"Sayangg, nak ikuttt" rengek Akmal. Tanganku ditariknya. Tersenyum aku dibuatnya. Dia ni memang tau. Aku nak membuang pun dia nak ikut. Kalau mandi jangan cakap lah. Lagi pula sebab perut dah besar sangat ni, susah nak sental belakang sebab sakit belakang. Jadi dia mesti akan tolong apa yang patut hihi.

"Jom" ajakku. Tersengih macam budak kecik Akmal dibuatnya. Bangun aje aku tiba-tiba rasa basah di kaki. Nak tengok bawah, tak nampak lah pula.

"Abang cuba tengok kaki saya ni ada air kencing ke? Rasa macam tak buang air lagi" soalku. Tiba-tiba je rasa macam dah buang air walaupun aku rasa aku belum lagi.

"Hah?" Itu saje yang keluar dari mulutnya. Akmal datang kearahku, kain baju kelawar yang aku pakai diangkatnya hingga ke peha. Mula-mula rasa hairan juga lah aku, apa benda pulak lah dia nak buat.

Tiba-tiba rasa geli sebab Akmal menyentuh peha aku. Eh dia ni, orang nak beranak ni sabar lah sikit kan?

"Abang buat apa tu?" Soalku. Soal aje lah mampu sebab aku tak nampak apa dia buat kat kaki aku, nak jenguk memang tak nampak lah sebab perut ni.

"Sayang.. ni air ketuban ni. Tak ada bau, jernih. Ke sayang pee pee?" Soal Akmal. Aku diam sejenak. Nak fikir jap.

"Saya rasa belum pee pee lagi lah. Pastu baby nak keluar dah ke?" Soalku. Akmal juga macam bingung. Akmal tiba-tibanya menarik laci di bawah meja cermin dan ambil tuala wanita yang dah berbulan aku tak pakai tu. Tahu pula dia aku simpan dalam tu. Kemudian dia ambil seluar dalam aku pula. Terus dia tampal tuala wanita aku tu di seluar dalam. Makin bingung aku dibuatnya.

"Sayang, jom abang tolong cuci. Pastu sayang pakai pad ni, nak tengok betul air ketuban or tak" kata Akmal sambil tanganku dipegangnya. Akmal memimpinku ke tandas.  Aku turutkan aje apa yang dia suruh. Aku duduk di atas penutup mangkuk tandas. Akmal mencuci apa yang aku tak dapat nak lihat tu dan dia bantu tukarkan seluar dalam baru. Kemudian dia pimpin aku duduk di atas kerusi di depan tandas.

"Duduk jap 10 minit okay? Sayang ada nak makan apa-apa tak? Nak minum?" Soal Akmal. Aku geleng aje.

"Tak nak lah abang. Abang bagitau la kenapa buat semua ni? Baby nak keluar dah ke? Kenapa saya tak rasa sakit lain macam pun? Just rasa sakit yang biasa hari-hari rasa tu je. Pastu kenapa kena pakai pad? Ada keluar darah ke?" Soalku bertubi-tubi. Aku risau lah kan, dah lah tak terangkan apa-apa. Risau bayi ni sakit ke hm. Dah lah tak boleh nak tengok apa yang keluar tadi, rasa basah macam air je.

"Kalau masa sayang duduk takde fluids yang keluar, pastu bila sayang berdiri ada fluids, maksudnya tu air ketuban. So kalau air ketuban dah keluar, kena cepat pergi hospital lah. Maksudnya baby dah nak keluar. Kita tunggu je okay?" Jelas Akmal. Aku angguk aje lah. Turutkan aje apa yang dikatakannya.






*****






"Abangg, pergi tidur kat dalam bilik tu. Jangan lah tidur atas karpet ni nanti sakit badan" omelku kepada Akmal. Malam tadi dia berjaga sepanjang malam sebab Khair tak mahu tidur. Ya, Khair. Muhammad Khair namanya, bayi sulungku.

Syukur Akmal jenis yang memahami dan bertolak ansur. Dah sebulan aku bersalin, kalau hari dia cuti atau kerja shift petang mesti dia akan berjaga malam kalau Khair tak mahu tidur.

"Takpe lah.... Nanti kalau sayang nak mintak tolong apa-apa senang abang tolong.." balas Akmal. Jelas suaranya yang keletihan dan mengantuk. Aku tak mahu paksa dia berpenat untuk aku tapi itulah, aku pula yang kena paksa tidur kalau Khair terjaga di tengah malam. Kalau minum susu pun Akmal akan beri susu yang sudah aku simpan buat stok.

"Abang, takpee. Abang tidur dalam bilik okay? Khair pun tidur ni" aku duduk di sebelahnya. Nak memujuk lah supaya dia masuk tidur dalam bilik. Kesian tengok suami aku ni penat sangat dia jaga anak tengah malam. Tiba-tiba Akmal bangun duduk.

"Khair tidur? Sayang teman abang tidur boleh ke?" Soal Akmal pula. Wajahnya memang kelihatan penat. Tapi yelah sejak Khair lahir, Akmal dah kurang bermanja dengan aku, mungkin sebab dia tahu aku penat.

"Jom?" Pelawa aku. Terus aku tarik tangan Akmal dan pergi ke bilik. Bila dia baring, dengan aku sekali ditariknya. Aku layankan aje lah sebab aku tahu dia sangat letih. Akmal menarik aku rapat dengan tubuhnya. Aku pun peluk lah apa lagi kan?

"Abang, abang kan dah penat jaga malam. So kalau siang abang tidur lah okay? Esok kan abang kerja"

"Takpe lah, abang tak nak sayang penat sorang-sorang. Abang tahu sayang pun penat, kita kan satu team, kalau abang jatuh, sayang lah naik. Kalau sayang jatuh, abang lah naik" jelas Akmal. Alahai manisnya kata-kata Akmal. Aku peluk Akmal lagi erat dari sebelumnya. Syukur sangat dikurniakan seorang suami sepertinya walaupun dia sendiri pun penat berjumpa pesakit setiap hari.

"Terima kasih abang. Sebab jadi suami saya. Sebab sudi jadi suami saya even awal-awal dulu plannya lain tapi tulah, kalau dah jodoh tu punca dia pelik pun tetap jadi jodoh jugak." Aku bicara perlahan walau wajah dah benam di dada Akmal. Tiba-tiba rasa dia kebelakang sedikit.

"Sayang lah kan yang ajak abang kahwin dulu?" Soal Akmal. Terus dia mengekek ketawa. Berkerut lah muka aku memandangnya. Aku tak suka betul kalau dia nak mengimbau kenangan bahagian 'awak kan yang ajak saya kahwin dulu' ni. Haih. Walaupun benar tapi tulah, malu kalau ingat balik.

"Jodoh ok jodoh" jawabku dalam nada geram. Malu sebenarnya.

"Yelah sayang. Kalau sayang tak ajak abang kahwin masatu, tak lahir baby kita tau" kata Akmal sambil rambutku dibelainya. Kemudian dahiku dikucupnya. Aku pun senyum lah. Betul lah tu apa yang dia katakan. Dah memang jalan cerita aku dan dia begitu dan ditakdirkan dia lah jodoh aku dan aku lah jodohnya.

"Betul. Hehehe. Sayaaangg abang banyak-banyak" balasku. Takkan tak sayang pula kan? Hehehe. Terus aku kucup bibirnya. Tersenyum Akmal dibuatnya. Tiba-tiba kedengaran Khair menangis.

"Alamak siren dan bunyi tu. Abang tidur dulu okay? Nanti saya datang teman" pesan aku. Ketika aku bangun, dia bangun juga. Tak mahu tidur pula baby besar ni. Nak ikut sekali.

"Tak nak lah, abang nak ikut sayang" kata Akmal sambil dia tersengih. Aku pun senyum aje lah. Orang tak nak, tak boleh la nak paksa. Sampai aje di buaian Khair, aku mendukungnya nak memujuk lah supaya berhenti menangis tapi apa pun tak menjadi. Kemudian Akmal pula minta untuk mendukung Khair.

Diam pula Khair bila didukung Akmal. Bulat mataku memandang Akmal bila Khair berhenti menangis. Geng baba ya?

"How can?? Saya mama dia kot?" soalku kepada Akmal. Muka poyo ditunjuknya kepada aku. Ish Akmal ni, nasib baik sayang tau. Begini lah kehidupan aku selepas bersalin anak sulung. Makin bahagia walaupun letih kadang-kala tu tapi ini lah nikmat yang paling aku syukuri. Dikurniakan seorang suami yang terbaik buatku, dan dikurniakan seorang cahaya mata yang memberikan bahagia.

Eh, Jodoh ke Ni ?!?! (EDITING)Where stories live. Discover now