07

249 120 26
                                    

ITALI

Kakinya sudah berdiri di depan muka pintu pejabat mini milik bosnya. Nafasnya menjadi sesak. Dia takut sekiranya bosnya itu mengamuk disebabkan berita yang ingin disampaikannya ini.

Akhirnya, pintu dikuak lalu dibuka. Dia lihat bosnya yang sedang duduk di meja kerjanya dengan wajah yang kelihatan ceria. Mungkin hatinya sedang bersuka-ria. Dia terus menapak di hadapan bosnya itu.

"E quella donna, va tutto bene?" (Bagaimana dengan perempuan itu, semuanya baik-baik saja?) soal bosnya terus dalam bahasa Itali. Dia ingin mengetahui adakah gadis itu sudah berada bersama mereka.

"Mi scusi signore, la polizia è riuscita a prenderli," (Maaf tuan, pihak polis berjaya menangkap mereka,) lapornya. Cukup dengan perkataan itu sahaja dia sudah mendengar dengusan kasar bosnya.

"Come può accadere tutto ciò?!" (Bagaimana semua itu boleh terjadi?!') Wajah si bos yang tadinya ceria bertukar garang sebaik sahaja mendengar khabar itu. Dia sudah merancangnya dengan baik agar pihak polis tidak dapat menjejaki namun apa yang jadi sekarang ini? Gadis itu terlepas!

"Prata mi ha detto che la polizia aveva circondato la zona appena arrivato. È anche riuscito a fuggire dalla zona e ha continuato a riferirmi questo incidente." (Prata memberitahu saya, pihak polis telah mengepung kawasan tersebut sebaik sahaja dia tiba. Dia juga sempat melarikan diri dari kawasan tersebut dan terus melaporkan kejadian ini kepada saya.)

Keadaan di bilik itu sunyi sebelum jejaka berbahasa Itali itu bersuara semula. "E il ragazzo che ti ho detto di assumere? Ha tradito?!" (Bagaimana dengan jejaka yang aku menyuruhmu untuk mengupahnya? Adakah dia telah menghianati?!) Dia mula teringat akan seorang jejaka yang diamanahkan olehnya untuk menyembunyikan bukti jenayahnya bagi beberapa kes pembunuhan yang lalu. Jika kes yang satu ini pihak polis berjaya menjejaki, maka tidak mustahil dirinya telah dikhianati.

"No signore, lui non lo sa," (Tidak tuan, dia tidak mengetahui tentang hal ini,) balas Lukasz. Jejaka yang dimaksudkan bosnya itu juga ada menghubunginya. Dan mengakui bahwa dia tidak tahu menahu akan misi pihak polis pada waktu itu. Katanya, ianya berlaku secara tiba-tiba.

"Voglio quella ragazza!" (Aku mahukan perempuan itu!) Amuknya. Dia tidak berpuas hati. Ini pasti salah mereka yang tak reti menjalankan tugas.

Tiba-tiba pintu bilik itu terbuka dan terpacul seorang jejaka. Dia memasuki bilik itu kemudiannya. Terasa tegang keadaan bilik ini. "Cosa succede?" (Apa yang berlaku?) Jejaka itu tertanya-tanya. Pelik dia jadinya melihat raut wajah jejaka yang sedang duduk itu bertukar garang. Bukankah tadi moodnya baik-baik saja? Dia pasti ada sesuatu yang terjadi. Dan tentunya berita yang buruk.

"Tutto è fallito! Justino. La ragazza è andata!" (Semuanya gagal! Justino Perempuan itu terlepas!)

"La polizia è riuscita anche ad arrestarli signore si." (Pihak polis juga berjaya menangkap mereka tuan.)

"Sta zitto tu, Lukasz! Non voglio sentire la tua voce." (Kau diam, Lukasz! Aku tidak mahu mendengar suaramu.)

Tertunduk terus kepala Lukasz sebaik sahaja mendengar amarah mengila bosnya itu.

•—•—•

Rayyan tenung wajah lzra yang sedang lana. Dia harap gadis itu tak apa-apa. Berdasarkan apa yang dikatakan oleh doktor sebentar tadi, tiada apa-apa kecedaran fizikal yang berlaku kepada gadis itu. Kesihatan tubuhnya saja yang agak merisaukan.

MEMORIESWhere stories live. Discover now