Iaitu lantai marmer jenis Belgian Black .


Mereka menaiki lift menuju ke tingkat 35 . Dan entah buat kali keberapa dia terpegun melihat dekorasi bangunan gah tersebut .

" Ayyo man " Leonard mampir ke arah mereka semua .

" Morning " Andrew dan lelaki itu berlaga penumbuk .

" Cardie B dah ada dalam bilik meeting , tunggu kau nak discus pasal lagu baru dia "

" Kau serius bro ? Bila masa pulak kita jual lagu ni ? "

Celah Alan tiba tiba . Leonard ketawa mendengar soalan lelaki itu .

Wajah Alan yang baginya kelihatan bodoh di pandang seketika .

" Bodoh kau ni dari dulu lagi bodoh , aku gurau jelah " kepala Alan di lukunya buatkan lelaki itu meringis sakit .

" Woi rambut aku " Erissa melihat itu lantas membetulkan rambut kekasihnya yang sudah tidak kemas .

Alan pula merangkul pinggang ramping gadis itu , mereka saling berpandangan dengan emoti love berterbangan di atas kepala .

" Dah lah jom nanti lambat pula "

Eric merangkul leher Justin sebelum dua jejaka tampan itu berlalu ke sebuah bilik berpintu besar .

Meninggalkan dua pasangan itu yang masih bermesra di tengah laluan .

" Kau ikut Erissa dengan Nive , aku ada meeting . Take care sayang "

Andrew mengucup sekilas pipi gadis itu sebelum berlalu dari situ .

Ailyn membahang malu apabila perkataan ' sayang ' buat kali pertama meluncur dari belahan bibir lelaki itu .

Dia tergelak kecil apabila Andrew mengenyit mata padanya sebelum lelaki itu melolos masuk ke dalam bilik pintu besar itu .

" This way my princess "

Erissa bergelut pada lengan Ailyn sebelum menarik gadis itu menuju ke bilik hujung sekali .

Ailyn mendengar itu tergelak kecil .

Nive di belakang yang memakai pakaian formal pejabat hanya mengikut dengan ke dua belah tangan di dalam poket blazer Chanel yang di pakai .

Ailyn ternganga melihat bilik yang kemas itu , terdapat sebuah katil berbentuk bulat di tengahnya .

Di sampingnya pula terdapat sebuah sofa berwarna kelabu yang memuatkan enam orang dewasa .

Di hadapan katil berbentuk bulat tersebut terdapat sebuah televisyen yang tertampal di dinding .

Terdapat juga snooker dan treadmill dan beberapa lagi alatan untuk bersenam .

" Seminggu sebelum Ailyn dengan abang Andrew kawin , abang Andrew suruh Justin dengan Leo siapkan bilik ni untuk Ailyn "

Kata Erissa seraya merebahkan tubuh pada katil berbentuk bulat itu .

D E L L A N A Where stories live. Discover now