Finally

94 18 0
                                    

"Terima kasih pak cik" Qamaira keluar dari Grab yang dinaiki nya.
Kakinya menuju satu bangunan tersergam megah di kawasan tengah-tengah Kuala Lumpur.

"Bapak lah besar nya. Kalah company ayah" Qamaira menunju ke pintu utama. Di hadapan pintu berdiri empat orang lelaki yang bertubuh sasa. Semuanya lengkap bersenjata.

Teragak-agak dia nak menegur. Muka pun tak senyum mana tak nya!. Dia menarik nafas dalam-dalam dan menuju perlahan ke arah lelaki-lelaki tersebut.

"Err.. maaf saya nak tanya"
Salah seorang daripada lelaki yang berada di situ mengalihkan pandangan ke arah Qamaira.

"Ye cik,ada apa saya boleh tolong? Ada buat appointment ke?" Walaupun muka serius suara lelaki tersebut kedengaran agak sopan.

"Yes, saya Qamaira. Saya datang-" Belum sempat dia nak menyambung bercakap lelaki tersebut mengarahkan dia meletakkan tangan di satu papan yang nampak berteknologi tinggi.

"Cik, tolong letak tangan cik dekat skrin ni." Pinta lelaki tersebut.

Qamaira meletakkan tangannya di skrin lalu mesin itu berbunyi.
"Welcome Miss Qamaira to H&H company."

"Oitt mak kau mesin ni bercakap!" Qamaira terlompat ke belakang.

Semua orang yang berada di luar syarikat tersebut memandang ke arah nya.

Serta-merta pipinya merah.
Malu weh semua orang pandang kau lepas kau melatah.

Dua lelaki di hadapan pintu utama tadi menahan ketawa. Belum pernah lagi orang datang ke company ni melatah. Qamaira orang pertama.

"Miss welcome to our company. Nanti akan ada Cik Bunga yang akan mengiringi Cik ke pejabat Tan Sri Herman." Lelaki tersebut cuba memberitahu arahan sambil menahan ketawa.

Qamaira tersengih-sengih lalu mengangguk dan masuk ke dalam bangunan tersebut.

"Cik Maira" suara lembut menyapa dirinya. Ada seorang perempuan berpakaian blaus putih, skirt pendek berwarna hitam, disarungkan blazer berwarna hitam, rambut nya berwarna coklat halzenut diikat rapi.

"Yes?" Qamaira berjalan perlahan ke arahnya. Dari jauh di dapat meneka ni lah cik Bunga yang dimaksudkan lelaki tadi. Amboi kemain lawo nya.

"Saya Bunga,jom saya hantar cik Maira ke pejabat Tan Sri"
Qamaira mengikut langkah Bunga.

"Cik Bunga saya nak tanya boleh?"
Bunga berhenti kan langkah nya. Dia menoleh ke belakang. "Of course Miss Maira. Apa dia?"

Qamaira memerhatikan seluruh kawasan syarikat tersebut. Kelihatan beberapa pekerja sedang sibuk ke hulu ke hilir melakukan tugasan.

"Tan Sri memang ada dekat sini ke? I mean Malaysia. Setahu saya dia sepatutnya lagi 3 minggu dekat London."

Dia tahu pun bila dia membelek satu majalah di perpustakaan. Entah kenapa hati nya tertarik nak mengetahui kisah Tan Sri Herman.

"Yes, memang betul dia ada kat sana lagi tapi dia balik pun sebab anak dia" Bunga mengeluh.

Kalau dia jadi anak Tan Sri Herman,dia takkan buat hal macam Encik Harris. Menyusahkan je tahu.

Qamaira hairan. Kenapa Cik Bunga ni nampak risau bila dia sebut pasal anak Tan Sri Herman.
Teruk sangat ke dia?

"Kenapa cik Bunga? Saya ada salah cakap ke?" Bunga menggeleng kepala nya.
Dia mengukir senyuman nipis.

"Eh tak adalah, cuma saya kecewa bila perangai Encik Harris macam ni. Saya ni bukan nak kutuk anak boss sendiri tapi perangai di Allahuakbar"

Qamaira menelan air liur kesat. Ah sudah berat benar nampak nya Encik Harris ni. Wait! Harris? So tu lah namanya. Hmmm.. interesting.

MY LOVE [C] ✓Where stories live. Discover now