1

2.2K 137 8
                                    

Berulang kali Hana membaca isi yang tercetak diatas surat. Riak wajahnya tidak percaya akan surat yang diterimanya. Kepalanya diangkat memandang kearah Harun setelah lama menilik surat itu.

"Betul ke ni papa?" Ujarnya dengan birai mata yang basah.

Harun mengangguk dengan senyuman terukir di bibir. Terus Hana bangun dari duduknya dan mendapatkan papanya. Tubuh itu didakap penuh erat mengetahui papa memahami dengan perasaannya.

"Papa tahu apa yang anak papa nak sekarang. Pergilah capai impian Hana. Tentang syarikat Hana jangan risau. Redza dengan yang lain boleh tolong kami."

Menitis air mata Hana mendengarnya.

"Terima kasih papa." Hana leraikan pelukan. Tangan Harun dicapai lalu diciumnya sebelum memandang wajah Harun.

"Terima kasih sebab faham Hana. Percayakan Hana. Hana janji Hana tak akan jadi macam Hana yang dahulu. Hana nak banggakan papa."

Harun mencapai tangan anaknya lalu diusap.

"Papa nak tengok anak papa ni bahagia. Ini apa yang arwah mama pernah amanahkan papa dulu. Papa minta maaf dulu papa tak mampu nak tegur kamu dengan apa yang jadi dan kali ini papa nak kita sama-sama betulkan keadaan."

Hana tersenyum mendengarnya. Semoga impian selama ini tercapai suatu hari nanti. Akan Hana usahakan kearah itu. Ini tekadnya.

✨✨✨

Telefon yang berdering ditoleh sekilas. Imran membaca nama yang tertera diatas skrin.

"Inara sayang..."

"Yes papa." Inara yang sedang membuat kerja sekolahnya memandang kearah Imran.

"Mama call."

"Mama?" Laju Inara turun dari kerusinya dan berlari kearah Imran. Imran hulurkan telefon kepada Inara.

"Don't tell mama yang papa ada dekat sini. Beritahu papa tidur."

Inara memandang pelik dengan permintaan papanya tetapi hanya menurut.

Tangan kecilnya menyentuh skrin ingin menjawab panggilan mamanya. Apabila panggilan bersambung, diletakkan di telinganya.

"Assalamualaikum mama. I miss you."

"Waalaikumsalam sayang." Kedengaran Hana menjawab didalam talian.

Tiba- tiba Imran berbisik.

"Nara... Papa nak dengar. Buka speaker." Menurut lagi, Inara membuka pembesar suara.

Imran mengangkat ibu jarinya.

"I miss you too. Nara dekat mana? Buat apa tu sayang?" Hana menyoal.

"Dekat rumah. Nara tengah buat homework yang teacher bagi. Banyak sangat mama. Penat jari Nara." Dihujung katanya dia mengeluh kecil.

Hana tergelak.

"Siannya anak mama. It's okay sayang. Ini semua proses untuk Nara jadi anak yang pandai tau. Macam papa Nara." Sempat Hani memuji bekas suaminya.

Imran yang mendengar perbualan tadi menarik senyum.

"Nara, papa mana?"

Inara memandang kearah papanya. Mulutnya berbisik untuk membalas apa kepada mamanya.

"Papa tidur mama."

"Ohh."

"Papa selalu sibuk ke sayang?"

Inara memandang Imran lagi. Imran hanya menyuruh anaknya menjawab apa sahaja.

"Sibuk mama. Papa selalu pickup Nara lambat dekat rumah opah."

"Yeke? Tapi Nara baik-baik sahajakan dekat rumah opah. Nara jangan nakal-nakal tau. Kesian nanti opah penat."

"Nara tak nakal pun mama. Mama kan selalu pesan dekat Nara jangan menyusahkan orang."

"Bagusnya anak mama. Nara, mama kena matikan dulu. Nanti mama call sayang semula ya."

"Okay mama."

"I love you."

"Untuk Nara seorang je mama?"

"Nara seorang aje lah. Mama nak cakap dekat siapa lagi?"

"Papa tak ada ke?"

Hana tergelak kecil mendengarkannya. Macam mana lah anaknya boleh terfikir sebegitu.

"Say i love you dekat papa juga. Mama miss both of you so much. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." Panggilan ditamatkan. Telefon diberikan kepada Imran.

"Mama said i love you papa." Inara terus berlari ke meja belajarnya semula.

Imran meletakkan kembali telefon diatas meja kerjanya. Tanpa sedar, senyumannya terukir mengingatkan kata- kata yang lahir dari mulut Hana.

✨✨✨

Here we go! Korang nak diorang kembali semula cepat atau lambat?🤭

Untuk yang bertanya berapa bab untuk KICK ni mungkin saya boleh anggarkan tak lebih dari 15- 20 bab.

Stay tuned next bab. Jangan lupa vote and comments tau. Kalau banyak baru saya update. Kalau korang tak rajin vote saya pun tak rajin nak buat😆

KEMBALIKAN IKATAN CINTA KITA (Completed)Where stories live. Discover now