Special Chapter II ❤

Start from the beginning
                                    

"Cantik anak mama." Ciuman dilabuhkan pada pipi Inara. Tanpa meminta Inara juga membalas ciuman pada pipinya pula.

Hanya seketika kedengaran bunyi pintu bilik di ketuk. Hana meminta Inara melihatnya. Terjengul wajah adik iparnya yang sudah siap dengan persalinan baju kurung modennya.

"Kak Hana dah siap ke?"

"Belum siap solek lagi. Kenapa Iman?" Hana menyoal kembali.

"Kalau boleh Iman nak ambil Isma dengan Inara turun bawah. Boleh ke?"

Belum sempat Hana ingin menjawab, ada suara lain yang menjawab pertanyaan adiknya dengan usikan nakal.

"Boleh sangat. Senang abang nak bermanja dengan isteri abang pagi raya ni." Imran sudah mendapatkan Isma diatas katil lalu diberikan kepada adiknya.

Membulat mata Hana begitu juga dengan Iman yang sudah menyimpul senyuman. Inara yang berada disisi Iman terkebil- kebil memandang papanya.

"Papa nak bermanja dengan mama? Mana boleh!" Serentak mereka semua memandang kearah Inara. Sejak ada Isma, sikap kuat cemburu Inara mula meningkat apabila Hana atau Imran duduk rapat berdua.

"Lah kenapa tak boleh?" Imran sengaja menyoal walaupun hakikatnya dia sudah tahu jawapan Inara. Cemburu Inara macam cemburu orang dewasa.

"Kakak jealous..." Ujarnya dengan cebikan dibibir.

Tergelak Imran. Dia tunduk menyamai ketinggia Inara lalu dilabuhkan ciuman pada kepala Inara.

"Pergi ikut ucu. Nanti papa belanja mainan." Ujarnya selepas melepaskan ciuman.

"No!"

Imran menoleh pada Iman yang masih dihadapan muka pintu dan isterinya yang duduk di meja soleknya. Kepala yang tidak gatal digaru. Nasiblah dia.

"Ye lah papa tak bermanja dengan mama. Kakak pergi ikut ucu turun bawah. Papa nak siap ni. Nanti lambat nak pergi masjid."

"Janji?" Jari kelingkingnya disuakan.

"Ya sayang." Tanpa rela Imran juga menyilangkan jari kelingkingnya dengan si anak.

"Okay cepat tau siap. Kakak tunggu dekat bawah. Jom ucu." Menggapai tangan Iman ingin dipimpin kebawah. Iman hanya tersengih sahaja melihat gelagat anak beranak itu. Sebelum dia keluar, sempat dia menangkap kata-kata tanpa suara abangnya dari pergerakan bibir.

"Thank you iman."

Pintu bilik terus ditutup Imran melihat anak-anaknya sudah dibawa pergi. Bukan sahaja tutup malah Imran menguncinya sekali tidam mahu diganggu.

"Kenapa kunci?" Soal Hana dari biasan cermin meja soleknya. Tubuh suaminya yang menghampiri dipandang. Tanpa sempat dia nak mengelak, tubuhnya sudah dipeluk dari belakang.

"Sengaja."

"Abang.. Tengok jam tu dah pukul tujuh lebih. Nanti lewat pergi masjid." Tegur Hana saat dia perasan tangan Imran tidak duduk diam. Wajahnya pula sengaja disembamkan pada lehernnya dan ciuman dilabuhkan disitu.

"Tak apa sempat." Pelukan semakin dieratkan. Terbuai seketika menghidu bau dari tubuh isterinya.

Hana yang tidak betah berada dalam keadaan begitu terus meleraikan pelukan Imran. Risau juga dia kalau terbabas. Sudahlah godaan Imran sering sahaja membuatkan dia terpukau dan cair.

"Hmm kedekut." Imran mencebik.

"Bukan kedekut. Risau abang tu bukan boleh percaya sangat. Mentang- mentang dah tak puasa merenyam dia lain macam." Dada suaminya yang terdedah itu ditepuk halus. "Dah pergi pakai baju. Hana dah sediakan tu."

KEMBALIKAN IKATAN CINTA KITA (COMPLETED)Where stories live. Discover now