MY LOVE (pt.2)

93 10 0
                                    

Harris berlari keluar dari tempat persembunyian nya. Dia bergerak ke gudang di mana Qamaira berada.

"Brian! Cover aku!" Brian melindungi Harris yang berlari masuk ke dalam gudang.

Brian memerhati kan keadaan sekeliling. Pistol ditangan diacu ke sekeliling. Musuh ada dimana-mana.

Sebelum mereka sampai ke gudang ni banyak perangkap dan sistem keselamatan yang perlu diorang hadapi.

Manakala Jay dan Vernon pula cuba melintasi laser merah yang berada di satu bilik.

Mereka kena masuk dalam bilik itu disebabkan semua maklumat tentang Kevin ada di dalam bilik tersebut.

"Weh! Lama benor kau nak matikan laser ni! Berejam dah aku tunggu ni!" Keluh Vernon.

Lenguh dah kakinya sebab cangkung dekat sejam melihat Jay yang terkial-kial mematikan salah satu wayar di dalam kotak di tepi dinding.

"Haish kau ni sabarlah! Ingat senang ke! Kalau aku salah potong wayar ni,bukan kata kau tak boleh balik,dengan aku-aku sekali mati membujang!" Bebel Jay.

Orang tengah cuba buat kerja jangan kacau. Hilang fokus nanti.

Vernon terkejut dengan apa yang dibalas oleh Jay. Jarang Jay marah macam tu,sebelum ni Jay seorang yang kelakar dan ramah.

"Okay2. Sorry" Vernon tersengih-sengih. Marah betul kawan nya.

"Tit tit tit!" Bunyi kotak itu bergema seluruh bangunan gudang tersebut.
Jay panik. Tak sangka lepas dia cabut wayar tadi bunyi dalam kotak tu kuat pulak.

Vernon dengan segera menolak tubuh Jay ke belakang. Kakinya menendang pintu dan meluru masuk ke dalam bilik itu.

Jay mematikan sistem CCTV yang berada di seluruh bangunan tersebut.
Vernon pula membuka sebuah laptop, dimasukkan pendrive ke sisi laptop tadi. Semua maklumat dicopy dengan cepat.

Selesai semua tugas,mereka berdua keluar dari bilik tersebut. Tiba-tiba empat orang lelaki menyerang mereka.

Vernon segera mengeluarkan pistol dan menembak tepat di kaki kanan salah seorang lelaki tadi sehingga ia jatuh menggelupur di atas tanah.

Jay pulak memukul belakang leher lelaki di hadapannya. Lelaki tadi cuba menendang kaki Jay,tapi Jay lebih pantas. Jay lompat 360° lalu dia menendang kepala lelaki tadi dan terus jatuh.

Vernon mengelak pukulan dua lelaki di hadapannya. Kedua-dua lelaki tadi tersandar ke dinding. Vernon menekan kepala mereka berdua sebelum melagakan ke kepala sekali lagi dan mereka jatuh.

Vernon menghela nafas lega. "Baru empat" Jay dan Vernon berlari ke gudang.

Qamaria memegang perutnya. Dia menangis mengenangkan nasib dirinya. "Sayang!" Suara Harris kenapa telinga nya.

Qamaira melihat tepat Harris yang berlari ke arah nya. Dia menangis lebih kuat bila Harris memeluk dirinya.

Harris dengan segera membawa Qamaira ke dadanya. Tudung Qamaira yang tercampak jauh dia ambik lalu dilindung kan rambut isterinya yang terdedah.

Qamaira menangis teresak-esak di dada Harris. "Shhhh. It's okay baby. I'm here okay" pujuk Harris dengan lembut.

Dia turut mengalir kan air mata. Rindu nya akhirnya terlerai apabila tubuh Qamaira kembali ke pangkuannya.

Dia mencium dahi Qamaira berkali-kali. "I'm sorry My Love. I'm sorry" dia memeluk erat Qamaira. Dia tak nak Qamaira hilang dari dirinya.

Brian,Vernon dan Jay menghela nafas lega. Selesai kes mereka. Kevin ditangkap sebelum mereka berjaya serang masuk ke bangunan tadi.

Danny dan Tina bekerjasama dengan pihak polis untuk membanteras kegiatan dadah dan penyuludupan senjata api Kevin.

Jessica pula dapat melarikan diri bersama K. Harris bengang apabila pihak polis beritahu nya K dan Jessica berjaya melarikan diri daripada pihak polis.

Tapi sekarang dia berasa bersyukur. Allah maha berkuasa. Dia temukan kembali Qamaira kepadanya. Cukuplah Qamaira berada di sisinya dia sudah merasakan hidupnya bahagia dan lengkap.

~.

Pihak polis berjaya memberkas tempat pemprosesan dadah dan kes penyeludupan senjata api yang telah berkuatkuasa sejak 5 tahun lepas.

Suspek utama iaitu Kevin,25, berjaya ditangkap oleh pihak polis. Manakala dua orang lagi suspek yang dikenali sebagai K dan Jessica berjaya melarikan diri daripada pihak polis.

Pihak polis kini sedang memburu dua lagi suspek yang kini tidak tahu dimana keberadaan nya.

Setelah kes dibicarakan Kevin dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana terlibat dalam kes penyeludupan senjata api,dadah serta kes penyeludupan manusia yang sangat aktif di sekitar Kelantan hingga ke Pulau Pinang.

Harris mematikan tv. Dia lihat Qamaira yang sedang terbaring di atas katil. Apa yang doktor katakan tadi membimbangkan dirinya.

"Puan Qamaira stabil tapi disebabkan dia diseksa beberapa minggu serta tak diberi makan dan minum yang betul, kandungan nya sangat lemah. Saya tak pasti sama ada Puan Qamaira atau kandungan nya dapat di selamatkan dalam satu masa" Harris tersentak.

"Maksud doktor apa?" Hatinya berasa berdebar-debar.

"Saya cuma boleh selamatkan sorang je antara mereka berdua." Hati Harris berasa dihempap oleh batu besar.

Harris terduduk. Tak mungkin! Dia menahan air mata nya daripada mengalir. Brian yang di sisi Harris menenangkan Harris.

"Sabar boss." Harris memejam mata nya rapat. Sumpah dia penat. Dia dah tak tahu bagaimana dia nak selesaikan semua benda ni.

Qamaria mencelik kan matanya. Dia melihat dia berada di hospital. Dia bangun dan sandar ke headboard katil.

Dia lihat Harris tertidur di sisi. Bibirnya mengukir senyuman. Jarinya baru sahaja nak menyentuh kepala Harris tiba-tiba tangannya di tarik semula.

Dia teringat apa yang Jessica cakap kepadanya. Segala gambar dan video ada bukti nya. Bukti bahawa Harris tinggalkan dia.

"Sayang" Harris bangun daripada tidur. Dia melihat wajah Qamaira yang keliru.

Qamaira baring mengiring ke arah lain. Harris terkejut dengan tindakan Qamaira. "Eh? Kenapa ni sayang?" Bahu Qamaira cuba di sentuh tapi Qamaira mengelak.

Tanpa dia sedar Qamaira menangis. "Awak buat apa dekat sini? Jessica mana? " Harris mengeluh.

Qamaira sah percaya apa yang Jessica cakap kan kepadanya.

"Say-"

"Tak payah panggil sayang lah! Geli tau tak?!" Jerit Qamaira. Dia menepis tangan Harris yang cuba pengang dia.

"Ya Allah Maira,kenapa ni?" Harris betul-betul tak faham apa yang berlaku sekarang ni. Kenapa Qamaira marah benar dekat diri dia?

"Keluar" Harris memandang Qamaira. Qamaria memandang Harris dengan benci. Dia benci semua tentang Harris. Daripada dulu Harris banyak simpan rahsia dengannya.

Harris banyak tipu dia dengan hidup-hidup! Hatinya terluka. Dia tak percayakan Harris lagi.

"What? Sayang dengar apa yang abang nak cakap dulu.."

"Keluar!!!!!" Qamaria jerit dengan kuat. Bantal dibaling ke arah Harris. Dia benci lihat wajah Harris.

Baginya Harris tak layak pengang dirinya setelah apa yang Harris lakukan untuk nya.

Harris terkejut. Dia dengan segera keluar dari bilik. Dia mengeluh. Mungkin Qamaira perlukan masa.
Semua nya mengejut. Kandungan Qamaira jugak agak lemah.

Due birth pun lambat lagi. Harris meraup wajahnya. Dia harus mencari Jessica dan K secepat mungkin.

MY LOVE [C] ✓Where stories live. Discover now