Perjalanan Kehidupan

25 0 0
                                    

Ku tidak menyangka,
Ku tidak mengira,
Jalanku selama ini,
Terima kasih Allah,
Di atas setiap aturan,
Yang menjadi petanda,
Ku berjumpa berbilang hati,
Mahupun perangai dan kisah yang tidak ku alpa,
Setiap langkah membawa cerita,
Begitu jugalah manusia,
Ku percaya,
Setiap hati,
Mempunyai kisah tersembunyi,
Disebalik tirai memori.

*yusuf pov*

Kehijauan saujana memandang membuatkan hati yusuf tenang dan tenteram, ia mengingatkannya kepada panorama gunung ganang dan bukit bukau Gunung Machinchang yang dilawatinya tempoh hari di Langkawi.

" Langkawi, here we go" omel Yusuf keterujaan.

" Achik, ayah saya kata tak baik ganggu orang" sapa Balqis dengan nada geram apabila melihat Yusuf menjerit keriangan.

" Saya mintak maaf, saya tak perasaan ada adik kat sini " balas Yusuf dengan nada yang sedikit perlahan kerana malu akan tingkahlakunya dapat diperhati oleh seorang budak kecil.

Budak kecil yang menegurnya lantas berdiri dan berlari menuju pintu yang ditanda "EXIT", mungkin mencari ibunya balas Yusuf di dalam hati. Setelah beberapa minit seat di sebelahnya kosong dan tidak bertuan, tiba-tiba datang seorang perempuan yang baginya mirip sahabatnya bersama seorang budak yang menegurnya beberapa minit yang lalu.

" Ibu, achik nie la yang Balqis cerita tadi" gumam Balqis kepada ibunya tetapi dapat didengari olehnya.

" Balqis kacau achik ni ke? Kan ibu dah kata, ibu pergi tandas sekejap je. Balqis pergi mintak maaf balik kat achik ni, kesian achik" balas Zulaikha dengar nada sedikit tegas.

" Saya mintak maaf sebab kacau achik tadi" sapa Balqis dengan nada lembut.

" Terima kasih adik sebab tegur saya tadi, saya mintak maaf sebab mengganggu adik nak tidur tadi,saya betul-betul tak perasaan" balas Yusuf dengan lembut. Baginya ada baik jugak adik tu tegur dia,takdela dia mengganggu lebih ramai orang dalam ferry yang dinaikinya.

" Saya betul-betul mintak maaf atas apa yang anak saya dah buat, saya tak sangka pula dia berani tegur orang sebab selama ni dialah yang paling malu bila jumpa orang sebab tu saya berani tinggalkan dia sebentar tadi" sapa Zulaikha dengan nada ramah dan sedikit hairan akan perangai Balqis yang sedikit berubah.

" Takpe puan, biasa la budak" balas Yusuf sambil tersenyum

Nafasku diatur satu persatu, 
Ayatku disusun patah berpatah,
Mungkinkah firasat aku,
Mungkinkah hanya rindu, 
Ataupun memori yang diingat kembali,
Jika benar,
Aku redha dan percaya,
Kau bahagia disamping mereka,
Ku ucapkan selamat tinggal.

Yusuf bingung akan peristiwa yang berlaku di hadapannya sebentar tadi. Jika benar itu orang yang dicarinya selama ni, dengan redha dia berserah kepada Ilahi berharap dia berada di tempat yang betul dan dapat merasai kebahagian yang sejati.

Setelah beberapa jam, kini tiba di pulau yang penuh keAgungganNya dan keindahanNya yang tidak dapat dirasai di kota metropolitan, bagi Yusuf disinila ketenangan dapat dicapai dan disini jugalah tempat dia bersembunyi daripada segala masalah yang dihadapinya. Setiba di jeti, tempat pertama yang dilawatinya ialah pantai Cenang. Disinila terciptanya setiap bait-bait ayat yang dapat menggambarkan setiap liku-liku dan perit kehidupannya sepanjang hayatnya.

Ku bersykur atas nikmatNya,
Dapatku rasai,
Deruan ombak,
Dan panorama yang tidak dapat dibeli dengan kekayaan,
Kayalah aku dengan kenangan,
Mahupun pengalaman,
Yang tidak mampu dirasai oleh golongan kayangan,
Cukuplah dapat menanggung kehidupan harian,
Yangku harapkan hanya cukup,
Santapan petang mahupun malam,
Bukan kereta yangku impikan,
Sekadar ilmu yang dapat ku gunakan,
Sehingga hayat dikandung badan,
"Cukup" sahaja yang ku impikan,
Supaya dapat menikmati setiap nikmat,
Yang dikurniakan oleh Maha Pencipta,
Tenang aku bukan bermaksud kaya,
Tetapi bahagia dengan segala apa yang ada.













PENGAMPUKde žijí příběhy. Začni objevovat