Yara hanya akur sambil tersenyum. Dia mula melakukan kerjanya. Make-up artist in the house! Nanti boleh lah hasilnya nanti dia upload di ruang Instagramnya. Sambil-sambil belajar ini, boleh buat pendapatan jadi MUA. Hehehe.

Wareesa hanya menerima. Dia biarkan sahaja tangan Yara berkerja di wajahnya. Masing-masing diam sahaja. Lebih selesa begitu.

"Kalau kau pakai macam ni, Nil pakai macam mana?" Tanya Yara, memecahkan diam antara mereka.

Wareesa hanya jungkitkan bahu sebagai jawapan.

"Maknanya kau tak tahu dia pakai dress ke apa ke? Kata shopping sekali?" Yara kebingungan. Terhenti sekejap tangannya dari berkerja.

Wareesa hanya mengangguk tanda ya. Dia tak tahu. Tapi, sekejap! Badan Wareesa kejung tiba-tiba dan Yara perasan akan perkara itu.

"Kenapa?"

Mata Wareesa membulat.

"Aku tak tahu dia pakai apa."

Dahi Yara berkerut dan perlahan-lahan dia mengangguk. Itu lah yang Wareesa jawab tadi kan? Kenapa macam baru sedar ni?

"Macam mana kalau dia prank aku?"

"Hah?" Yara tidak faham.

"Yes! Dia prank aku! Sebab aku seorang aje masuk bridal boutique masa beli baju. Dia tak pun!"

Halah! Wareesa! Kenapa baru perasan benda ini sekarang?! Sudah lah baju yang sepatutnya dia pakai sudah dirampas Niliyyah! Nak pakai baju biasa dia? Mahu kena kejar dan sebat oleh Cik Puan Tihani. Alah! Macam mana ni?

'Kenapa kau lembab, Reesa?!'

*💐 ੈ♡

KETUKAN di pintu buat Wareesa dan Yara memandang pintu itu serentak. Sekejap sahaja sebelum mereka berpandangan sesama sendiri.

"Kau betulkan tudung, aku pergi buka pintu." Kata Yara dan Wareesa bersetuju.

Sudah terlambat ataupun tidak, Wareesa terpaksa sarungkan juga apa yang dia pakai sekarang ini. Lantak lah kalau nampak over atau apa-apa sahaja. Dia lagi okey nampak over kut dari kpada kena dera tujuh hari tujuh malam oleh Cik Puan Tihani. Wanita itu bukan boleh jika majlisnya rosak. Lagi-lagi kalau rosak diebabkan dia.

"Saya kawan Reesa, Yara Hamidah." Suara Yara yang memperkenalkan diri terus buat Wareesa menoleh. Dahi berkerut. Siapa yang ada di muka pintu itu sambil Yara kena memperkenalkan diri?

"Oh." Suara garau itu buat Wareesa bangun. Hayyan Hadiy.

Langkah diambil ke muka pintu dan seraya itu, Yara menguak pintu luas, biar ia terbuka. Dan terus, dia nampak Hayyan di muka pintu, segak dalam sepersalinan tuxedo putihnya. Di sebelahnya ada Niliyyah yang tampak anggun juga dalam sepersalinan dress putihnya.

 Di sebelahnya ada Niliyyah yang tampak anggun juga dalam sepersalinan dress putihnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now