“Lepaslah! Kau siapa haa? Lepaskan aku!” jerit Armelyn.

“Aku? Aku Ezra lah! Kau... tak layak hidup. Kau bunuh Iflan!” Armelyn terdiam mendengar kata-kata lelaki itu. Benarkah lelaki itu ialah Ezra? Atau lelaki itu cuma bermain kata-kata dengannya?

“Saya tak bunuh dia.” Kepala digeleng dengan air mata yang mengalir kembali. Jikalau tadi dia menangis kerana ketakutan, sekarang ini menangis kerana kecewa... Dia kecewa kerana tiada sesiapa yang mahu mempercayainya.

“Kau bunuh dia. Kau kelar leher dia sampai dia mati depan mata kau.” ujar lelaki itu. Sengaja mahu membuatkan Armelyn terbayang semula peristiwa tersebut.

“Hoi!” tempikan seseorang membuatkan lelaki itu dan Armelyn terkejut. Armelyn kenal suara itu. Itu suara Ezra! Tanpa sempat dia mahu menoleh memandang wajah gerangan yang menjerit tadi, dia terlebih dahulu ditolak ke tepi tebing.

“Argh!” jeritan Armelyn menyapa pendengaran dua lelaki itu.

“Armelyn!” Ezra yang terkejut melihat Armelyn ditolak lantas berlari menuju ke tepi tebing itu. Lelaki tadi sudah melarikan diri dari situ. Sempat dia melorek senyuman kemenangan. Kalau difikirkan tadi, dia mahu menolak Ezra sekali. Namun, Ezra bukanlah sasarannya. Itu bukan rancangan asalnya. Tanpa Ezra, rancangannya akan rosak.

“Melyn!” Mata diliarkan ke bawah tebing. Langsung tidak terlihat kelibat Armelyn di situ. Barangkali sudah jatuh jauh ke bawah.

“Melyn! Sahutlah sayang!” jerit Ezra lagi. Dia mula terisak-isak di situ. Tidak sanggup kehilangan isteri kesayangannya.

•••

Fazlan mengeluh perlahan. Penat juga asyik tengok wajah muram Ezra yang diam tidak berkutik itu. Bila ditanya atau dipujuk dengan kata-kata semangat dan kata-kata positif, lelaki itu hanya menjawab beberapa patah perkataan sahaja berkaitan Armelyn.

“Sudahlah... Nanti mereka jumpalah Armelyn. Kau pergi makan dulu.” kata Fazlan.

“Aku tak lapar. Jangan kacau aku. Kau pergi main jauh-jauh dengan Dahlea.” halau Ezra.

“Kau fikir aku ni budak-budak ke? Dasar sepupu bodoh!” Ezra dijelingnya. Geram pula. Dibagi nasihat dan kata-kata semangat, bukannya mahu menghargai. Dihalau adalah!

“Kalau macam tu, kau duduk sini. Biar aku pergi jumpa Dahlea.” Ezra yang sudah berdiri dan melangkah pergi dipandang tidak percaya.

“Hoi syaitan!” jerit Fazlan. Sungguh, dia tidak berpuas hati dengan Ezra. Kaki dihayun laju, berlari ke arah Ezra. Lelaki itu, sedih-sedih pun mampu mengusiknya lagi.

Kaki dikuis-kuiskan di atas rumput. Lagak Fazlan mengejar Ezra dipandang kosong. Dia leka menikmati kuih pemberian David. Lelaki itu memang buang tabiat kerana memberinya kuih.

“David... Kau tak nak makan? Sedaplah.” tawar Danial. Kuih yang sudah digigitnya sedikit dihulurkan ke arah mulut David. Tanpa kata, David menggigit separuh daripada kuih di tangan Danial.

“Dah... Kau habiskanlah. Aku beli untuk kau.” kata David.

“Hurm.” Danial hanya mengguman. Tindakan David yang tiba-tiba duduk bertinggung di hadapannya membuatkan dahinya berkerut pelik. Cari belalang dekat rumput ke apa?

“Naik atas belakang aku. Kita pergi jalan-jalan.” suruh David. Danial mula tersengih teruja. Dia mimpi ke? Sudahlah di dalam istana David mahu menggendongnya.

“Kau buang tabiat ke? Kita dekat dalam istanalah David. Macam mana kalau orang nampak?”

“Habis, kenapa kalau orang nampak? Kau malu? Kaulah yang buang tabiat.” bidas David.

EMERALDWhere stories live. Discover now