"Ira kena ikut sekali ke?" Izra menyoal.

"Ikut kamu lah."

"Ira tak nak."

Encik Huzairi mengangguk kecil. Dia sudah menjangka itulah jawapan anak gadisnya.

"Uncle.. auntie," Rayyan tiba-tiba bersuara dan secara tidak langsung menukar fokus mereka ke arahnya.

"Saya pun ada benda nak cakap sikit," bicara Rayyan sopan. Dia kerling pula Izra di seberang sana. Gadis itu sudah menayang isyarat untuk dia berdiam diri. Mungkin dia sudah tahu apa yang hendak Rayyan sampaikan.

Sudahnya, Rayyan abaikan saja isyarat itu walaupun Izra sudah melarangnya untuk bercerita dan sebenarnya gadis itu juga tak suruh dia masuk ke rumah ini kerana tak mahu keluarganya tertanya-tanya akan kehadirannya di situ tetapi Rayyan peduli apa.

"Apa kamu nak sampaikan tu, Rayyan?"

"Sebenarnya.." Rayyan mula bercerita tentang hal yang berlaku semalam. Dari A sampai Z dia cerita. Dia boleh nampak dan nilai sendiri riak wajah kedua orang tua Izra.

"Ya Allah! Jadi kamu baru keluar dari hospital. Kenapa tak bagitahu mama? Suka betul buat kerja macam ni, kan. Izra.. Izra." Puan Zahra cubit-cubit manja paha anaknya itu.

"Aduh. Mama, Ira dah okay ni. Janganlah, sakit tau." Izra cuba mengelak daripada terkena cubitan pedas mamanya.

"Salah saya juga auntie, sebab tak tanya phone dia ada bateri ke tak. Itu yang dia tak call sesiapa. Tadi dalam kereta baru saya tanya itu pun dia kata, dia tak terfikir fasal phone dia." Rayyan sengaja membangkitkan isu itu. Pasti Izra dah maki dia berbakul-bakul dalam hati. Dia sendiri pun geram sebenarnya.

Kecil besar kecil besar saja Puan Zahra lihat anaknya itu. Entah bila, dia sendiri tak sedar. Anaknya sudah berukar tempat duduk di sebelah suaminya pula. "Tak apa, Rayyan tak salah pun. Budak ni aje tak reti bagitahu. Eihh benda ni bukan remeh, ya. Kut lah Rayyan tak ambil kamu dari hospital, entah macam mana kamu balik nanti. Sekarang ni, teksi ke apa ke dah tak boleh percaya dah. Kamu tu dalam bahaya, faham tak? Macam-macam benda boleh jadi."

"Sorry lah. Bukannya Ira sengaja, mama." Izra berikan isyarat mata kepala Rayyan untuk menyelamatkan dirinya dalam kata lain mengalihkan topik ini.

Rayyan sembunyikan tawanya. Dia kesian juga tengok Izra seperti itu. Dia berdehem kemudiannya. "Saya sebenarnya ada permintaan," ucapnya. Berjaya mengalihkan fokus ibu bapa Izra kepadanya. Dia tak pasti sama ada permintaan ini baik padahnya atau tidak.

Semalam dia berfikir perihal ini. Dia tahu risiko apa yang perlu dia tanggung tapi dia yakin dia boleh hadap. Tak salah untuk dia cuba. Ini benda baru baginya.

"Saya nak.. jaga Izra. Saya nak ada disampingnya. Saya nak dia dekat dengan saya supaya saya tak risau tentang keadaan dia." Rayyan menyatakan hasratnya itu. Bersungguh dia mahu menjaga dan melindungi Izra.

Encik Huzairi juga terkejut akan permintaan Rayyan. Dia tak salah dengar, kan? Telinga dia tak tuli lagi walaupun sudah tua macam ni. "Maksud kamu apa, Rayyan?"

"Saya nak dia tinggal bersama saya.. dan kakak saya, boleh ke, uncle? Auntie?"

Izra terus berdiri. "Kau gila ke?" Dia seakan tak percaya dengan permintaan Rayyan. Tinggal bersama? Gila! Mana boleh. Haram. Walaupun ada kakak Rayyan tapi dia tetap rasa berdosa.

"Aku akan jadi gila kalau aku terlalu risaukan kau," sangkal Rayyan pula.

"Kenapa?" Sampuk Encik Huzairi lagi. Puan Zahra hanya mendiamkan diri. Dia tak tahu nak menyampuk bagaimana.

"Saya cuma nak dia berada dalam keadaan selamat sebab penjenayah tu terlalu licik. Dia lebih selangkah di hadapan daripada kami. Saya risau.. dan saya takut.. saya tak mampu selamatkan Izra kalau ada apa-apa terjadi. Izra pun bukan jenis yang berjaga-jaga. Dia main langgar saja semua benda. Lagi buat saya makin tak boleh lepaskan dia begitu saja," ujarnya bersungguh. Dia tak boleh lupakan keadaan Izra semasa dia menyelamatkan gadis itu. Dia tak mahu lihat Izra hadapi keadaan seperti itu lagi.

Encik Huzairi teranguk-anguk. "Maafkan uncle sebelumnya.. tapi uncle tak izinkan."

Izra sudah melepaskan nafas leganya. Syukur!

"Baiklah, kalau macam tu.. tapi saya harap uncle akan pertimbangkan semula." Rayyan masih berharap.

"Kalau Rayyan benar-benar mahu jaga dia.. uncle boleh izinkan tapi dengan cara bernikah. Uncle tak mahu dengar apa-apa fitnah berkaitan korang berdua. Rayyan mahu nikahi anak uncle?" Tawar Encik Huzairi pula. Saja menduga. Mahu melihat kesanggupan jejaka itu. Pastinya akan membuatnya berfikir dua kali.

Namun begitu, dia tak buta untuk melihat keikhlasan daripada sepasang mata itu. Jejaka itu berkata jujur. Dia memuji dalam diam kesungguhan anak muda ini cuma dia masih tak senang dengan tindakannya.

Dia juga risaukan anaknya.

Sangat risau.

Jejaka ini juga sama dengannya, sehinggakan berani menyatakan niat seperti ini.

"Malangnya, kau dah bertunang. Kau tak akan mahu, kan?" Tak tahu mengapa. Izra jadi teragak-agak menanyakan soalan itu.

Encik Huzairi terdiam seketika. Cuba memahami situasi. Agak menyerabutkan tapi lebih serabut urusan kerja di pejabat.

"Kalau saya setuju, macam mana?"

Izra sudah tak senang duduk dengan jawapan Rayyan itu.

"Auntie pula tak setuju.. sebab kamu sudah bertunang, tak kan kamu nak kahwin dengan Izra. Macam mana dengan tunang kamu nanti?" Puan Zahra benar-benar menyelamatkan Izra dalam situasi ini.

"Uncle minta kamu fikir benda ni baik-baik, Rayyan."



•—TBC—•

MEMORIESDonde viven las historias. Descúbrelo ahora