Ting!

CP Tihani
Make sure, 8 malam tepat, semua barang dah ada di ruang tamu! Kau lambat, tahu lah kau aku kerja kan macam mana!

Tanpa dapat tahan, mencebik terus Wareesa di situ. Siap dengan pakej julingkan mata dek kerana menyampah. Tak sudah-sudah dengan ugutan.

Eh, kalau tak diugut pun dia akan buat kerja sebaiknya walau kurang ikhlas. Ugut aje kerja!

Wareesa tutup telefon. Tapi sekejap cuma sebelum dia kembali membuka tetingkap chat bersama Cik Puan Tihani. Selamba dia taip : Yang menurut perintah, Wareesa Jameela.

Hantar dan tutup semula telefon. Puas hati. Biar lah mak ciknya itu nak terbakar atau tidak. Dia kat sini dah cukup terbakar juga bila naik pangkat tiba-tiba.

"Tak cukup anak-anak, sekali dengan mak jadikan aku kuli." Omel Wareesa seraya bangun dari duduknya. Malas dah nak duduk-duduk. Dia nak berdiri pula. Baru nampak cool selepas jadi macam orang tak betul tadi.

Nafas lemah dihembus sebelum perlahan-lahan ambil langkah menuruni tangga. Sambil itu, pandangan tertacap di langit yang dah mula menurunkan rintik-rintik hujan. Dah sampai di tangga terakhir, kaki Wareesa berhenti. Pandangan masih pada langit dengan fikiran yang kosong.

Lima minit berlalu, dan dia masih sama dengan keadaan itu. Setelah itu, Wareesa habiskan anak tangga. Berdiri di situ, Wareesa hulurkan tangan lurus ke hadapan.

Muka masih kosong tanpa riaksi namun bila ras atitisan hujan sejuk yang jatuh di atas tapak tangannya, perlahan-lahan Wareesa pejam mata dan ukir senyum kecil.

'Ini sangat menyenangkan.' Bisik hati kecilnya.

Tak sedar yang tika itu, kakinya dah mula menapak ke hadapan sendiri. Kalau tadi tapak tangan sahaja yang terasa basah, kini lengannya pula. Makin dia ke hadapan, makin bertambah badannya merasai sejuknya titisan hujan.

Kring! Kring! Kring!

Wareesa tersentak! Sekeliling dipandang. Baru dia sedar dia sedang cari nahas sekarang. Habis separuh badannya basah dek tertimpa air hujan. Laju dia berundur ke belakang sambil tangan mengibas titisan hujan yang melekat pada tudung dan pakaiannya.

"Dia dah kenapa?"

"Dia buat apa?"

"Okey tak? Should we ask her?"

Bisikan-bisikan mula masuk ke dalam telinga saat Wareesa pandang kiri dan kanan. Merah muka jadinya. Sempat dia kutuk diri sendiri dalam hati dek perilaku luar alamnya. Boleh pula tak sedar apa yang dia buat tadi.

Kring! Kring!

Telefon yang berdering dia pandang. Oh, dia lupa! Cepat jari gesek ikon hijau untuk menjawab panggilan. Orang di sekelilingnya tidak diendahkan. Biar lah. Mereka bukan halang dia tadi.

"Hello." 

"Cik Wareesa?" Suara garau menyapa telinga.

"Ya, saya." Dahi berkerut. Telefon dipandang dan terjongket bila lihat nombor tanpa nama yang muncul di skrin.

"Siapa ni?" Tanya Wareesa, curiga.

"Saya Ilman. Pemandu Grab yang Puan Tihani tempah untuk cik." Beritahu lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Ilman itu.

Wareesa terangguk-angguk.

"Ah, ya. Dah sampai ke kat fakulti saya?" Soal Wareesa. Mata mula melilau ke hadapan fakulti. Mahu lihat mana-mana kereta yang berhenti. Mungkin sahaja itu kereta dipandu Ilman nanti.

"Baru aje. Saya naik Toyota Innova warna merah. Cik yang pakai baju kemeja checkered biru putih tu ke?" Soalan Ilman buat Wareesa tunduk pakaian sendiri. Ha, memang betul dia lah yang lelaki itu nampak.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt