5

2K 121 1
                                    

Satu hari bersama Inara, harinya terasa begitu panjang melayan telatah si anak. Hari ini dia bercadang untuk berada sahaja dirumah bersama Inara. Keesokan hari baru dia bercadang ingin membawa Inara keluar membeli-belah.

"Mama masak apa tu?" Suara kecil menegur dari belakang. Hana menoleh memandang anaknya. Tersengih dia melihat Inara yang menjinjitkan kaki untuk melihat menu yang dimasaknya.

Hana menarik kerusi dibawanya ke sisi. Lalu tubuh Inara didukungnya dan diletakkan diatasnya.

"Wah sup daging. Nara suka." Melirik memandang sisi, Inara tersenyum penuh teruja melihat sup daging yang dimasaknya.

"Nara suka?"

"Suka. Tokma dengan aunty Mia selalu masakkan Nara sup. Nara suka sup." Ujar anaknya.

Semasa Inara berkata, Hana terdengar nama seseorang disebutnya.

"Aunty Mia? Siapa tu?"

"Ouh aunty Mia. Kawan kerja papa. Papa kata aunty tu kerja tolong papa dekat office."

Hana mengangguk kecil. Tiba-tiba dia mula berasa curiga. Api dikecilkan sedikit. Dia mahu membiarkan daging yang dimasaknya menjadi empuk.

"Nara sini.." Tubuh Inara didukung diletakkan di atas kerusi.

"Kenapa mama?" Wajah comel anaknya memandang kearahnya.

"Papa rapat ke dengan aunty Mia?"

"Rapat." Laju anaknya menjawab.

Mula sudah hatinya untuk berasa cemburu mendengarkan nama Mia yang dimaksudkan anaknya.

"Aunty Mia selalu call papa."

"Selalu?"

Kepala Inara mengangguk mengiyakan.

Hana mengemam bibirnya. Teman sekerja? Rapat? Selalu call Imran? Entah kenapa dia tidak suka dengan apa yang dikatakan anaknya.

Ikutkan hati tidak mahu percaya tetapi Inara masih kecil lagi. Semua kata-katanya mungkin betul.

✨✨✨

"Papa!" Menjerit Inara apabila terpandang wajah Imran di skrin telefonnya.

"Hai sayang. Inara okay tak? Behave tak dengan mama." Soal Imran.

Dari tepi, Hana hanya melihat tanpa menganggu perbualan Imran dan Inara. Beberapa saat yang lepas, Imran sendiri yang membuat panggilan video di telefon Inara. Telefon itu di khaskan untuk Inara supaya mudah menghubungi Imran atau Hana.

Selama ini juga Hana memang tidak mempunyai nombor telefon milik Imran. Hanya nombor Inara sahaja yang disimpan didalam telefonnya. Jadi jika dia merindui anaknya selama ini dia akan mendail nombor anaknya terus tetapi masih di dalam perhatian Imran.

"Nara okay papa. Nara kan good girl." Ujar Inara petah. Tersenyum-senyum dia memandang wajah Imran yang sudah masuk 3 hari tidak berjumpa.

"Nara buat apa sekarang ni?"

"Ni. Mama belikan untuk Nara." Inara menunjukkanya buku mewarna yang dibelinya semalam dia kedai buku Popular.

"Wah cantik. Mama mana?"

"Tu... " Inara terus menunding jari kearahnya yang berada ditepi.

"Ouhhh..."

"Eh aunty Mia lah." Tiba-tiba Inara menyebut nama Mia saat terpandangkan wajah wanita itu dibelakang Imran.

"Hye Inara sayang." Kedengaran suara Mia menyapa Inara.

Hana mencuri pandang ke skrin telefon. Wajah Mia dipandang.

"Hye aunty. Eh aunty pun ada dengan papa?"

"Ofcourse aunty kena ada dengan papa Nara. Kalau tak ada aunty habislah papa Nara kelam-kabut."

"Mia..." Suara garau Imran mula kedengaran semula.

"Lah I gurau aje lah." Mia sudah ketawa.

"Aunty pergi dulu ya Nara. See you again, sweetheart. Bye."

"Bye aunty." Inara melambai kearah Mia yang hendak mengatur pergi.

"I pergi dulu Im. Nanti apa-apa I update dengan you kalau ada information yang I dapat tentang material tu."

"Okay Mia, thank you." Imran memandang Mia melangkah pergi sebelum kembali kepada anaknya.

"Nara dah makan?"

"Dah. Mama masak ayam paprik. Sedap papa." Inara mengangkat ibu jarinya menunjukkan kepada Imran betapa sedapnya masakan yang dimasak mamanya.

"Wah my favourite." Hana tersenyum dalam diam. Sejak dia kembali ke Kuala Lumpur, dia sering masak makanan kegemaran Imran. Dulu mungkin dia tidak jalankan tanggungjawab dia yang sebenarnya tetapi kali ini dia mahu tebus suaminya kembali. Masih dia terngiang-ngiang lagi kata-kata suaminya tentang makanan kegemarannya yang Imran ingin dia masakkan tetapi dia menolak permintaan suaminya.

"Abang teringin nak sayang masakkan abang ayam paprik, ayam masak merah, siakap tiga rasa, tomyam..."

Hana melirik memandang suaminya yang menyatakan tentang makanan kegemarannya.

"Abang tahukan yang Hana ni tak ada masa nak buat semua tu. Hana busy kerja balik malam. Abang mintalah mak abang masakkan." Menyesal. Sungguh Hana menyesal dengan kata-katanya dulu.

"Sayang... Abang tak paksa pun Hana masak sekarang. Bila Hana free Hana masakkanlah."

"Hmm tengoklah macam mana. Hana penat. Hana nak tidur." Dengan rasa menyampah mahu melayan suaminya, dia terus melangkah masuk kedalam biliknya.

"Mama..."

Terkejut Hana. Entah bila dia mengelamun mengingatkan kisah lama.

"Ya sayang." Inara sudah berdiri dihadapannya. Matanya melirik memandang skrin telefon yang dipegang Inara. Sudah gelap. Entah bila anaknya itu menghabiskan perbualannya dengan Imran.

"Papa kirim salam and said thank you." Ujar Inara pesanan Imran sebelum panggilan dimatikan tadi. Dia kembali semula ke meja untuk menyambung aktiviti mewarnanya.

Dalam hati Hana menjawab salam suaminya. Berbunga juga rasa hati apabila Imran masih ingin menyebut namanya. Pulang sahaja Imran ke Kuala Lumpur dia tekad nak merapatkan kembali hubungan mereka. Dibuang perasan malunya jauh-jauh asalkan dia dapat mengembalikan Imran disisinya.

✨✨✨

Maaf lambat update. Saya sibuk sikit minggu ni. Saya tak sempat nak check balik kalau ada kesalahan, nanti saya edit balik. Macam biasa jangan lupa vote dan comment tau

InshaaAllah esok atau lusa kita cuba update lagi tau.

KEMBALIKAN IKATAN CINTA KITA (Completed)Where stories live. Discover now