"Ikut kau lah! Kau jangan buat perangai gila bawa makanan duduk kat sebelah piano pulak. Buat malu aje nanti." Perli Wareesa dan itu datangkan cemberut di wajah Yara.

"Tahu lah! Dah pi sana! Ha, kau tu! Jangan lama sangat ambil makanan." Pesan Yara.

"Kau ingat aku macam kau ke? Dah sepuluh minit tapi bila sampai, tak sudah lagi makanan yang nak kena ambil." Sekali lagi Wareesa memerli.

Yara senyum sinis.

"Memang lah. Mana tahu, kau dah siap ambil makanan tiba-tiba tengah jalan muncul jodoh mata biru. Cayaq kau kat situ. Stuck lah aku seorang diri kat sini. Forever alone ditinggalkan." Kali ini, giliran Yara pula memerli.

Wareesa julinglkan mata dan sekali lagi dia tolak bahu Yara perlahan. Malas nak cakap dengan Yara. Ada sahaja akal mahu melawan kata. Sudahnya, Wareesa mula mengorak langkah ke tempat makanan. Penuh berhati-hati.

Sepanjang perjalanan nak ke tempat makanan, telinga Wareesa dihalwakan dengan bunyi alunan merdu piano yang dimainkan. Terasa macam watak utama dalam sebuah cerita pula dia rasa. Tambah lagi dengan dia yang berpakaian begini serta mata-mata yang tak putus-putus memandangnya sepanjang dia berjalan. Lepas tu, dia kena senyum pula kepada mereka apabil pandangan mata bertembung.

"Oh, Wareesa. Cukup lah Yara seorang sahaja yang berangan." Bisik Wareesa perlahan. Tak mahu didengari siapa-siapa.

Wareesa terus berjalan. Alunan piano terus menemain. Pandangan mata terus mengekori. Sumpah Wareesa rasa, ini adalah detik yang paling lama dia lalui setelah berdiri di atas pentas waktu pembukaan majlis tadi. Ya Allah!

Wareesa dapat rasa wajahnya dah mula hangat sendiri. Buat dia terpaksa tekup pipi dengan tangan sendiri. Memang hangat. Oh! Pasti pipinya dah memerah saat ini.

Mata pandang hadapan. Dia mula nampak tempat makanan. A few steps more!

"Rileks, Reesa. Rileks!" Kata Wareesa perlahan sambil menghembus nafasnya perlahan-lahan. Tak mahu nampak dia terlalu gelabah sekarang.

Lima langkah.

Empat langkah.

Tiga langkah!

Dua langkah!!

Satu langkah!!!

Dan Wareesa lepaskan nafas lega sambil tersenyum lebar sendiri. Pelayan yang memberinya pinggan disapa dengan senyuman lebarnya. Pelayan itu pun senyum kembali. Cair sekejap sebab manis senyumannya. Hahaha! Apa-apa pun, mari kita kembali mengambil makanan.

Setiap satu juadah yang dihidangkan Wareesa pandang sambil menelan air liur perlahan. Mak aih! Baru dia tahu kenapa Yara lama sangat di sini tadi. Memang rambang mata betul! Memang macam nak pilih semua makanan!

Rasa macam tengah tak senonoh, Wareesa pandang kiri kanan. Mujur dia seorang sahaja yang berada di sini. Pelik juga dia kenapa dia seorang sahaja di sini. Wareesa malas mahu ambil peduli. Makanan kembali dipandang. Satu persatu nama makanan yang terhidang Wareesa baca.

The Courtyard Chicken Rice, The Pavilion Nasi Goreng, Spaghetti Aglio E Olio, The Club Sandwich, Mushroom Cream Soup, Soto Ayam Berempah, Classic Caesar Salad, Keropok Lekor dan Vietnamese Spring Rolls.

Terkebil-kebil mata Wareesa. Mak aih! Memang berpinar matanya sekarang. Tu tak tengok lagi bahagian dessert.

Crispy Fried Chinese Pancake And Lotus Paste, Chilled Mango Sago, Pandan Kaya Creme Brule, Double Chocolate Cake dan Ice Creams! Urgh! Mengiurkan.

"Faham kenapa Yara lama. Faham." Omel Wareesa sendiri. Sambil itu tangan dah mula bergerak nak ambil makanan.

Wareesa ambil sesenduk Nasi Ayam kemudian apa yang di samping dengannya. Timun sepotong, tomato sepotong, salad sekeping tapi ayam bahagian wing diambil dua ketul. Wareesa sangat sukakan chicken wing!

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Onde as histórias ganham vida. Descobre agora