Jumpa

89 9 0
                                    

Harini Qamaira menghabiskan masa dengan menonton video di YouTube.

Harris pulak pagi-pagi dah ke syarikat. Dia bosan sekarang ni.

"Hello Jay,boleh bawak saya jalan-jalan tak dekat sini. Nak tunggu Harris lambat pulak"

"Okay Maira. Saya tanya Encik Harris dulu."

"Tak payah tanya dia. Dia bagi jer saya pergi jalan-jalan asalkan awak ada" Sebenarnya Harris menyuruh dia duduk dalam bilik dan jangan keluar tanpa dia.

Qamaira agak hairan kenapa Hariss macam takut dia berjalan sorang-sorang? Bila ditanya tak apa.

"Betul ke ni Maira? Kang saya pulak kena marah nanti" Jay jadi serba salah. Harris tu peramah tapi kalau dah melibatkan keselamatan isteri sendiri dia pun naik seram dengan Harris.

"Betul. Awak tunggu kat lobi. Saya siap kejap." Qamaira menyarung blaus  berwarna orange dipandankan dengan seluar jeans dan shawl Arabic berwarna biru cair.

Dia membuka pintu bilik dan menuju ke arah lif. Bila dia nak masuk ke dalam lif dia merasakan ada seseorang sedang mengekori dia.

Dia memandang ke belakang tapi tak ada sesiapa. "Ya Allah, lindungi lah aku."

Qamaira segera menekan butang lif. Pintu lif sikit lagi nak ditutup, tiba-tiba ada satu tangan menjulur masuk di celah pintu lif membuatkan Qamaira terkejut.

Nasib baik dia tak menjerit. Seorang lelaki berpakaian hitam masuk di dalam lif. Qamaira berasa tak selesa bila dia dan lelaki yang tak dikenali berdua-duaan dalam lif.

Qamaira memerhatikan lelaki tersebut. Tinggi,dada bidang,tapi.... Eh kenapa ada tatu berwarna hitam. Huruf 'K' diukir bersama bunga Daisy berwarna putih.

Ting!

Qamaira tersentak. Cepat-cepat dia keluar daripada lift itu sebelum lelaki tu keluar. "Lamanya Maira?"

Qamaira tersengih "alah biasalah perempuan siap lambat" dia cuba menyembunyikan rasa gugup dia.

"Okay jom" Jay dan Qamaira menuju ke kereta yang sudah menunggu mereka.

~.

Qamaira memilih destinasi mereka di Istana Topkapi.

Perjalanan agak jauh jugak. Qamaira sudah membuat list tempat yang dia nak pergi bila dia melancong ke Turki.

Ingat nak tunggu Harris sekali, tapi asyik busy je.

Istana Topkapi bermaksud "Istana Pintu Meriam".

Ia adalah sebuah istana yang terletak di Istanbul, Turki, yang mana menjadi kediaman rasmi dan utama bagi sultan Uthmaniyyah selama 400 tahun dari 624 tahun tempoh pemerintahan mereka,bermula pada tahun 1465 sehingga 1856.

Qamaira tertarik dengan barangan-barangan yang dipamerkan.
Contohnya Kutleri istana,Belakang not matawang 50 lira (1970-an) dan banyak lagi.

Pada tahun 1924, di atas arahan presiden pertama Turki iaitu Mustafa Kemal Atatürk, istana ini ditukarkan menjadi sebuah muzium. Lokasi ini dipilih khas menjadikan ia dapat memerhati Tanduk Emas, Bosphorus dan Laut Marmara. Istana Topkapı di kelilingi oleh dinding sepanjang 5km dan luas 700,000.

"Cantik Istana ni. Rugi tuan Harris tak ikut sekali" Jay berjalan bersama Qamaira. Mereka memasuki kawasan taman-taman yang indah di situ.

"Siapa suruh dia busy lagi. Saya call dia tak berangkat daripada tadi."

Jay kadang-kadang geram dengan Harris dan Qamaira. Dua-dua degil.

Tahu dah datang Istanbul sebab nak settle hal syarikat dengan 'hal satu lagi tu' tapi ingatlah sikit dekat isteri ni.

MY LOVE [C] ✓Where stories live. Discover now