Traders Agent Part 2

Start from the beginning
                                    

Harris ni dekat sekolah sukan taekwondo pun dia tak pernah minat. Di lebih suka sukan bola sepak dan basketball.

Seni mempertahankan diri langsung dia tak ambil tahu. Macam mana dia nak latih bakal-bakal agent ni?

"Ini bukan tentang ada pengalaman atau pun tidak,ini tentang amanah.
Saya nak Harris serahkan dekat Maira bila dah sampai masa yang tepat."
Usai mereka berbincang Harris menghempas kan badannya ke kerusi.

"Baby" Tangan Jessica turun ke dada Harris. Harris menutup mata menikmati usapan lembut dari Jessica.

"Why are you looking so stress? The person is calling is your father?" Jessica meletakkan kepalanya di atas bahu Harris.

Harris mengambil tangan Jessica laku dicium lembut.

"Yes, you hungry? Let's dinner outside today" Jessica melompat keriangan. Dia suka bila Harris menumpukan sepenuh perhatian kepada nya.

Harris tertawa melihat reaksi Jessica.
Gadis campuran Korean- Australia ini sudah menjadi girlfriend yang selam 6 bulan.

Sekarang ni dia sedang mencari jalan. Macam mana dia nak bagitahu papa dia tentang Jessica.

Harris melihat teks mesej yang dihantar oleh Dato Azman. Hatinya kembali gundah.

Dia tersekat di antara dua pilihan. Sama ada cinta atau amanah.

Beberapa hari selepas itu,Dato Azman tiba di Korea tanpa pengetahuan Harris.

Harris yang terkejut dengan kehadiran Dato Azman segera berjumpa di tempat yang sedikit sembunyi daripada orang ramai.

"Saya mintak maaf sebab datang tak bagitau dulu. Tapi saya tak tahan dah dengan semua ni" Harris seorang je yang tahu bahawa Dato Azman dan Ayah Kevin menjalankan perniagaan penyeludupan manusia.

"Dato,saya pun tak boleh nak buat keputusan sekarang ni. Bagilah masa dekat saya ya" rayu Harris.

Dia nampak wajah Dato Azman mendesak nya sekarang. "Okay,tapi ingat pesan saya. Kalau awak keputusan yang betul, insyallah masa depan awak akan lebih okay" Harris menjeling skrin iPhone nya yang menyala.

Jessica menghantar mesej kepada nya.
"Okay,sorry Dato tapi sekarang saya
kena gerak dulu. Assalamualaikum" Dato Azman menjawab salam Harris.
Hatinya masih berharap Harris akan lakukan keputusan yang betul.

Qamaira hanya diam selepas Harris menceritakan semua. "Jadi 'benda' yang abang maksud tadi Traders Agent ni lah? Abang nak cakap yang Arwah ayah buat satu Agent untuk lindung Maira macam tu?" Harris mengangguk.

"Bingo!" Harris memandang wajah Qamaira yang mula faham tentang apa yang dia sampaikan.

"Ouh,so sekarang ni Maira yang kena uruskan. Abang?" Qamaria keliru. Bukan ke Traders Agent ni hak Harris. Bila dia dah dapat tahu sebenarnya ayahnya yang cipta Traders Agent tu,dia dah faham.

"Abang ada syarikat dah. Sekarang ni Maira kan dah habis study. So sekarang giliran Maira pulak. And yes Maira akan ada traning dengan Tina okay minggu depan" Danny ada cakap yang Qamaira boleh lapor diri dah ke HQ mereka.

"What?! Kena ke?" Qamaria menghamburkan mukanya ke dada Harris. "Yea sayang. Macam mana nak jadi big boss kalau awak tak nak practice. Abang tak selalu di sisi awak okay" Qamaria terkejut tiba-tiba Harris berkata begitu.

"Abang apa ni. Jangan cakap macam tu. Maira rasa takut pulak" Dia memeluk pinggang Harris.

"Tak lah,Abang pesan je. Yelah kita ni manusia. Bila-bila masa je Allah nak tarik." Mati tu pasti. Dia redha kalau dia pergi dulu selepas dia dah luahkan segala yang dia rahsiakan dari Qamaira.

Traders Agent di cipta oleh Dato Azman. Dibantu pula oleh Harris. Mereka berdua mencari anak-anak muda yang menganggur dan tidak mempunyai semangat untuk hidup.
Harris meminta bantuan daripada Vernon.

Vernon merupakan kawan baik daripada sekolah lagi. Jay dan Brian turut dipanggil kerana Brian merupakan anak kapal yang bertugas di bawah TLDM.

Sebab itu Harris terus daftarkan Agent dia di bawah pengurusan PDRM. Takut nanti timbul salah faham pulak.

Jumlah pelatih-pelatih Traders Agent semakin ramai sehinggakan mereka membuat cawangan di luar negara. Dan akhirnya di seluruh dunia.

Harris pulang ke Malaysia untuk memberitahu bahawa dia akan berkahwin dengan Jessica.

Tan Sri Herman mengamuk. Dia tak sukakan Jessica yang seksi dan bukan beragama Islam. Jadi hubungan mereka semakin renggang bila Jessica perlu pulang ke Korea akibat masalah hutang ayahnya.

Setahun selepas itu, Tan Sri Herman memindahkan Harris ke Universiti di Malaysia. Dia tak nak anak nya rapat lagi dengan Jessica.

Harris dikawal ketat oleh bodyguard Tan Sri Herman. Jadi Harris tak dapat berbuat apa-apa. Dia perlu patuh arahan Tan Sri Herman. Dia terus kan hidup walaupun dalam diam dia cuba contact Jessica.

Sebulan selepas itu Harris dapat berita daripada Kevin yang Jessica meninggal dunia akibat stres dan kemurungan. Harris menyalahkan dirinya lalu membawa di ke Rom.

Sejak itu hubungan dia dan papa nya tidak baik. Dia pulang ke Malaysia semula kerana Brian menjumpai maklumat anak Dato Azman.
Sejak itu hati Harris tertarik dengan Qamaira walaupun dalam masa yang sama dia masih lagi tak boleh lupa kan Jessica.

MY LOVE [C] ✓Where stories live. Discover now