RING! RING! RING! RING! RING!

Telefon Izra tiba-tiba menjerit minta diangkat. Dia mencapai telefonnya, nama Dariel Luth terpapar di dada screen telefonnya. Entah kenapa degupan jantungnya bertukar rentak.

"Saya keluar sekejap, ya. Nak jawab call." Irsyad di hadapannya cuma mengangguk.

"Hello?" Suara Dariel menjadi santapan telinganya.

"Ya. ada apa Luth?" Izra kini berdiri betul-betul di luar tingkap kafe. Dia lebih selesa memangil detektifnya dengan panggilan Luth.

"Aku nak jumpa kau."

"Kenapa?"

"Tunang kau, Farish."

Izra terjeda sebentar setelah mendengar sebaris nama itu.

"Kau kat mana?"

"Que Cafe. Aku ada temu janji di sini."

"Jam berapa korang habis?"

"Dah habis sebenarnya."

"Alright, see you."

Panggilan dimatikan oleh Dariel setelah itu. Izra mula merasa tidak enak. Sekiranya Dariel menghubunginya berkaitan dengan Farish, itu bermaksud..

"Cik Izra," suara Irsyad mengejutkan Izra. "Oh! Maafkan saya sebab kejutkan Cik. Saya dah nak balik. Bil tadi, saya sudah bayarkan," kata Irsyad dengan sopan.

"Terima kasih. Nanti ada masa, saya pula belanja." Izra beri senyuman kepada jejaka itu. Jimat juga duit dia hari ini.

"No biggie. Saya gerak dulu." Izra cuma menghantar pemergian Irsyad dari pandangan matanya lalu dia kembali masuk ke dalam Kafe.

Kini, sudah 40 minit berlalu. Kelibat Dariel langsung tidak kelihatan. 'Berani betul kau sidai aku, Luth!' Marah Izra dalam hatinya.

Mata Izra tertancap pula pada susuk tubuh seseorang dan dia pasti itu ialah Dariel. 'Pangang umur. Baru aje cakap fasal dia tiba-tiba muncul depan mata.'

Dariel nampak Izra duduk di hujung sana sambil merenungnya dengan pandangan membunuh. Dia tahu dia telat, tapi tak sampai sejam pun! Ada baki sepuluh minit.

"Apa kau dapat?" Soal Izra terus sebaik sahaja Dariel melabuhkan duduknya di tempat Irsyad duduk tadi.

"Tak reti nak sabar ke?" Dariel buka topi hitamnya. Dia letak atas meja.

"Tak reti sabar kau kata?" Izra ulangi ayat Dariel itu. "Aku tunggu kau nak dekat sejam, Luth! Sejam! Client aku pun tak pernah sidai aku selama ni."

"Nak dekat sejam aje. Belum sampai lagi," katanya selamba. Dia keluarkan sampul coklat kepada Izra. "Dalam sampul ini ada gambar Farish yang kau bagi bulan lepas. Ya. Gambar itu benar bukan edit," beritahu Dariel sekaligus mematikan topik pergaduhan mulut mereka.

"Luth." Dia panggil Dariel sambil tanganya mengeluarkan isi sampul itu.

"Kau patut berpihak kepada sahabat kau itu. Kalau aku dapat buktikan yang dia curung, kami tak akan berkahwin. Keluarganya akan kecewa atas asbab ini, Luth. Sebab aku tak akan berdalih untuk situasi ini. Aku akan beritahu perkara sebenar untuk putuskan pertunangan kami," tegas Izra. Dia tahu bahwa Dariel dan Farish itu berkawan baik dan dia menjadikan Dariel sebagai detektifnya adalah daripada cadangan Farish juga.

"Perlu ke aku berpihak kepadanya dengan menyembunyikan kebenaran walaupun dia sahabat aku? Sahabat? Lucunya." Dariel ketawa tetapi jelas kedengaran hambar.

MEMORIESWhere stories live. Discover now