Bab 1:Daniya Nur Maizarah

23.4K 443 25
                                    

Niya, atau nama sebenar Niya adalah Daniya Nur Maizarah Binti Mohd Syakir. Niya berumur 16 tahun dan bersekolah di SMK TunMuzaffar (rekaan sahaja), nama panggilan Niya di sekolah adalah Niya atau Mak cik. Terutama kawan-kawan dia lah yang panggil Mak cik tu. Niya berasal dari Sabah keturunan brunei, tapi dia ada campuran semenanjung sikit tak tahulah dari siapa dia dapat. Kadang-kadang keluarlah bahasa semenanjung dia tu. Di rumah Niya di panggil angah atau anak pungut. Niya ni anak ketiga, tapi sebenarnya dia anak angkat, di rumah Niya pun ada haters. Niya haters?

Ok, termasuk Niya, dia ada 8 adik beradik, Niya anak nombor 3. Kakak pertamanya bernama Emma, Emma Maembong Ehem, kalau tu aku pun nak!! Haha..nama penuh dia Nur Emma Nadhirah, umur 22 tahun. single?Of course! Emma ni sikap dia penyayang, lemah lembut dan sentiasa adil kepada adik-adiknya. Dia je lah yang rapat dengan Niya, yang lain tu entah ke mana.

Kakak kedua Niya, Hafizah atau nama penuh dia Siti Nur Hafizah. Umur dia 20 tahun, dia dah ada boyfriend lah. Sikap si Hafizah ni, kasar, dingin dan selalu maki hamun si Niya ni. Adik perempuan Niya, Lina. Nama penuh dia Arlina Syakilah. Umur dia baru 12 tahun, itu yang Encik Syakir ayah Niya nak ambil si Niya ni, sebab dia fikir anak dia dua orang je.Tup tup, ada pula si Lina lahir. Kononnya je lah! Bila Lina dah ada akal sikit, tu yang si Hafizah pergi hasut supaya benci si Niya. Konon nya Encik Syakir tak suka Lina sebab dia tak anggap pun Lina tu anak dia sebab Niya dah ada. Jahat kan? Tapi, si Niya ni slumber je.. tak ambil peduli pun.

Mira, adik ke 6 si Niya, nama betul dia adalah Amira Nur Ain. Umur baru 4 tahun tapi dia ni rapat betul dengan si Lina, so Lina pun apa lagi hasutlah Mira supaya benci Niya. Kanak-kanak kan? Mana ada akal lagi, siapa dia rapat dia ikut je lah. Jadi kiranya diorang 3 ni lah haters Niya di rumah.

Adik si Niya yang nombor 5 lelaki, nama dia Adam. Nama penuh Mohd Adam Ibrahim, umur baru 10 tahun. Perangai dia ni 4P, penyayang, pemaaf, pemurah dan pengurat haha. Memang handsome boy lah si Adam ni, sometimes dia nakal juga suka usik Emma dengan abang Luqman abang sepupu diorang haha. Niya pun apa lagi join je lah Adam mengusik Emma, merah juga pipi Emma. Luqman control macho je lah, depan awek mana boleh gelabah!

1,2,3,4,5,6 dah tahu 2 lagi? 2 lagi tu adik beradik tiri diorang, sekarang ni kiranya Niya dah dapat mama angkat tiri baru lah, eh macam mana tu? Tak kesahlah! Kalau dulu ibu Niya nama Arifah, tapi sekarang nama mama baru dia Azizah. Aunty Azizah atau lebih mesra Emma, Niya dan Adam panggil dengan Mama Izah atau mama sahaja, ada dua orang anak lelaki. Seorang Zakaria 24 tahun seorang Zainudin 27 tahun. Zakaria bekerja sebagai CEO di tempat kerja mama Izah, Zainuddin seorang pilot Kiranya mama Izah ni berada orang nya, dia urus syarikat arwah ayah merangkap datuk Niya~

•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°

Niya terbaring di atas katil bujang nya sambil menghadap ke arah balkoni yang pintu slidingnya ter buka luas,matanya tidak lepas dari pada memerhati burung-burung yang berkicauan di langit. Angin yang sepoi sepoi bahasa sekali sekala memasuki ruangan bilik Niya, Niya cuma mengamati udara tersebut. Suadana petang yang cerah bertukar mendng, mungkin sekejap lagi hujan akan turun membasahi bumi.

"Get your crayon~Get your crayon~" bunyi muzik Crayon by G-Dragon daripada hand phone nya yang berada di atas meja belajar menyentak Niya. Ya, seperti remaja lain Niya juga salah seorang KPOPER, tapi dia cuma layan lagu je kalau wayang tu cuma rancangan variety macam Running Man, Roommate dan macam anugerah-anugerah tu Niya layan juga mana lah tahu ada Big Bang dengan 2ne1 yang dia minat tu kan? Niya bingkas bangun lalu mencapai hand phone nya itu. "Niya tolong bangkit kain yang mama cuci tadi... mama mungkin balik lambat sikit sebab jem ni... nanti mama free kiss ye Hehe.." mama Izah menghantar mesej kepadanya. Ye lah Kakak Emma kerja, nak harap kaka yang sorang tu? Takkan lah dia nak buat~

My Lovely Crush❤ Where stories live. Discover now