Dengan jari yang berat, balas satu huruf K dihantar. Kemudian lambat-lambat Wareesa bangun pergi ke meja solek mininya. Nak ambil lipstick yang Yara jual. Banyak juga. Dalam 5 batang lipstick dengan shade warna yang berbeza.

"Aku beli satu aje. Yang empat ni kau bagi. Ada sebab rupanya." Omel Wareesa dengan senyuman sinis terukir di bibir.

Tempat diambil semula di atas katil. Betulkan duduk biar selesa sebelum aplikasi Instagram ditekan. Tengok penampilan diri sekilas lalu, dia rasa berpuas hati. Takde lah selekeh pun dengan telekung dia ni. Nampak suci dan muslimah begitu. Ini point lebih tau. Nampak seri giu bila Yara suruh dia calit-calit sikit nanti. Hehehe.

Memandangkan datanya kuat dan laju, tak payah tunggu lama-lama. Memang nampak terus akaun Yara yang tertera tulisan Live di bahagian IG Story. Tanpa lengah, Wareesa terus tekan akaun itu. Dan muncul lah wajah Yara di situ. Eh, gadis itu bertelekung juga sepertinya. Dan akau entah siapa yang buat duet Live dengan Yara pun bertelekung.

"Elok lah semua jadi Telekung Squad malam ni." Bicara Wareesa dengan nada lucu. Terhibur pula.

"Okey, thank you for the feedback! Jumpa lagi, Minah!" Suara ceria Yara kedengaran. Siap dengan pakej senyum manis dia sekali. Pandai marketing kawan dia yang seorang ini.

Wareesa hanya tersenyum sahaja lihat Yara sahaja. Dan Ting! Pesanan Yara yang suruh dia request join Live muncul di Pop-up Notification WhatsApp. Dan seperti yang disuruh, Wareesa menurut sahaja. Butang request yang muncul di ruang komen dia tekan.

"Okey, jom Yara bawa masuk testimoni teragung Yara. Dibawa khas dari lubuk hati Yara yang paling dalam, Cik Wareesa Jameela!" Semangat Yara memanggilnya masuk. Walhal skrin dia tengah loading lagi.

Dan tiga saat kemudia, wajahnya muncul di bawah gambar Yara. Ha, dia sudah selamat Live sekali bersama Yara. Hebat betul Yara ini. Nak kata kawan baik, tidak lah. Tapi, cepat betul hati dia bersetuju walau segila mana pun ajakan Yara buat dirinya.

"Assalamualaikum, Cik Wareesa." Teguran Yara buat Wareesa senyum.

"Waalaikumussalam, Cik Yara." Balas Wareesa. Sambil tu buat-buat sibuk buka plastik lipstick yang ada atas riba. Belum guna melainkan satu shade sahaja. Lagi satu, kita malu lah awak. Ramai yang menonton.

Curi-curi lihat nombor yang ada di sebelah mata di belah kanan skrin, hampir tersedak Wareesa di situ. Mak aih! Sampai empat ratus lebih yang join ni. Bukan biasa-biasa betul kawan dia yang seorang ini.

"Berseri-seri Cik Wareesa dengan telekung yang tersarung ya?" Mula dah ayat menyakat tambah cari pasal dengan dia. Dalam IG Live pun sempat eh gadis yang seorang ini.

"Yalah. Kan baru keluar dari lubuk hati paling dalam Cik Yara. Tu berseri tu." Dan menjadi Wareesa, dia ikut melayan. Hahaha! Mana boleh Yara sahaja yang cari pasal dengan dia. Dia pun boleh lah. Bukan ada sesiapa yang dia kenal pun dalam live ini. Paling-paling kawan-kawan yang sama subjek dengan dia.

"Cia cia cia! Nak cakap hati saya berseri sesuci lebaran ke?" Yara sengih.

Wareesa gelak kecil seraya menggeleng.

"Agaknya lah. Tapi, ikut waktu juga kan? Kadang kelam juga." Balas Wareesa sambil tersenyum sinis.

Yara balas dengan gelak. Nampak sangat tak ikhlas di situ. Hahaha! Wareesa satu markah, Yara kosong markah!

"Amboi, cantik ayat! Tengok kamu nanti!" Yara mengugut tapi Wareesa buat muka cool tak tergugat. Apa sahaja yang Yara boleh buat dalam IG Live begini. Takde apa-apa pun.

"Apa-apa lah. Ni kenapa suruh join Live ni?" Soal Wareesa, konon-konon tak tahu kenapa dia diajak. Padahal dia yang request masuk. Ting tong betul!

"Ha! Soalan cerdik! Masa tu Cik Wareesa ada beli lipstick saya kan? Banyak saya rasa! Hampir semua shade warna Cik Wareesa ada." Yara bersuara. Sambil itu dah angkat tunjuk beberapa batang lipstick di tangan.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin