"Mantap." Katanya sebelum mata dibuka.

Mula lah dia gaul nasi sedikit demi sedikit dengan lauk yang ada di tepi pinggan. Suap masuk mulut dan pejam mata lagi. Tak boleh sangkal yang lauk-pauk kampung memang terbaik.

Wareesa dah tak peduli sekeliling dah. Sibuk dia hanya untuk makanan yang terhidang di hadapannya sekarang.

Mana nak dapat makanan kampung begini melainkan di kafeteria? Kalau di rumah, keluarga mak ciknya itu tak sudah-sudah dengan makanan ala-ala western.

Jika sarapan, merasa juga lah dia makanan melayu. Kalau dah masuk makan tengah hari dan makan malam, memang boleh kira dengan jari berapa kali sebulan mereka menikmati masakan kampung. Cik Zee pun dah terlebih pandai masak western food berbanding dia.

Sedang Wareesa menikmati makanan tengah harinya, Iffah datang menyapa. Buat dia tersenyum memandang wanita itu.

"Amboi, Reesa. Sedap sangat ke makanan tu sampai tak pandang kiri kanan dah?" Usik Iffah seraya mengambil tempat kosong di hadapan Wareesa.

Wareesa senyum dalam kunyahannya. Habis telan makanan dalam mulut, air disisip dahulu. Kemudian, baru lah dia buka mulut bersembang dengan Iffah.

"Sedap sangat, kak. Kat rumah, saya jarang-jarang makan makanan kampung macam ni. Lagi-lagi sambal belacan ni. Mantap sangat, kak!" Balas Wareesa penuh teruja. Senyum tu dah lebar sampai ke telinga. Nampak keikhlasan dia memuji dan menyukai masakan kampung yang dinikmatinya.

Iffah tersenyum sebelum ketawa kecil. Seronok melihat riaksi Wareesa. Nampak cantik pula gadis itu di matanya. Tiba-tiba.

"Alhamdulillah. Ni, Reesa makan seorang lagi lah ni?" Tanya Iffah. Kiri kanan dia pandang. Takde pula dia nampak sesiapa yang menemani Wareesa.

Wareesa senyum.

"Takde lah. Nanti kawan Reesa datang." Beritahunya. Sejurus selepas itu, satu suapan nasi dimasukkan ke dalam mulut. Gembira lagi dia.

Hehehe. Food is bae. Lagi-lagi bila food tu makanan kampung. Hehehe.

Iffah tegak badan. Menarik untuk didengar pula perkataan 'kawan' itu. Berteman dah gadis ini sekarang. Jarang-jarang nampak ni.

"Lelaki ke perempuan?"

Berkerut dahi Wareesa mendengar soalan Iffah. Namun, bibir tetap ukir senyum. Senyum aneh lah yang pasti. Bukan senyum lebar.

Dan-dan itu juga Nasi Goreng Kampung yang dia pesan untuk Yara tiba dibawa oleh Luqman. Wareesa ucap terima kasih dan Luqman membalas sama-sama.

Kemudian lelaki itu pergi dan Wareesa menghadap Iffah semula. Senyum kekok terukir bila lihat Iffah yang dah macam bersinar memandangnya.

"Err... Kenapa Kak Iffah?" Tanya Wareesa kehairanan.

"Lelaki ya? Ni dah siap orderkan ni." Soal Iffah, ingin tahu. Senyum mengusik masih belum hilang. Suka pula dia kalau andaiannya benar. Nak juga tengok lone ranger seperti Wareesa ini berteman. Teman istimewa lagi tu!

Wareesa gelak kecil.

"Perempuan lah, kak. Yara." Beritahu Wareesa seraya menggeleng kecil.

"Ya ke Yara? Bukan Yahya?"

"Akak!"

Iffah terkekek-kekek ketawa. Wajah Wareesa yang dah berona merah itu sangat menghiburkan hati.

"Merepek lah akak ni. Saya ni, kawan lelaki pun tiada. Mana datang Yahya pula?" Sangkal Wareesa. Merepek sungguh Iffah ini.

"Mana lah tahu. Takde kawan lelaki, tapi tup-tup ada teman lelaki." Sakat Iffah lagi. Buat Wareesa pipi merah lagi. Walau dia tahu apa yang dikatakan Iffah tiada lah betul pun. Memang tak betul pun! Tapi, entah malu pula dia. Gedik!

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Där berättelser lever. Upptäck nu