Dek kerana perbuatan Wareesa, Hayyan tersentak sedikit di tempatnya. Melihat Wareesa yang dah pandang dia lain macam atas bawah, atas bawah, Hayyan terus berdeham kecil.

Malu. Kantoi terpukau dengan sepupu sendiri. Memalukan! Sebab tu dia sekarang tak senang pusing kiri kanan, tak mahu berdepan dua mata dengan Wareesa.

Melihat Hayyan yang seperti tak senang duduk, Wareesa jadi makin pelik. Dah kenapa pulak kali ini?

"Kau nak apa ni?" Tanya Wareesa lurus. Takde nak bengkok-bengkok lagi. Dia ada majlis yang perlu dihadiri bersama Niliyyah, walau dia tahu nanti akan jadi agak kekok. Tapi, apa-apa aje lah.

"Siap-siap ni nak pergi mana?" Tanya Hayyan. Sengaja. Bukan dia tak tahu Wareesa nak ke mana dan dengan siapa. Tapi, sengaja.

Sejak kes dia dan Wareesa di universiti dulu, Wareesa jelas-jelas mengelak daripadanya. Jadi, datang lah dia ke sini mahu tampung mana-mana yang berlubang.

"Pergi majlis tunang orang." Jawab Wareesa.

"Siapa? Nafis?" Tanya Hayyan sedikit cemburu. Dah tahu pun, cemburu masih belum dapat hilang.

Wareesa pandang Hayyan dengan pandangan kosong. Atas bawah, atas bawah matanya melorot memandang Hayyan.

"Kau kenal dia ke?" Wareesa tak membalas, malah dia bertanya pula. Tak perlu nak jawab sebab rasanya Hayyan memang dah tahu.

"Apasal kau rapat sangat dengan dia?" Hayyan tiba-tiba memarahi Wareesa. Terkejut Wareesa di situ. Terkebil-kebil dia.

"Eh, suka hati aku lah. Nak rapat ke, nak renggang ke. Yang kau sibuk kenapa?" Balas Wareesa menyampah.

Hayyan raup wajahnya sebelum dia pandang tajam ke arah Wareesa.

Wareesa hanya buat bodoh sampailah Hayyan tiba-tiba sahaja memerangkap dia di antara dua lengan lelaki itu yang lurus bertongkat di pintu rumahnya.

Tak selesa, terus bulat mata Wareesa memandang Hayyan yang memang dekat dengannya. Ni kalau siapa-siapa tersilap langkah... mampus!

"Aku tak suka." Mudah ayat yang disebutkan Hayyan, tapi Wareesa tak boleh nak hadam.

Terkelip-kelip dia di situ menatap dua mata Hayyan yang masih tajam memandangnya.

Wareesa diam. Tak tahu nak jawab apa sebab otak masih loading.

Tak suka apa? Part mana yang lelaki ini tak suka? Part jawapan dia tadi ke?

Mata melilau memandang ke arah lain. Nak elak bertembung dua mata dengan Hayyan. Pandangan lelaki itu yang tidak lagi tajam seperti tadi buat dia tidak selesa. Pandangan lelaki itu mula lembut. Terus menusuk dalam jantung sampai jantung dia mula dah berdetak tanpa ada rentak tetap.

"Reesa." Sayu suara Hayyan memanggilnya.

Wareesa makin tak selesa. Lagi-lagi nampak sangat Hayyan berusaha mencari pandangannya.

Dalam diam dia faham arahan yang diarahkan Hayyan dalam diam. Pandang dua mata lelaki itu. Dia nak cakap sesuatu. Tapi, Wareesa jadi Wareesa, memang tidak lah dia nak ikut. Gila apa?

"Ish, sana lah!" Wareesa tak tunggu Hayyan meneruskan kata. Dengan selamba dia tolak lelaki itu mejauh tapi macam tak menjadi sebab Hayyan buat keras badan. Dia tolak kuat pun, macam tak berganjak langsung Hayyan dari hadapannya. Tapi, lain pula yang jadi.

Dug dag dug dag dug dag!

Jantung Wareesa makin menggila bila Hayyan makin merapatkan jarak antara mereka.

Terus Wareesa menunduk, pejam mata dan tangan menahan Hayyan dari terus merapat. Bila mendarat sahaja tangannya yang tanpa sengaja bergerak menahan itu di dada Hayyan, Wareesa kaku.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Donde viven las historias. Descúbrelo ahora