Bab 1:Daniya Nur Maizarah

Start from the beginning
                                    

Niya tersenyum lalu memulas tombol pintu biliknya untuk turun ke laman belakang. Hafizah yang sedang asyik menonton televisyen di ruang tamu bersama Lina dan Mira. Bagai angin lalu sahaja sewaktu Niya melimpasi mereka, selepas Niya hilang daripada pandangan mata mereka, barulah mereka ni sebok-sebok nak pandang si Niya.

"Ka Fizah!" panggil Lina dalam nada berbisik, "Yes?" tanya Hafizah. "Apa anak pungut tu buat buat di laman belakang tu?Ada apa-apa kah?" tanya Lina, "Apa lagi? Dia tu kan orang gaji Mak cik tak guna tu! Memang padan lah dengan status anak pungut!" Hafizah sengaja menguatkan volume suaranya supaya dapat di dengar Niya. Lina mentertawakan Niya apabila dia di panggil anak pungut, Hafizah membuat senyuman sinis nya.

Di laman belakang, Niya tak dengar pun apa yang Hafizah cakap tadi. Niya ni bijak, untuk mengelakkan mendengar kata-kata pedas si Hafizah tu dia pakai lah earphone. Ketara sangat dia macam angin lalu tadi masa dekat ruang tamu, diorang bukan kesah pasal Niya. Niya dengan slumber siap menyanyi-nyanyi lagi, dia pun angkat je lah kain seperti yang di suruh mama Izah. Tak ada susah sangat pun angkat je lepas tu simpan dalam bilik pakaian. Nanti sendiri ambil lah tuan punya baju tu.

Niya masuk dengan membawa pakaian di dalam bakul yang di sediakan, dia terus masuk ke dalam bilik pakaian. Lina dan Hafizah membuat muka menyampah mereka, "Berlagak!Padahal anak pungut saja kali!" Hafizah sengaja meninggikan lagi volume suaranya. Niya yang berada di dalam mana dengar apa-apa, kalau dah volume lagu Come Back Home by 2ne1 tu kuat sampai boleh terdengar bunyi muziknya. Memang sah-sah dia tak dengar. Mira yang duduk bersama mereka di luar tiba-tiba merengek minta di buatkan susu.

"Ka Lina! Nak susu!" kata Mira, "Alah, Mira minum air mineral dulu saja lah! Cerita tengah best ni!" kata Lina. "Nak susu! Nak susu!Nak susu!" Mira mula merungut, dia menumbuk numbuk sofa yang di dudukinya itu. "Eii, Mira! Diam boleh tak! Kakak tengah tengok TV kan!" marah Hafizah, Mira berhenti menumbuk sofa itu. Air mata mula bertakung di birai mata, tak lama kemudian air mata itu jatuh ke pipinya. Mira menangis sekuat hatinya, bertambah kusutlah fikiran diorang berdua ni. "Mira! Diam bisinglah!" marah Hafizah lagi, bertambah kuat lagi tangisannya itu. Lina sudah menutup kedua-dua telinganya, Adam yang kebetulan lalu di sana di panggil oleh Hafizah.

"Adam! Adam! Kau panggil kau panggil dulu anak pungut tu!" arah Hafizah, "Ka Fizah,tak baik lah panggil Ka ngah macam tu!" nasihat Adam. "Kau panggil saja lah! Banyak songeh lagi kau ni!" marah Hafizah, Adam menggeleng-gelengkan kepala nya. Dia cukup faham akan perangai Hafizah yang benci akan Niya itu. Adam masuk ke dalam bilik pakaian, Niya sedang melipat pakaian di atas katil. "Ka ngah!" teriak Adam yang melihat Niya memakai earphone itu, Niya menanggalkan earphone tersebut dari telinganya. "Kenapa Adam?" tanya Niya, "Ka Fizah panggil, mau suruh Ka ngah buat susu Mira lah tu!" kata Adam. "Emm,ye lah Adam!" kata Niya.

Baru sahaja dia hendak berdiri tiba-tiba Hafizah masuk ke dalam bilik itu. "Hoi,lembab cepat lah!" marah Hafizah siap bercekak pinggang lagi, "Ye lah, sabar lah!" jawab Niya. "Menjawab kau kan!Dah lah anak pungut, tak sedar diri lagi! Kau sedar lah kau tu siapa daripada kami ni!" kata Hafizah, rasa hancur di dalam hati Niya seraya mendengar ayat-ayat pedas yang di keluarkan Hafizah. "Ka hafizah, mana boleh cakap Ka ngah macam tu! Tak fikir ke pasal perasaanan Ka ngah?" tegur Adam, "Kau diam!" kata Hafizah. Dia menudingkan jari nya tepat-tepat ke muka Adam, mahu sahaja dia menepis jari itu tapi atas dasar hormat dia membiarkannya sahaja.

Dari belakang Hafizah Niya meng gelengkan kepala isyarat supaya membiarkan sahaja percaka pan Hafizah. Adam akur, dia menaiki tangga lalu masuk ke dalam biliknya. Rasa kesal di hati pastinya ada di saat melihat kakak-kakak sendiri saling membenci. Hafizah hanya memerhati Adam yang naik ke biliknya, Hafizah kemudian memandang Niya yang berada di belakangnya. "Kau tunggu apa!Buatlah cepat! Tak nampak kah si Mira tu dah menangis!" tengking Hafizah, Niya melangkah ke dapur tanpa sebarang sahutan. "Dah lah anak pungut!" kata-kata terakhir yang dilontarkan dari mulut Hafizah, Niya hanya menebal kan telinganya supaya tidak menusuk ke dalam kalbu.

Selesai membuat susu untuk Mira, dia menyerahkannya kepada Mira. Mira segera mengambil botol susu nya lalu memasukannya ke dalam mulut. "Terima kasih Ka." kata-kata yang Mira ucapkan membuatkan Niya tersenyum manis, Niya menaiki tangga menuju ke biliknya. Lina dan Hafizah membuat muka menyampah mereka. "Mira lain kali jangan cakap macam tu tau dengan anak pungut tu. Dia bukan kakak Mira!" kata Lina menghasut Mira, "Tapi, cikgu Farah ajar cakap macam tu kalau orang tolong kita. Ka Lina dan Ka Fizah bukan tolong Mira!" balas Mira. "Mira jangan dengar cakap cikgu Mira tu. Dia tipu je" kata Lina, "Tapi, dia kan cikgu!Takkan nak tipu!" kata Mira lagi. "Hei, sudah lah Mira! Pergi menyusu!" marah Hafizah, Mira memejamkan mata nya. Hafizah jealous lah tu!

Senja telah menjelma, telah masuk waktu maghrib. Niya membersihkan diri kemudian mengambil wudu, dia solat bersama ahli keluarganya di sebuah bilik solat. Encik Syakir dan mama Izah sudah lama tiba di rumah, kalau Encik Syakir tak kerja over time memang dia akan balik lambat lah.

Niya membentang sejadah di hadapannya, Emma dan mama Izah berada di sisinya. Mama izah sedang memakaikan Mira telekung miliknya. Sementara Adam di sisi Encik Syakir sedang memperkemaskan songkok dan pakaiannya. "Emma, mana Lina dan Hafizah? Belum siap-siap lagi?" tanya Encik Syakir, "Entah lah pa diorang tu. Ambik wudu kah buat wudu." jawab Emma. Terlepas ketawa Adam selepas mendengar jawapan Emma.

"Sudah Adam! Jangan suka sangat, Adam tu pun kadang-kadang sama ja." sampuk mama Izah. "He he.." tersengih-sengih si Adam sambil menahan malu. Kemudian barulah Lina dan Hafizah memasuki bilik itu, dengan pakaian mereka yang basah kerana terkena percikan air.

"Ya Allah!bLina, Hafizah! Mandikah ambil wudu?" tanya Emma, "Ah, peduli lah! Jangan di kesahkan!" jawab Hafizah. Zakaria atau kebiasaan di panggil Zack memasuki bilik solat itu, dia memakai kain pelikat dan bersongkok hitam.

"Assalamualaikum!" kata Zakaria, "Waalaikumsalam!" jawab mereka semua menjawab salam Zakaria. "Papa, apa kata abang Zack jadi imam kita? Dah lama abang Zack tak jadi imam." cadang Adam, "Bagus juga tu! Zack, kamu jadi imam." kata Encik Syakir. "Baiklah pa." kata Zakaria, dia pergi ke depan tempat imam. Biasanya Encik Syakir akan menjadi imam mereka, tapi sekarang ni kan dah ada anak lelaki bujang, dua orang pula tu! Untung Encik Syakir kita ni. Memang selalunya Zakaria lah, sebab Zainudin selalu kerja malam. Lepas tu, jarang ada di rumah. Maklumlah pilot~

Selesai solat fardu maghrib, mereka semua menadah tangan membaca doa. Selepas itu,bmama Izah akan mengajar anak-anaknya membaca Al-Quran, untuk Mira Muqaddam lah.Encik Syakir dan Zakaria baca Yasin,bkadang-kadang Adam join sekali baca Yasin nak plus pahala tu kan. Tapi berbeza Lina dan Hafizah, lepas solat je, hand phone dah kat tangan diorang. Apa lagi, melayan We Chat, Whatsapp, Twitter, Facebook, Instagram, Telegram and what ever lah! Semua aplikasi laman sosial diorang ada, tu belum masuk YouTube ngan games. Memang tak lepaslah hand phone tu, entah pahala apa diorang dapat tak tahulah. Bagus kalau dia sebar benda yang berfaedah atau search yang tentang agama, ni? GOSIP je 24 jam. Astagfirullahalazim~

Tamat Bab 1:Daniya Nur Maizarah

Hehe..sorry kalau tak best baru nak berjinak-jinak buat novel.. BTW smua watak dalam cerita cuma rekaan ok..tak ada kaitan dengan yang hidup atau yang telah tiada...that's all

#IamSabahan

My Lovely Crush❤ Where stories live. Discover now