Turki

75 9 0
                                    

Setelah makan malam, Qamaira berjalan-jalan di sekeliling banglo. Harris terpaksa ke pejabat atas urusan kerja.

"Haih laki aku ni. Rumah besaq naw. Duduk nya dua orang je. Bosan dah ni. Ingatkan ada Maid. Boleh lah teman borak."

Qamaira melangkah ke kawasan taman landskap. Cantik bagaikan di istana. Penuh dengan bunga-bunga berwarna-warni. Matanya tertarik melihat satu pokok rumah yang terdapat di belakang landskap.

"Wah cantiknya. Kenapa dia tak bawak aku kat taman ni tadi?" Dia mengangkat bahu. Mungkin Harris busy Kut.

Dia duduk di satu bangku kayu berwarna putih. Tiba-tiba matanya tertutup akibat satu pantulan cahaya datang daripada bilik.

"Eh cahaya apa pulak tu? Lampu menyala pulak tu. Bukan tadi semua bilik gelap ke?" Dia dah mula rasa seram sejuk. Takkan lah ada hantu pulak nak mengacau dia sekarang ni.

Qamaira memberanikan diri untuk pergi ke bilik tersebut.

Dia masuk balik ke dalam rumah dan menekan butang lif ke tingkat 3.
Dalam hatinya berdoa semoga bukan hantu.

iPhone dia dah siap pegang. Senang dia nak telefon Harris nanti.

Qamaira berjalan perlahan-lahan ke bilik yang menyala tadi.

Dia menolak pintu bilik dengan perlahan. Bila di lihat sekeliling tak ada apa yang mencurigakan.
Dia menarik nafas lega.

Bila dia nak tutup pintu bilik tu semula. Hatinya tergerak untuk melihat sekali lagi bilik tersebut.

"Ha? Apa ni?" Dia melihat bilik tersebut berwarna putih. Semua perabot di dalam bilik itu ditutup dengan kain putih termasuk katil.

Dia berjalan ke arah dinding. Ada satu frame besar digantung. Gambar seorang perempuan berambut panjang berwarna merah gelap berpakaian dress seksi berwarna hijau muda. Wajah gadis tersebut sangat cantik. Bentuk mukanya diamond,kulit nya cerah,matanya sepet.

Telinga nya dipakai subang permata berwarna hijau bersama rantai mutiara hijau.

"Apa semua ni? Kenapa ada gambar perempuan ni dalam bilik?" Tangannya bergetar-getar memegang satu lagi frame gambar bersebelahan dengan nya.

Gambar Harris dan perempuan tersebut berpakaian serba ungu gelap. Nampak senyuman Harris sangat menawan. Tangan Harris melingkari pinggang perempuan tersebut. Tangan perempuan itu berada di pipi Harris. Mereka nampak bahagia.

"BAM!!!!!!!"

Qamaira menoleh. "Apa awak buat dalam bilik ni?" Harris melihat wajah Qamaira yang penuh dengan air mata.

Harris menarik kasar tangan Qamaira. "Kan saya dah kata jangan masuk bilik ni! Kenapa awak degil sangat!" tengking Harris.

Qamaira terkejut. Belum pernah Harris menengking dia sebegini. "Ermm.. saya.."

"Saya cakap dengan awak jangan sesekali sentuh pintu bilik ni!" Harris memandang tajam Qamaira.

Qamaira menahan sebak. Dia tak tahu apa yang dia rasa sekarang ni. Dia berlari ke bilik. Hatinya kecewa dengan tindakan Harris.

Harris menyandarkan badannya ke dinding. Dia memegang kepalanya. "Arghhhh! Serabut!" Dia menarik rambut nya.

Macam mana dia nak jelaskan semua benda ni. Dia tak sampai hati nak tengok muka Qamaira menangis. Sejak Qamaira berada di sisinya, gadis itu tak berhenti menangis.

Apakah ini tanda mereka perlu berpisah?

~.

Vernon menghempas fail di atas meja. "Sarah, dapatkan maklumat sekarang" Sarah menjawab di talian.

MY LOVE [C] ✓Where stories live. Discover now