“Talam dua muka betullah! Tuan Muda nak kami dedahkan dia kepada Raja Elmer? Lagipun, Ratu Adriana cuba bunuh Tuan Muda beberapa kali. Nasib baik kami sempat selamatkan tau!” Zach mendengus kasar. Bengang dengan Ratu Adriana.

“Kau jangan nak buat hal Zach. Mulut kau orang berdua tu zip dulu. Selagi aku tak bagi apa-apa arahan, jangan berani nak buka mulut. Rahsiakan dulu. Rahsiakan juga pasal aku masih hidup ni.” ujar Danial.

“Baik Tuan Muda. Kami akan patuhi arahan Tuan Muda je.” kata Zach dan Aron serentak.

“Macam inilah abang-abang aku. Bijak lagikan hebat!” Bahu Zach dan Aron ditepuk beberapa kali dengan senyuman lebar.

“Abang?” Zach dan Aron berpandangan sesama sendiri. Selang beberapa saat, senyuman manis terukir di bibir mereka.

“Eh dah jom! Kalau konco-konco Ratu Adriana nampak kita, memang matilah. Ni kau orang berdua, tempat persembunyian tu masih selamat? Kau orang berdua tak nak balik ke istana?”

“Tuan Muda ada dekat sini, tak akanlah kami nak pulang. Nanti kalau kami pulang, Raja Elmer suruh kami datang ke sini semula. Tempat persembunyian tu masih lagi selamat. Konco-konco Ratu Adriana tak dapat kesan lagi.” Zach memandang wajah Danial sekilas.

“Baguslah. Nanti kalau ada apa-apa, terus bagitahu aku.” balas Danial seraya melabuhkan punggung di atas bangku. Agak penat setelah seharian di sekolah. Kalau boleh, mahu sahaja dia terbongkang di atas katil David 24 jam.

“Tak mati lagi? Liat kau, kan? Aku memang tak akan percaya kalau orang cakap kau mati selagi aku tak nampak kau dibakar depan mata aku sendiri.” Sinis kedengaran nada suara itu. Danial, Aron dan Zach memandang beberapa orang lelaki di hadapan mereka. Ah! Bala betul... Konco-konco Ratu Adriana sudah dapat menemui mereka. Pasti akan ada pergaduhan yang akan terjadi sebentar lagi.

“Kurang ajar kau! Kau suntik racun dekat aku!” Danial yang ingin meluru ke hadapan ditahan oleh Aron. Geram dia mahu menumbuk wajah sinis lelaki yang menjadi ketua konco-konco Ratu Adriana atau lebih tepat orang kepercayaan Ratu Adriana.

“Bukankah aku dah cakap, Tuan Muda? Ikut kami pulang ke istana atau mati di sini, tapi Tuan Muda pilih untuk lawan kami. Kami tiada pilihan selain membunuh Tuan Muda di sini. Tak sangka pula Tuan Muda memang liat mahu mati.” ujarnya.

“Mungkin kami patut potong badan Tuan Muda, barulah Tuan Muda betul-betul mati.” sambungnya lagi.

“Tak guna kau!” Zach menendang kepala lelaki itu dengan kuat sehinggakan lelaki itu jatuh tertiarap di atas tanah. Konco-konco Ratu Adriana terkejut tatkala ketua mereka tumbang ditendang oleh Zach.

“Hoi!” Salah seorang daripada konco-konco Ratu Adriana menjerit seraya cuba menendang Zach, namun tendangan itu tidak mengena. Zach tangkas mengelak. Konco-konco Ratu Adriana yang lain tidak ketinggalan untuk menyerang mereka bertiga.

“Aduh!” Danial mengaduh kesakitan apabila perutnya berjaya ditumbuk oleh salah seorang konco-konco Ratu Adriana.

“Tuan Muda!” Aron dengan pantas menghalang konco-konco Ratu Adriana mendekati Danial. Kakinya lincah bergerak menendang seorang demi seorang.

“Lari Tuan Muda!” tempik Zach yang masih bergelut dengan beberapa orang lelaki. Danial terus memijak kaki lelaki yang cuba menghampirinya kemudian melarikan diri dari tempat itu. Lagi lama dia bergelut di situ, dia tahu kemungkinan untuk dia menang agak tipis. Dia tidak berapa pandai seni mempertahankan diri.

“Kau nak lari ke mana haa?” Ketua kepada konco-konco Ratu Adriana menyoal sebaik sahaja dia dapat menangkap lengan Danial.

“Lepaslah bodoh! Kau tak layak hidup dekat Istana Ardanna! Dasar pengkhianat!” Danial sedaya upaya cuba melepaskan lengannya dari genggaman lelaki itu.

EMERALDWhere stories live. Discover now