"Okey. Apa kau nak Yara?" Tanya Wareesa. Dia dah mula bercekak pinggang. Walau tak terpampang semua perlakuannya di hadapan Yara sekarang ini, Wareesa yakin Yara tahu pose yang dia tayangkan sekarang.

Yara senyum.

"Ehem." Sengaja lambat-lambat. Seronok tengok muka tahan sabar Wareesa.

Wareesa sabar menanti.

"Dengar-dengar lah..." Berhenti lagi. Wareesa dikerling.

Wareesa julingkan mata ke atas. Dah mula rasa menyampah.

"Dengar apa?" Soal Wareesa bosan. Tambah bosan bila Yara gelak kecil.

"Dengar-dengar, orang tu jumpa bakal mak mertua hari ni." Lepas habis gelak kecilnya, Yara habiskan ayat yang duk berlegar dalam kepalanya. 

Mendengarkan kata-kata Yara, tegak terus badan Wareesa. Darah hangat lambat-lambat naik ke wajah. Duduk dah tak senang. Mata pun duk melilau, tak boleh pandang terus kepada Yara yang dah tarik senyum suka di skrin telefon.

Aish! I knew it! Memang takde benda lain yang Yara akan cakap kalau dengan senyuman itu tertempel di bibir. Kenapa lah dia lembab sangat?

"Si—siapa?"

Yara gelak lagi.

"Ha! Gelabah, gelabah!" Yara menyakat sambil mengekek ketawa. Suka lihat Wareesa yang dah tak tunjuk riak.

Tak boleh bawa bertenang betul kawan dia yang seorang ini. Baru sebut kias-kias. Tak sebut lurus-lurus lagi. Sebut nama yang berkenaan pun belum lagi. Kelakar sungguh.

"Ish!" Wareesa geram. Tuala yang dia letak tepi tadi diambil lalu ditekup wajahnya di situ. Siap dia tutup telinga sekali sebab tak mahu dengar gelak menyakat Yara. Bingit! Lebih bingit daripada ilai tawa dia yang tak boleh nak kawal tadi.

"Rileks lah. Aku dengar-dengar aje." Yara bersuara.

Tuala dialihkan dari wajah. Yara dijeling tajam dengan wajah yang sudah masam mencuka. 

"Pastu kalau kau dengar-dengar, yang kau sibuk bercerita dekat aku buat apa?" Soal Wareesa. Malu tak habis lagi.

"Kena lah cerita supaya aku tak dengar-dengar dah. Dapat temubual ekslusif terus!" Kata Yara penuh yakin dan bersemangat.

Wareesa tambah geram. Kaki gossip betul minah seorang ini. Mana entah dapat berita mengenai aktiviti dia hari ini. Nak kata gadis itu ada sekali di majlis tadi, macam takde. Dia sehari suntuk kut di rumah Ibu Ayunin. Takde pula nampak batang hidung Yara. Tapi, kalau Yara nampak dia tapi tak tegur, memang wajib dia sekolahkan Yara. Dasar lupa kawan! Tahu lah makanan sedap tadi!

"So?" Ucap Yara.

Wareesa hanya diam.

"I'm waiting." Tambah Yara lagi.

Wareesa helakan nafas. Yara dia pandang malas. Dahi yang tidak gatal digaru perlahan. Lama sebelum dia hela nafas lemah, mengalah. Duduk dia betulkan dan kelihatan Yara juga melakukan yang sama. Cumanya gadis itu dengan terujanya manakala Wareesa dengan rasa berat hati dan segan.

"Okey, first. Mana kau tahu?" Soal Wareesa sebelum dia buka cerita dengan lebih lanjut lagi.

Yara tersenyum. 

"It's all over Instagram." Jawab Yara mudah. Sambil itu gadis itu tunjuk tab yang berada di tangan.

Dengar jawapan Yara, dahi Wareesa berkerut tak faham. Melihatkan riak wajah Wareesa sebegitu, Yara mula menunjukkan sesuatu di tab. Bila lihat apa yang terpapar di skrin telefonnya, jatuh terus rahang Wareesa. Tak percaya. Malu dan segan bergabung.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now