Vernon memicit kepalanya. Pening kepalanya dengan Harris.

"Benda ni bukan main-main bro. Maira kena tahu benda ni. Benda ni ada kena mengena dengan arwah."

Mereka berdua berbincang tentang Traders Agent. Harris mengeluh. " Entahlah bro,aku ni serabut fikir macam-macam. Maira kata dia ni bagi aku apa? Aku memang tak ada perasaan dekat dia even aku panggil dia sayang."

Vernon mengeluh. "Sabarlah bro. Kau bukannya bercinta sebelum kahwin. Percayalah cakap aku satu hari nanti kau akan rasa betapa manisnya bercinta selepas kahwin ni."

Harris menghembus nafasnya. Dia memerhati CCTV yang dia pasang di banglonya. Qamaira tak tahu pasal ni.

Dia nampak Qamaira berjalan ke taman landskap. Mulutnya tersenyum melihat wajah Qamaira yang duduk berdekatan di rumah pokok.

"Aku keliru bro. bila dia senyum aku pun senyum. Tapi rasa sayang cinta tu tak ada. More kepada perasaan abang sayang adik" Vernon melihat skrin komputer yang menunjukkan Qamaira sedang duduk di bangku.

Harris melihat Qamaira berjalan keluar daripada taman landskap, kamera lain menunjukkan Qamaira menekan lif ke tingkat 3.

Harris tidak senang duduk dah. Jangan cakap yang dia....

Harris bangun dari kerusi lalu dia mencapai kunci kereta.

"Eh Bro kau nak pergi mana? Kita tak habis discuss lagi ni. Woi!" Vernon melihat Harris berlari keluar daripada pejabat.

"Kenapa ni?" Dia mengerutkan dahi nya. Macam-macam sahabat seorang dia ni. Dia melihat kembali skrin komputer Harris. Dia terkejut melihat Qamaira menangis. "Apa yang berlaku sekarang ni?" Dia pun tak faham.

Harris mengetuk pintu bilik perlahan. "Maira bukak lah pintu ni." Qamaira menutup matanya. Dia mengendahkan suara Harris.

Hatinya masih sakit dengan sikap Harris yang tiba-tiba marah dia.

"Harris mengeluh. Dia berjalan ke dapur. Laci ditarik. Kunci spare diambil. Dia membuka pintu bilik dan menutup kembali.

Qamaira baring diatas katil dengan posisi mengiring. Harris duduk di birai katil.

Tangannya menyentuh bahu Qamaira tapi Qamaira mengelak.

Harris mengeluh. "I'm sorry"

Qamaira menahan air mata nya. Tu je? Punyalah tengking marah dia tadi sorry je? Qamaira menarik selimut ke wajahnya.

"Goodnight sayang" Harris bangun dari katil. Dia mencapai tuala dan masuk ke bilik air.

Qamaira tak faham kalau nak marah pun bagitau kenapa? Perlu ke tengking macam tu? Seumur hidupnya dia tak pernah ditengking.

Arwah ayah nya tak pernah kasar dengannya. Berbeza dengan Harris. Ayah nya seorang lelaki yang penyabar,baik dan penyayang.

"Ayah,Maira rindukan ayah. Kenapa ayah kena mati malam tu. Kenapa bukan Maira" dia menangis lagi kuat. Bantal di letak di wajahnya. Matanya penat lalu terlelap.

Harris menggoncangkan badan Qamaira. "Maira bangunlah." Qamaira membuka mata nya.

"Bangun. Mandi. Siap-siap" Qamaira menolak selimut. Dia memandang Harris yang memakai sweatshirt berwarna kelabu, selusr Jean berwarna biru, Beanie berwarna kelabu disarungkan ke kepala nya.

"Hmm" Qamaira cuba bangun tapi Harris menahan. "Sorry about last night" Harris mencium pipi Qamaira. "Saya tunggu awak dekat bawah."

Qamaira terpaku. Dia berasa geram dan marah dekat Harris. Dia bangun lalu melihat Harris menarik luggage mereka di bawa turun ke bawah.

MY LOVE [C] ✓Where stories live. Discover now