“I cuma penat. Nanti dah sampai depan istana, bagitahu I. I nak pejam mata sekejap.”

“Okey.” balas Ezra sepatah. Kakinya melangkah ke hadapan menuju ke taman yang terletak di hadapan istana.

“Uish... Sweet je kau orang berdua. Dah couple balik ke apa?” tegur Qhairil. Ezra menjeling.

“Diam!”

“Usik sikit tak boleh.” Qhairil mencebik. Langkah Ezra yang tiba-tiba berhenti membuatkan dahi Qhairil berkerut. Sudah kenapa berhenti tiba-tiba?

“Kau kenapa?” soal Qhairil.

“Clarie... Aku tak rasa degupan jantung dia.” Kata-kata Ezra membuatkan Qhairil tersentak. Lantas, dia cuba memeriksa jika ada hembusan nafas daripada Clarie.

“Clarie! Clarie! Bangun!” Qhairil menepuk pipi Clarie beberapa kali, namun masih tiada sebarang tindak balas daripada gadis itu.

“Kau turunkan dia dekat sofa sana. Cepat Ezra!” suruh Qhairil bernada cemas. Ezra hanya akur.

•••

Masuk hari ini, sudah seminggu Ezra mendiamkan diri dan mengelakkan diri daripada berbicara dengan orang lain. Tiada usikan mahupun arahan yang diberi kepada Armelyn. Gadis itu pula turut mendiamkan diri. Tidak mahu mengacau Ezra yang sedang bersedih. Mahu memujuk, dia tidak pandai. Akhirnya, dia melakukan kerjanya tanpa sebarang bicara kosong.

Jujur... jauh di sudut hatinya, dia rindu akan usikan Ezra. Tanpa usikan Ezra, dia sunyi. Ibaratkan tiada kawan dan berada di tempat asing sahaja. Dahlea pula tidak boleh diganggu kerana sibuk dengan pekerjaannya sendiri. Dia juga melihat Dahlea kerap mengikuti Engku Dahlia ke suatu tempat kebelakangan ini. Entah apa urusan antara Dahlea dengan Engku Dahlia.

Dulang makanan diletakkan di atas meja. Sesekali matanya mengerling ke arah Ezra yang termenung melihat ke luar balkoni. Lelaki itu masih sama, diam tanpa kata meratap pemergian Clarie.

“Makanan untuk Tuan Putera. Saya keluar dulu.” Badan dipusingkan menghadap ke arah pintu. Belum sempat dia ingin berjalan pergi, suara Ezra kedengaran memanggil namanya.

“Ada apa Tuan Putera?” soal Armelyn sebaik sahaja dia menoleh memandang ke arah Ezra.

“Sampai hati kau, kan?” Ezra menjeling. Main jeling-jeling pula.

“Kenapa?”

“Kau tak pujuk aku pun masa aku tengah bersedih. Kau ni... kejam.” Ezra mendecit.

“Ouh pujuk... Macam mana saya nak pujuk Tuan Putera? Sedangkan Tuan Putera tak suruh pun.” jawapan Armelyn membuatkan Ezra mengetap gigi. Nak pujuk orang pun kena tunggu orang suruh juga ke? Bengap ke apa Armelyn ni?

“Datang ke sini kau.”

“Tak nak.”

“Aku cakap datang ke sini.” Nada ditekan sedikit dengan gigi yang diketap. Teragak-agak Armelyn berjalan menghampiri Ezra. Gerun juga melihat Tuan Puteranya itu. Dia ada buat Ezra marah ke?

“Sini kau!” Tangan Armelyn ditarik memaksa Armelyn untuk duduk. Mata Armelyn spontan membulat apabila dia terduduk di atas paha Ezra. Penyakit miang Tuan Puteranya datang balik ke? Kalau macam ini, dia rela lalui hari-hari seterusnya seperti hari kemarin. Tidak aman sungguh jika Tuan Puteranya bawa keluar penyakit miang.

EMERALDWhere stories live. Discover now