Waseem ikut berdiri. Khalis Wasim didukung penuh cermat. Dan tersenyum dia bila lihat Khalis Wasim yang seperti teruja apabila dia berdiri.

Macam tahu-tahu sahaja bayi comel ini mereka akan mula bergerak. Dek kerana itu, kepala Khalis Wasim diusap perlahan sebelum dia labuhkan kucupan rigkas di situ.

Wareesa dah jatuh berkali-kali kerana Waseem.

Waseem pandang Wareesa dan Wareesa terus buat-buat pandang jam tangan.

"Jom." Ajakan Waseem yang penuh lembut itu buat Wareesa perlahan-lahan angkat wajah pandang lelaki itu.

Mata Wareesa tak berkelip lihat wajah yang sedang tersenyum itu. Sumpah! Sangat blink-blink Waseem sekarang. Insert sha la la la la la la!

Wareesa telan air liur. 

'Reesa! Alihkan mata! Alihkan mata! Apasal berani sangat kau tatap dia tak berkelip macam gini?!

Berkerut dahi Waseem. Terkelip-kelip laju mata dia di situ. Pelik tengok Wareesa yang lurus aje pandangan matanya. Kepada siapa? Ke arah mana?

Terus Waseem paling wajah pandang belakang. Nak tengok juga apa yang Wareesa pandang. Tapi, macam tiada apa-apa atau sesiapa yang menarik pun. Pandangan tala semula kepada Wareesa.

"Wareesa?"

Wareesa menggeleng. Ha! Muka dah berkuap hangat dek kerana malu. Ya Allah! Wareesa kalau tak behave depan Encik Crush, mati gamaknya.

"Awak okey tak?" Soal Waseem. Risau kadang. Perangai pelik-pelik betul gadis ayu seorang ini.

Wareesa ternangguk-angguk di situ. 

"Emm. Mari lah Khalis." Pinta Wareesa. Beg digalas betul-betul pada bahu sebelum dia depa tangan mahu ambil Khalis Wasim daripada Waseem.

Mendengar permintaan Wareesa, Waseem pandang Khalis Wasim. Senyum kecil dia di situ sambil tangan betulkan kedudukan Khalis Wasim dalam dukungannya.

"Emm. Mari beg Khalis Wasim." Pinta Waseem. Tangan sebelah yang bebas memegang Khalis Wasim dihulurkan untuk ambil beg daripada Wareesa.

Wareesa hanya menurut. Beg Khalis Wasim yang digalas, dibuka lalu dihulurkan kepada Waseem. Ingatkan nak hulur aje. Tapi tak sangka pula dia Waseem akan kata begini.

"Tolong sangkutkan pada bahu saya betul-betul boleh?" Kata itu siap dengan pakej senyum manis satu kali. Dengan suara yang lembut pula tu. Sopan lagi.

Telan air liur Wareesa di situ. Terkelip-kelip matanya. Dan bila Waseem diam-diam jongket kening kepadanya, Wareesa macam robot sangkutkan beg betul-betul pada bahu Waseem.

Berdebar sungguh Wareesa di situ. Memang dalam kepala tu duk ulang-ulang sebut 'behave, relax'. Kalau tak behave, kalau tak relax, boleh terseliuh bahu Waseem. Silap-silap Khalis Wasim pun kena tempias.

'Reesa dah tak betul ni. Cik Zee!!! Tolong!' Tangis Wareesa dalam hati.

"Terima kasih." Ucap Waseem bila Wareesa selesai menolongnya. Dia pandang sahaja Wareesa yang duk tunduk kepala itu. Pelik sungguh lah. Kalau dia tanya, mesti tambah merah muka gadis itu. Baik dia diam sahaja. Lagipun, lucu pula Wareesa di matanya sekarang.

"Okey, jom." Sekali lagi, seperti mula-mula tadi Waseem terus ambil langkah. Kali ini dia bukan dengan Khalis Wasim sahaja, malah dengan barang Khalis Wasim juga dia angkut bawa pergi.

Terkejut Wareesa. Terus dia lari anak ikut Waseem dan bila dah sampai di hadapan lelaki itu, Wareesa terus berhenti depan lelaki itu.

Terhenti langkah Waseem di situ. Baik matanya dan mata Khalis Wasim, dua-dua pandang Wareesa tidak berkelip. Wareesa malu tapi, apa-apa sahaja lah. Dia nak jalankan tugas dia pula. Dia kena pulangkan Khalis Wasim kepada Madam Atikah. Bukan Waseem!

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now