Traders Agent

71 8 0
                                    

Qamaria duduk di atas kerusi. Dia perhatikan sekeliling pejabat Harris.
Luas bilik lebih kurang lima kali ganda bilik tidurnya.

Dia melihat Harris yang menaip di laptop. Idea nakal mula muncul di kepala.

"Awak" Harris cuma mengiyakan tanpa memandang wajah Qamaira.

"Saya nak tanya kenapa Traders Agent ni saya punya? Awak kata nak terangkan dekat saya tapi tak ada pun."

Qamaira memuncungkan mulutnya. Daripada tadi dia tunggu tapi Harris cuma membelek fail di atas meja je.

"Balik rumah nanti saya terangkan dekat awak okay" Dia masih banyak kerja yang perlu dia settle kan.

"Tak nak! Nak sekarang!" Qamaira pergi ke meja Harris dan membuat muka comel.

Harris memang betul-betul tak ada mood sekarang. Dahlah serabut dengan Kevin ditambah pula dengan perangai mengada-ngada Qamaira.

Harris menepis kasar  tangan Qamaira yang cuba menyentuh tangannya.

Qamaira tersentak. Nampaknya dia salah pilih masa. Memang nampak Harris sibuk daripada tadi.

Dia pun hairan dengan dirinya yang semakin mengada-ngada dua tiga hari ni.

"Pergi duduk dalam bilik saya. Kan saya kata saya ceritakan dekat awak balik nanti. Awak tak faham bahasa ke?" Harris memandang tajam Qamaira.

Hatinya panas. Dia tak ada masa nak melayan perangai Qamaira sekarang. Otaknya sekarang memang tertumpu 100% kepada kerja nya yang berlambak-lambak daripada dia pergi ke Turki sampai lah sekarang.

Qamaira bangun daripada kerusi. Dia mencapai beg dan keluar daripada bilik pejabat Harris.

"Aku cuma tanya je" Tiba-tiba air mata nya mengalir perlahan. Hatinya tiba-tiba terasa pedih. Sakit dengan layanan dingin Harris.

Sebab nya Harris bukan lelaki yang cool. Dia jenis penyayang dan lemah lembut. Bila dia dingin dengan dirinya, hatinya terasa sehingga ke dalam.

~.

Qamaira membasuh pinggan dan beberapa senduk yang digunakan tadi. Dia mengelap tangannya dengan kain lap.

Dia melihat jam di dinding. "Dah pukul 9.00 malam dah ni. Takkan dia tidur dekat pejabat?" Qamaira mencapai iphone. Satu mesej daripada Harris.

My Hubby: Awak,tak payah masak. Saya tak balik. Awak tidur awal.

Hati Qamaira terasa sakit. Penat dia masak daripada tadi. Dia menarik nafas dalam-dalam. Dia membalas mesej Harris.

My Love: Okay and please take care.

Harris mengeluh. Dia merenung ke luar pejabat. Bilik nya diterangi oleh lampu kecil pejabat.

Semua pekerja dah balik. Tinggal dia dan Brian sahaja.

"Bro, kau okay tak ni?" Brian meneguk nescafe panas.

Haris meraup wajahnya. "Aku ada problems sikit ni" Brian memandang Harris.

"Kau gaduh dengan Maira ke?" Harris menggeleng.

"Aku banyak kerja tadi, terlepas cakap. Aku suruh dia balik dulu. Tapi nampak muka dia terasa dengan aku." Brian mengangguk.

"Perempuan bro. Kau pun satu. Padahal fail-fail tadi boleh je kau transfer dekat PA kau. Maira tu nak attention kau bro. Kesian lah dekat dia." Harris mengeluh.

"Hmm,ni Kevin macam mana? Ada maklumat terbaru?" Brian menggelengkan kepalanya.

"Tak ada, Sarah kata susah nak connect mana diorang berada sekarang sejak kau selamatkan Maira haritu dekat Turki." Harris mengetuk meja nya perlahan.

"Hmm,aku rasa aku nak balik lah. Kesian dekat Maira. Kirim salam dekat Bunga. Lama tak jumpa dia" Brian mengangguk.

~.

Harris menekan suis lampu di ruang tamu. Kelihatan tidak ada orang.
"Mungkin dia dah tidur kut" Kot nya di letakkan di atas sofa.

Dia berjalan ke dapur. Tudung saji di buka. Beberapa jenis lauk dan nasi terhidang siap. Rasa bersalah timbul dalam hati.

"Ya Allah, terasa dia pun tetap dia masak untuk aku" Harris menahan sebak. Dia melihat ada satu sticker notes yang dilekatkan di atas tudung saji.

"Awak,lauk ni kalau sejuk awak panaskan je dalam microwave. Saya mintak maaf tak dapat temankan awak makan" ayat terakhir tu.

Harris terduduk di kerusi. Dia melihat sticker notes dengan pandangan yang kabur. Air mata menitis perlahan.

Dia mengesat air mata nya lalu berjalan ke arah bilik. Dia lihat Qamaira sedang tidur. Dipeluk bantal ke dada dan separuh rambut nya menutupi wajah.

Harris mengelus pipi Qamaira dengan lembut. Jarinya berasa jijik bila menyentuh perempuan yang tersakiti disebabkan oleh nya.

Dia menangis perlahan. Tangisannya cuba ditahan tapi terhambur jua.

Qamaira tersedar daripada tidur. Dia melihat Harris menghamburkan mukanya ke dadanya. Tangannya dilingkari pinggang.

"Awak? Kenapa ni?" Harris menahan esakan. Dia cuba menenangkan dirinya. Tangan Qamaira mengusap rambut nya membuatkan lagi dia berasa dirinya bersalah.

Harris mengangkat mukanya. Qamaira memandang lembut wajah Harris. Tangan kirinya menggenggam tangan Harris. Tangan kanannya mengesat perlahan air mata Harris.

"Saya-ermmm..saya sorry" Harris kembali menghamburkan mukanya ke dada Qamaira. Hatinya sedih melihat apa yang dia lakukan kepada Qamaira.

Dia memang tegas tapi dia tak bersikap dingin. Entah kenapa tadi dia bersikap begitu.

"Hey, awak,tak apa. Saya faham awak busy. Awak ada banyak benda nak kena settle kan. Hmm, dahlah jangan nangis dah. Dah macam katak tua dah muka tu" Harris ketawa dalam tangisan.

Dan lagi buat lawak!

Qamaira ketawa perlahan. Dia mengusap pipi Harris. Harris mendekatkan bibirnya kepada Qamaira. Dia memandang Qamaira.

Baru dia perasan yang Qamaira cuma memakai dress jarang berwarna putih. Tali halus terletak dibahu di pandang Harris.

Dia meneguk air liur. "Awak" Qamaira menolak sedikit rambut Harris. Dia memegang muka Qamaira.

Bibirnya perlahan-lahan mencium bibir Qamaira. Qamaira tersentak tetapi cuba bertenang.

First time lelaki mencium bibirnya. Tangan Qamaira mengusap belakang rambut Harris. Harris menolak perlahan selimut yang menutupi badan Qamaira.

Qamaira terasa bahang di mukanya. Dia cuma pakai dress seksi berwarna putih. Di sebabkan Harris kata dia tak balik rumah,dia teringin nak pakai dress yang Bunga bagi kepadanya sempena perkahwinan mereka.

"It's okay?" Qamaria lambat-lambat mengangguk. Harris mencium bahu Qamaira. Tangannya menggenggam tangan Qamaira.

"Awak ada hak. Saya isteri awak. Saya tahu saya bukan first untuk awak tapi awak adalah lelaki first cium saya" Harris terharu.

Betapa Qamaira menjaga perbatasan berbanding dirinya.

Harris terus mencium seluruh muka Qamaira. Qamaria ketawa kegelian.
Harris menolak tali halus perlahan dari badan Qamaira.

Dan malam itu mereka melayari satu malam yang sangat terindah untuk mereka berdua.

A/N: Hye guys! Okay tak jalan cerita ni. Okay untuk Traders Agent ini Myra akan ceritakan next chapter okay! Thanks for read 😍❤️

MY LOVE [C] ✓Where stories live. Discover now