"Saya nak ambil makanan."

Cik Puan Tihani tersenyum sinis lagi mendengar jawapan Wareesa. Sangat tidak cerdik.

"Siapa kau suruh ambil makanan? Memang memalukan! Kau tak tahu ke untuk kita semua ni ada orang yang akan serve? Ha? Tak tahu? Bodoh? Suka kan buat benda yang orang takde class buat? Suka malukan aku!" Panjang balasan Cik Puan Tihani. Dan semakin terus Cik Puan Tihani bersuara, semakin bertambah jugalah kekuatan cengkaman di lengan Wareesa.

"S--sakit!" Berdesis Wareesa. Tak peduli, terus dia cuba uraikan cengkaman Cik Puan Tihani dari lengannya.

Cik Puan Tihani tan mengalah, malah dia cengkam sebelah tangan Wareesa dengan lebih kuat. Padah kerana berani melawan.

"Kau dengar sini."

Wareesa berhenti bergelut. Hanya diam menahan sakit dan pedih yang dia rasa di lengan, dan semestinya di hatinya juga. Sedaya upaya dia tahan diri untuk keluarkan air mata. Dia tak mahu nampak terlalu lemah di hadapan Cik Puan Tihani.

"Aku nampak lagi kau dalam dewan, jangan harap kau boleh teruskan kehidupan belajar kau lagi!"

Tak berkelip mata Wareesa melihat Cik Puan Tihani.

"Apa?"

Cik Puan Tihani melepaskan cengkamannya seraya menolak perlahan Wareesa. Mahu gadis itu menjauh daripadanya secepat yang mungkin. Dan tika itu baru dia perasan jaket yang tersarung di badan Wareesa. Hairan.

Mana datang pula jaket ini? Dia tahu ini bukan kepunyaan Wareesa. Hayyan, lagi bukan kerana anaknya itu memakai jaket putih malam ini.

"Kau jangan nak menggatal ya! Ni siapa punya jaket? Jangan nak buat perangai malukan aku lagi." Bisik Cik Puan Tihani geram.

Wareesa pandang jaket yang tersarung di tubuhnya.

"Pergi." Dah usai kata perkataan itu, Cik Puan Tihani terus mejeling Wareesa sekilas sebelum dia berlalu pergi tanpa menoleh lagi.

Wareesa hanya menghantar Cik Puan Tihani pergi dengan pandangan mata sahaja. Mata dah berair namun cepat dia seka supaya ianya tidak tumpah. Kemudian, lengan yang terasa perit dia usap perlahan. Rasa sedih datang.

"Bukan aku nak benda ni jadi pun." Ujar Wareesa perlahan dengan suara yang bergetar menahan tangis.

Wareesa kesa lagi air mata bila ia hampir jatuh dari tubir mata. Nafas ditarik dalam sebelum dia menghembusnya perlahan-lahan.

"Dah lah. Jom balik, Reesa. Dari awal lagi, ini buka tempat kau." Kata Wareesa, memujuk diri.

Langkah diambil perlahan-lahan untuk ke lif. Dia nak ambil barang-barangnya dan pergi dari sini. Tak sabar nak balik rumah, tak sabar nak buka dress ini dan tak sabar nak tidur. Dia nak lari daripada patah hati yang dia rasakan sekarang ini.

Sampai hati Cik Puan Tihani layan dia begini. Mengugutnya dengan sesuatu yang dia paling sukai. Kehidupan belajarnya.

Butang lif ditekan. Wareesa dah plan. Memandnagkan dia seorang sahaja yang sedang menunggu lif sekarang ini, masuk dan tertutup sahaja pintu lif, dia nak menjerit. Urgh! Kalau ada penumpang lain, dalam bilik sahaja nanti. Rasa geram dia perlu dilepaskan jika dia tidak mahu memendam rasa terlalu lama.

Ting!

Pintu lif terbuka. Kosong di dalamnya. Bagus! Rancangannya boleh terlaksana.

Wareesa boloskan diri masuk ke dalam lif. Butang menutup pintu lif ditekan. Tangan dah genggam erat, bersedia untuk dia menjerit bila-bila masa sahaja sebaik sahaj pintu lif tertututp.

Wareesa bersedia. Tiga... dua... satu!

"A---"

"Kejap!" Dan seiring dengan itu, ada tangan yang mencelah di celahan pintu lif, buat pintu lif terbuka kembali. Tak jadi Wareesa nak menjerit. Makin tak jadi bila lihat wajah segak Waseem sebaik sahaja pintu lif terbuka sepenuhnya.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now