Siapa kau?

126 18 1
                                    

"Aryan!"

"Ya Encik!" Dengan segera dia mengemas fail-fail yang berterabur dia atas meja lalu mencapai iPad. Kakinya melangkah ke arah pintu bilik yang bakal meletup tak lama lagi
'Apalah nasib kau Yan!' Hatinya berbisik. Tangannya sudah berpeluh. Mulutnya terkumat-kamit membaca Bismillah supaya dengan itu dapat 'menyejukkan' sedikit hati boss nya.

Tangannya memulas tombol pintu dengan perlahan.

"Ya encik Harris?,ada apa saya boleh tolong?"
Matanya memandang seorang lelaki yang bermata sepet, berkulit cerah, tinggi nya lebih kurang 18.9 cm.
Kalah dia! Bossnya memang tinggi.
Anak kacukan kan.

"Kenapa fail daripada Sahara Holding tak settle lagi? Aku suruh kau settle kan hari tu tapi asal tak gerak lagi ni?"
Harris memandang wajah lelaki muda dihadapannya. Hatinya menahan sabar, mulut menahan daripada keluarkan perkataan yang tidak elok.

Dia paling pantang bila syarikat besar yang menjalinkan hubungan perniagaan dengan syarikat nya tidak diambil berat.

"Saya minta maaf encik,saya dah hantar dah fail itu dekat Sahara Holding tapi diorang tolak" Aryan menjawab dengan suara yang tergagap-gagap. Dia sudah penat berulang-alik daripada syarikat H&H Holding ke Sahara Holding.

Bukan nya dekat,Kuala Lumpur ke Johor. Mampus aku kalau hari-hari macam tu.

Harris mengeluh. "Hmmm,tak apalah biarlah aku settle pasal ni. kau uruskan yang lain. Okay?"
Dia duduk di atas kerusi. Tangannya lincah menekan keyboard laptop nya.

Aryan mengangguk
"Okay encik Harris, sorry"

"Tak apa" Harris membalas tanpa memandang wajah Aryan. Lelaki muda tersebut dengan perlahan-lahan keluar daripada bilik pejabat Harris.

"Ya Allah, Allahuakbar, Alhamdulillah,nasib baik lepas kalau tak mati memerang aku tadi"
Aryan menghela nafas lega.
Dia kembali berjalan ke mejanya untuk menyambung kerjanya yang tertangguh tadi.

~.

Qamaira tunduk ke bawah

"How many time? Nur Qamaira?"
Sir Firdaus memandang gadis tinggi lampai di hadapannya.

"Saya-minta-maaf Sir"Dengan perlahan,lembut dan tergagap-gagap dia menjawab soalan Sir Firdaus.

Sir Firdaus mengeluh. Bukan sekali dia terpaksa melihat perangai Qamaira yang suka sangat datang lambat ke kelasnya. Terdetik juga dihati nya. "Student aku ni ada problems ke?" Segan dia nak bertanya,lagipun dia berbeza jantina dengan Qamaira.

"Macam ni lah,saya bagi masa dekat awak selama 2 minggu untuk awak siapkan assignment ni. Faham?"

Qamaira tersenyum lebar "Thank you Sir, I'm promise this my last change!"
Hatinya lega Sir Firdaus melepaskan nya sekali lagi.

Sir Firdaus hanya mengangguk kepala dan melayang-layang kan tangannya tanda menyuruh Qamaira keluar daripada pejabat nya.

Qamaira segera meminta diri untuk ke kelas seterusnya.

~.
"Perhatikan dia,jangan sampai dia terlepas daripada mata kau. Faham!"
Tegas suara Harris sambil memandang gadis yang baru keluar daripada bilik di universiti. Dia lengkap berpakaian serba putih kecuali shawl chiffon berwarna hitam.
Di leher gadis tersebut terletak satu kad pelajar UPSI.

"Nur Qamaira" Harris tersenyum sinis.

MY LOVE [C] ✓Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon