Memori Silam

47 1 0
                                    

(Otakku ligat mengenangkan kisah yang ku pendam selama 10 tahun lalu.)

Langkahku diatur satu persatu,
Hatiku bagai dihiris-hiris,
Mengenangkan kisah yang bakal terlerai,
Aku tidak dapat gambarkan,
Sudah cukup tersimpan rapi,
Setelah berdekad,
Detik hitam menjadi sejarah,
Tetapi aku harus menempuhi realiti,
Redha atau tidak,
Bukan persoalan lagi.

"Heyyy bro, what's up"
Yusuf!! Aku punya menjerit macam orang gila kau boleh termenung!!! - AMMAR
"Astagfirullah, kau memang takleh bagi salam ke hahh!! Kau tahu macam nak cabut jantung aku nie" marah Yusuf.

Pertemuan pertama mereka setelah sekian lama tidak bertemu menjadi haru biru seperti biasa.
Yusuf dan Ammar akhirnya membuat keputusan untuk duduk makan dan catch up mengenai update terkini mereka di kedai mamak seperti sedia kala. (iyelahh tekak melayu mana cari restoran)

"Mar, kau rasa normal ke untuk seseorang takut akan negaranya dan selalu mengenangkan kisah yang pahit bila kakinya jejak ke negara tu?"

Ammar memandang hairan dan pelik akan pertanyaan yang dilontarkan oleh yusuf, baginya pertanyaan yang dilontarkan Yusuf agak mendalam dan mempunyai makna yang tersirat untuk dihadamkan.

"Kau kenapa kau okey ke? kau mesti penat nie Yusuf. Jomlah balik kau tidur dan bagi badan kau segar sikit kita lepak, gumam Ammar"
Baginya bukan pertanyaan Yusuf yang pelik tapi dia tak mampu untuk memberi sebarang jawapan seperti lidahnya kelu mengenangkan kisah sahabatnya itu, cukuplah kesengsaraan yang dialaminya kerana baginya Yusuf sudah melalui banyak rintangan semasa usia kecilnya dan tibalah masanya pelangi muncul selepas hujan, kerna itu Ammar membiarkan Yusuf merantau ke negara orang supaya Yusuf dapat mengubati hati yang berdarah sehingga kini, tetapi nampaknya bukan parut yang muncul tapi darah yang mengalir deras di hatinya, Ya Allah kau angkatlah segala kesakitan dan kesengsaraan yang dirasai oleh sahabatku ini, Aminn.

"Back to reality", tempik Yusuf dengan tangannya melambai lambai ke muka sahabatnya ini, kalau boleh nak je dia lempang si mamat nie, boleh pulakk duk menglamun. "Sekarang nie, aku ke kau jetlag nie, diam je sampai separuh kau sedut air tu Mar, nak je aku tuang air nie atas kepala kau" , gumam yusuf dengan nada yang tinggi.

"Mar, kau dengar tak apa aku cakap nie, aku tak boleh lah duduk sini lama lama. Setiap kali kaki aku jejak je sini mesti teringat akan mama" keluh Yusuf bila teringat akan statusnya sehingga menjadikan dia trauma dan terpaksa meminta bantuan pakar supaya dapat mengawalnya daripada melakukan tindakan luar kawal.

*yusuf pov*

Kecilku bukan bermakna bahagia,
Kecilku bukan seperti budak biasa,
Cukup namaku jadi bukti,
Muhammad Yusuf bin Abdullah,
Mahupun bahan kawan kawan,
Budak seusiaku sibuk menggali ilmu,
Yang menjadi perisai manusia di masa hadapan.

Ku dapat melihat hiruk pikuk bandar yang dianggap sebagai metropolitan tetapi bagiku ia sebuah bandar yang sunyi, kerna ku tidak menjumpai kebahagiaanku seperti budak seusiaku.

Ku percaya akan takdirMu,
Ku berserah akan segalanya,
Yangku harapkan kebahagiaan di penghujungnya.

"Awak buat apa tu? " soal Zulaikha dengan penuh kehairanan.

"Ika, kenapa kau nak kawan dengan aku. Aku tak macam kau, kau ada keluarga yang sayang kau" soal Yusuf.

"Awak kan kawan saya lagipun ibu saya kata awak sebahagian daripada keluarga saya, awak lupa ke ibu saya kan kata ayah dan mama awak tengah tunggu awak dekat Syurga, nanti kita boleh main sama sama sebab Syurga besar, cantik dan luas" balas Zulaikha.

Yusuf tersenyum mengenangkan kisahnya. Dia rindu akan keluarga angkatnya, baginya cukuplah gelaran ibu buat dia gembira dan tersenyum mengenangkan Malaysia, negaranya yang penuh bermakna tetapi dia perlu padamkan kisahnya yang menjadi detik hitam sepanjang hidupnya.

PENGAMPUWhere stories live. Discover now