Wareesa telan air liur sebelum lambat-lambat dia tunduk pandang kaki sendiri. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum ia dihembus perlahan-lahan. Cabaran paling berat dia akan lakukan selepas ini. Jadi, dia perlu tenang setenang-tenangnya.

Dalam Wareesa berkeadaan begitu, dia nampak ada seseorang berdiri di sebelah kirinya. Terus dia menoleh untuk melihat siapa. Dan bila nampak seseorang itu adalah Hayyan, tak berkelip matanya. Lagi-lagi bila lihat lelaki itu tersenyum manis kepadanya. Pelik, dia pandang Niliyyah pula. Gadis itu juga sedang tersenyum kepadanya. 

"What?" Soal Wareesa perlahan. Hairan dia dengan situasi begini.

"Wareesa Jameela." Dan bila dengar namanya dipanggil Tuan Fauhad, terus kepala menoleh memandang lelaki itu. Bulat mata sekejap dek terkejut. Dah kenapa nama dia kena seru tiba-tiba ini? Makin terkejut bila dia menerima flash camera yang tidak berhenti dari arah hadapan.

"Tak payah buat muka terkejut. Smile prettily!" Bisikan Niliyyah itu dia terima serentak dengan pautan tangan gadis itu di lengannya.

Wareesa tak nak ikut tapi bila perasan pandangan Cik Puan Tihani dan Tuan Fauhad kepadanya, terus dia pandang hadapan dan senyuman paling manis dan bahagia dia ukirkan buat para tetamu. Dan flash camera makin galak berkelipan di hadapan mereka sesudah itu.

"Ya Allah! Bila nak habis ini?" Omel Wareesa dalam wajah yang ceceria mungkin.

Niliyyah pura-pura gelak sambil pandang Wareesa.

"Don't start it, ugly!"

Wareesa tersenyum sahaja sebelum dia pandang Hayyan. Senyum juga. Senyum geram.

"Kau tengok kakak kau ni. Psiko." Bisik Wareesa kepada Hayyan. Wajah masih mantain senyum. Semua sebab kamera-kamera di hadapan sekarang ini. Macam tak pernah tengok orang sampai galak sangat ambil gambar. Tak faham betul dia.

Hayyan gelak kecil.

"Kalau kau yang cantik macam ni, aku pun boleh jadi psiko tahu tak?"

Mati terus senyuman Wareesa. Atas bawah, atas bawah dia pandang Hayyan sebelum dia bertindak ambil dua langkah menjauh daripada Hayyan. Dia lagi rela layan psiko Niliyyah daripada melayan psiko Hayyan. Gila melampau lelaki seorang ini.

"Smile!" 

Dan Wareesa pandang hadapan dan tayangkan senyuman palsu penuh manis kepada semua. Sambil itu, dalam hati gigih dia berdoa supaya semua ini berakhir dengan segera. Dia tak sanggup dah nak jadi palsu begini. Dia rindu Wareesa Jameela yang lama. Huwaaa!!!

*💐 ੈ♡

MELILAU mata Wareesa mencari Yara. Rasanya dari atas pentas tadi, dia nampak sahaja Yara. Elok sahaja gadis itu duduk sopan di meja sambil main telefon. Ini, dah habis sesi berucap, sesi potong kek dan dah masuk sesi makan-makan, tapi langsung batang hidung gadis itu tidak dia lihat.

Dalam mencari itu, Wareesa nampak Niliyyah sedang berbual rancak bersama rakan-rakannya. Tanpa berfikir panjang, Wareesa terus menghamipri kelompok itu. Dan bila berdiri sahaja dia di sebelah Niliyyah, perbualan serta merta terhenti. Semua mata yang ada pelbagai warna lurus memandangnya. Wareesa bingung sendiri. Muka melayu, tapi kenapa mata warna-warni ni?

Niliyyah yang menyedari kehadiran Wareesa terus menoleh memandang gadis itu. Jelas riak bosan tertayang di wajah gadis itu. Eh, geram pulak Wareesa. Ingat dia nak sangat ke datang merapat ni? Tak ingin lah!

"Nak apa?" Tanya Niliyyah.

"Nampak Yara?" Lurus Wareesa bertanya. Takde belok-belok dah. Kalau dia belok, lama pula dia di sini.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now