluk Qamaira dengan erat. Dia mencium ubun-ubun kepala Qamaira. "Thank you sayang for everything. Abang janji abang sentiasa ada untuk Maira dan anak kita" Qamaira mengangguk.

Dia mengalirkan air mata bahagia. Hilang semua rasa sakit lahirkan anak nya tadi. "Tapi kan bang,abang ingat tak our deal?" Qamaria mengukir senyuman nakal.

Harris mengerutkan dahi nya. "What do you mean?" Setahu nya Qamaira tak ada bual deal selain....Yes..
Deal haritu..

Sebenarnya Qamaira dan Harris buat satu deal dimana jika mereka dapat anak perempuan, Qamaira perlu traning di Traders Agent bersama dirinya.

Tetapi kalau mereka dapat anak lelaki, Harris akan bawa Qamaira bercuti ke Korea selama sebulan.

Harris mengeluh. "Eiii sayang ni! Ingat je kalau bab-bab Korea ni kan!" Dipicit pipi Qamaira. Qamaria tersenyum kecil.

"Of course lah,so sekarang?" Qamaria menaikkan keningnya. "Haish telah you win!" Qamaria ketawa melihat wajah Harris yang tak puas hati.

Tiba-tiba anaknya menangis. Qamaria dengan segera menepuk-nepuk punggung anaknya. "Erm tadi nursse cakap Maira kena bagi susu dekat baby. Tapi abang cari susu tepung tak jumpa pun?"

Dari tadi dia mencari-cari tepung susu dalam beg Qamaira tapi tak jumpa. Last-last disebabkan dia penat sangat,dia tertidur.

Qamaria ketawa besar. "Abang!" Dia menepuk tangan Harris. "Apa? Tak betul lah tadi Nurse tu cakap-"

"Abang" Qamaira menahan sisa tawanya. Dia mengusap perlahan pipi Harris. "Maksud susu yang nurse tu cakap tadi ada dekat Maira. Baby baru lahir mana boleh minum susu tepung. Dia kena minum susu badan" Qamaira menggelengkan kepalanya.

Harris melopong. "Lah yeke. Hmm patutlah Abang cari tak jumpa rupanya kaunter nak bayar susu tak bukak lagi ya?" Usik Harris.

Qamaria ketawa. Dia menyelak sedikit bajunya lalu disusukan anak nya.
Harris memandang ke arah lain. Tiba-tiba pipinya terasa panas.

"Abang? Eh kenapa ni?" Dia pelik Harris seperti mengelak dari memandang nya.

"Ermm tak ada apa" Harris menunduk. Walaupun itu bukan kali pertama dia bersama Qamaira,tapi masih ada rasa malu dalam diri.

Qamaria melihat Harris dan selepas itu melihat keadaan nya. Qamaria tersenyum lebar. "Alah tak payah nak malu sangat lah. Lebih pada ni abang pernah tengok kan?" Usik Qamaira.

Harris menyembunyikan wajah ke dalam selimut Qamaira. Qamaria ketawa. Comel betul Harris dengan perangai malunya.

"Ehem!" Bunga yang berada di hadapan pintu berdiri sambil menyilangkan tangan ke dada.

"Assalamualaikum. Boleh masuk ke?" Qamaria menutup kembali bajunya dan Harris membantu nya menyarung tudung.

Harris membuka pintu. Bunga,Vernon,Jay,Brian,Danny dan Tina berjalan masuk.

MY LOVE [C] ✓Where stories live. Discover now