Canna menyedut udara sekeras-kerasnya lalu bangkit dari atas lantai. Dia enggan mempamerkan wajah sedihnya yang sedang menangis di depan Caleb.

           "I'm sorry, Canna.." ucap Caleb padanya sebelum Canna lesap dari ruang tamu.

Namun ia tidak terbalas. Canna masuk ke biliknya kemudian menangis sepuas hati. Caleb berdiri dan mara ke pintu bilik adiknya. Di situ dia berbicara lagi.

           "Tolonglah jangan begini.. saya dah cuba sedaya upaya cari kerja yang bagus. Saya perlukan kerja tu, Canna. Saya tak mahu awak biarkan penyakit tu terus merebak. Benda tu makin menjadi-jadi, kan? Awak tak cakap pun saya boleh tahu. Bekerjalah dengan si bangsat tu mulai esok. Biar saya sendiri maklumkan dengan auntie Bella pasal ni. Ok?" Pujuknya.

          "Kenapa asyik bersusah payah untuk saya? Saya tak mahu!" Bentak Canna dari dalam biliknya.

Caleb mengeluh lagi.

          "Canna, please.. Saya dah tak tahu macam mana nak pujuk awak lagi.. Saya buntu." rayunya.

          "Takkanlah selama-lamanya awak tinggal di luar negara? Saya takut seorang diri. Tiap hari saya berharap awak jaga saya di sini, tapi awak nak pergi pula!" Balasan Canna agak kasar tetapi abangnya tetap bertenang.

           "Siapa kata selama-lamanya? Bila semuanya dah ok, saya akan balik. Sementara tu.. awak jaga diri. Maafkan saya sebab tak mampu lindungi awak dalam keadaan begini.." jawab Caleb.

          "Jadi awak harapkan tuan muda lindungi saya? Dia tu orang lain!" Pintas Canna semula.

           "Ya, memang betul saya harapkan dia. Sebab dia ada nama dan kuasa di tempat ni. Saya pilih dia untuk jaga awak bukan disebabkan dia orang kaya, tapi sikapnya. Saya boleh kenal mana yang baik dan buruk sebab saya dah pernah berjumpa ramai orang di luar sana. Tak semua orang yang bersifat lembut dan sopan tu baik.. yang kasar tak semestinya jahat. Boleh tak awak lapangkan dada dan terima permintaan saya ni? Bukalah fikiran awak. Kehidupan kita tak sama macam dulu lagi.."

        Ulasan Caleb ini masih belum boleh diterima oleh Canna. Tetapi ia sedikit sebanyak telah menyedarkan Canna dari amarah. Memang benar apa yang abangnya katakan tadi. Hidup mereka telah berubah. Seketika kemudian, Canna menguak pintu biliknya. Caleb masih berdiri tegak di sana menanti balasannya. Sambil mengesat air mata, Canna pun berkata..

             "Awak mesti balik.. jangan buat perkara yang bukan-bukan di tempat orang. Kerjalah dengan baik.." ucapnya perlahan.

Si abang membelai rambut adiknya lalu mengajaknya ke ruang tamu semula. Kata-katanya tadi nampaknya berjaya melemahkan Canna.

            "Ya.. saya janji tak buat benda bodoh lagi. Mari habiskan makan malam. Saya tak mahu tengok awak tak makan," kata Caleb.

           Canna tersenyum walaupun pahit untuk menerima kenyataan yang abangnya akan pergi jauh. Dalam fikiran Caleb, kalau diberi pilihan, dia sanggup temankan Canna di sini sampai bila-bila. Tetapi hidup ini banyak sungguh liku-liku yang harus ditempuhi. Dia benci terhutang budi dengan orang lain. Namun dia terpaksa mengorak langkah jauh demi adik dan dirinya sendiri.

_______

           Seperti hari-hari yang sebelumnya, Canna mengenakan pakaian tebal berlengan panjang serta berseluar panjang semasa ingin ke syarikat pengiklanan Tuan Muda Edgar. Caleb menemaninya masuk ke dalam syarikat itu. Mereka dilirik oleh para pekerja terutama sekali Canna. Ada yang berbisik, ada juga yang menegur si gadis atas kedatangannya semula ke situ. Canna hanya melemparkan senyuman untuk mereka semua. Apabila masuk ke dalam lif, Canna terimbas kembali kenangan bersama si anti kuman. Waktu itu Tuan Muda Edgar berpeluh-peluh semasa merayu kepadanya. Lalu dia tersengih kecil.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 12, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Touch (On Going)Where stories live. Discover now