"Nil lah ni." Selamba Wareesa menuduh. Geram punya pasal tapi cepat dia istighfar selepas itu. Buatnya apa yang dia tuduh tadi tak betul, kan ke jadi fitnah dah tu. Allah! Sudahnya teregeleng-geleng kecil dia di situ.

"Ibu..." Ilman menyahut lalu dia menghampiri Ibu Ayunin. Sampai sahaja di depan Ibu Ayunin, terus tubuh tua itu dipeluk erat.

Wareesa dan yang lain menjadi pemerhati sahaja. Namun, dalam dia menjadi pemerhati dua beranak itu, tak lepas juga dia mengerling ke arah Niliyyah dan Imdad.

Imdad seperti cuba sorok rasa tidak keruannya manakala Niliyyah hanya beriak biasa. Tak payah cakap. Niliyyah memang Ratu Ada-Aku-Kesah. Jadi, riak tenang itu mantain tertempel di wajah.

"Lama ibu tunggu." Kata Ibu Ayunin sambil tersenyum. Niliyyah yang masih berada di muka pintu dipandang. Sekejap sebelum dia pandang Ilman semula. Terus dia menyiku perlahan lengan si anak.

Wareesa pandang Niliyyah. Malah, bukan dia seorang sahaja. Semua pandang Niliyyah dan Niliyyah masih dengan wajah tenangnya. Bila Ilman memandang ke arah Niliyyah, seperti mendapat arahan, Niliyyah terus menghampiri Ilman sekali gus berjumpa dengan Ibu Ayunin dan Ayah Yahya.

Sampai di sebelah Ilman, Niliyyah terus hulurkan tangan untuk bersalaman. Sopan aje perilakunya tambah lagi dengan pakaian yang sudah bertukar. Entah bila tukar baju pun tak tahu. Gadis itu tampak sopan dengan vintage lace dress berwarna putih. Tak terdedah sangat seperti fashion hariannya.

"Siapa ni?" Tanya Ibu Ayunin saat tangannya menyambut huuran salam Niliyyah. Sempat dia pandang Ayah Yahya yang hanya diam tersenyum di sebelahnya. Berulang-ulang kali pandangan si suami jatuh pada Ilman dan Niliyyah.

Ilman hanya senyum. Dia pandang Imdad sekilas sebelum mata jatuh pandang Niliyyah yang masih beriak tenang di sebelahnya. Melihat ketenangan Niliyyah, Ilman jadi takut sendiri.

Bukan kaleng-kaleng juga gadis di sebelahnya ini. Punya lah dari petang tadi dia menyaksi sisi patah hati gadis ini, sekarang elok sahaja gadis ini berwajah tenang berada di sisinya macam tiada apa pun yang berlaku hampir separuh hari tadi. Tengok Imdad, nampak jelas bakal abang ipar a.k.a ex Niliyyah ini dah tak keruan. Tak sangka agaknya ex nak datang sekali lagi.

Niliyyah mengerling Ilman yang tak lepas memandangnya. Geram pula Ilman tak menjawab soalan yang ditanya si ibu. Dia punya lah tak nak bersuara sebab suaranya yang serak dan sengau dek manangis seharian. Tapi, sebab Ilman dia terpaksa jawab sendiri.

"Saya Niliyyah Naura, kawan Ilman." Dalam suara yang dikawal untuk tidak kedengaran terlalu sengau, soalan itu dijawab mesra.

Ibu Niliyyah dan Ayah Yahya berpandangan sesama sendiri sambil tersenyum.

"Oh, kawan Ilman! Cantik namanya." Puji Ayah Yahya.

Niliyyah senyum sebelum gelak kecil. Nampak macam sopan aje kan, tapi di telinga Wareesa tawa itu kedengaran tersangat lah palsu. Dah lama lah dia hidup dengan Niliyyah. Sekilas sahaja dia tahu ikhlas atau tidak. 

"Secantik orangnya kan?" Selamba Niliyyah bergurau di situ. Terbelalak mata Ilman dek kerana tak percaya. Konfiden level tinggi betul gadis ini. Terkejut dia.

Tak bersedia dengan gurauan Niliyyah, Ibu Ayunin dan Ayah Yahya terkedu seketika sebelum mereka letuskan tawa kecil. Terhibur seketika.

Dalam terhibur itu, Ibu Ayunin pandang Wareesa. Teringat pula gurauan Wareesa dengannya sepanjang hari ini. Lebih kurang sahaja dengan Niliyyah. Pandai!

"Macam Wareesa lah Niliyyah ni. Tu, Wareesa." Kata Ibu Ayunin sambil tunjuk ke arah Wareesa.

Wareesa yang tiba-tiba sahaja jadi perhatian semua hanya tarik senyum kekoknya. Tangan pun diangkat sedikit untuk melambai.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now