Lelaki itu masih melambai mesra ke arah Wareesa. Siap dengan pakej kenyitkan mata lagi.

Tak cover, terus Wareesa tayang muka geli. Kiri kanan dia pandang. Mana tahu lain target lelaki itu kenyitkan mata. Dia jadi mangsa. Tapi, bila tengok kiri kanan, tiada pula sesiapa yang menghiraukan lelaki itu.

Pandang semula tingkap, dahi Wareesa berkerut dan mata mula lah ikut orak langkah kaki lelaki itu sehinggalah lelaki itu berdiri di hadapannya, tarik kerusi dan duduk di hadapannya.

Terkelip-kelip mata Wareesa memandang lelaki itu. Tengok senyum lelaki itu, entah kenapa seram sejuk dia rasa. Meremang bulu roma di tengkuknya. Tanpa kata, Wareesa terus ambil beg dan fail yang ada di kerusi kosong sebelahnya sebelum dia bangun.

Mungkin tak sangka dengan Wareesa yang bertindak begitu, laju sahaja lelaki itu bangun menghalang laluan Wareesa untuk keluar dari tempat duduknya. Melihatkan itu, terus mata Wareesa menjeling tajam lelaki itu.

"Excuse me? Do I know you?" Garang Wareesa bertanya. Mula rasa jengkel. Sudah lah dia terpaksa korban waktu tidur dia untuk kelas yang batal tiba-tiba. Dan sekarang ini pula?

Lelaki itu senyum dan mula peluk tubuh sendiri.

"Of course you know me. You Aireesa right? Aireesa Ayeela." Lelaki itu menyebutkan satu nama yang buat Wareesa menggeleng laju.

"Who's that?" Tanya Wareesa malas mahu melayan sebelum dia cuba untuk boloskan diri. Namun, sekali lagi dia dihalang lelaki itu.

Dia ke kanan, lelaki itu turut ke kanan. Dia ke kiri, lelaki itu turut ke kiri. Dan baru dia nak menapak langkah ke hadapan, lelaki itu dah maju dua langkah ke hadapan buat dia buru-buru mengundur untuk elakkan sebarang pertembungan. Mula lah asap muncul atas kepala.

"Eh, annoying lah! Sana lah!" Terus Wareesa menjerit di situ, sekali gus menarik perhatian beberapa pasang mata ke arah mereka berdua.

Terkedu lelaki itu. Tapi, cepat lelaki itu senyum sinis dan mencuit sedikit hidungnya. Kepala pun dah tertunduk-tunduk pandang kaki sendiri. Mungkin untuk sorokkan wajah kacaknya. Mungkin. 

"Tak perlu jerit-jerit. Abang boleh pergi sendiri." Kata lelaki itu. Senyum mula menyenget dengan mata tajam menjeling Wareesa.

Sekali lagi, berdiri bulu roma Wareesa. Satu kerana panggilan 'abang' dan satu lagi kerana jelingan tajam itu.

Wareesa telan liur, mula rasa tidak sedap hati. Namun rasa itu sedikit demi sedikit hilang saat lelaki itu beralih, membuka ruang untuk dia pergi. Teragak-agak pula Wareesa hendak pergi. Namun, lelaki itu masih tersenyum dan memberi ruang untuk dia beredar. Cepat kemudiannya Wareesa melintasi lelaki itu.

Menjauh dari lelaki itu, Wareesa dapat dengar senyum sinis lelaki itu. Rasa tidak senang membuatkan dia menoleh, memandang terus lelaki itu.

"Kau siapa?" Tanya Wareesa berani.

Lelaki itu senyum. Tidak sesinis tadi. Hanya ada yang manis. Jelingannya juga hilang. Pandangan lelaki itu kini penuh dengan pandangan suka dan teruja. 

"Senang lupa abang. Emir Irham lah, Reesa." Lelaki itu perkenalkan diri sambil ambil langkah merapati Wareesa.

Terjongket kening Wareesa mendengar nama lelaki itu. Ya. Dia dah ingat. Lelaki yang dahulu mengganggu dan cuba mengoratnya di kafeteria dulu. Siap Nafis kena panggil dia 'sayang' untuk halau Emir.

'Lelaki keturunan buaya.' Laju profile diri Emir melintas dalam kepala.

Makin langkah Emir mendekat, Wareesa jadi makin tak senang. Terus dia angkat kaki pergi dari situ dengan segera. Tak menoleh dan dia berharap Emir tidak mengekorinya. Sungguh dia rasa ada sesuatu dengan lelaki itu. Sesuatu yang lain macam.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now