13

3K 125 4
                                    

Imran mencekak pinggangnya melihat anak daranya yang sudah berada ditengah katil. Selamba sahaja wajahnya tidak mempedulikan kata-katanya. Malah telinganya sengaja ditekup dengan tangan tidak mahu mendengar bebelannya.

"Abang dah lah tu." Hana tersengih melihat raut wajah Imran yang tidak berpuas hati malam itu. Tangannya menggamit tangan lelaki yang telah melafazkan akadnya buat kali kedua pada pagi tadi.

"Habistu malam kita macam mana..." Imran labuhkan duduk di birai katil sambil memandang tajam Inara yang sudah menekup mukanya pada leher mamanya.

"Sejak bila abang ni tak menyabar sangat." Perli Hana perlahan. Nak tergelak juga dia melihat wajah itu cemberut sahaja. Tercuit hatinya melihat sikap semuanya ini setelah sekian lama dia tidak melihat Imran yang sering memanjakannya dahulu.

Imran mengeluh kecil. Dia bangun kembali dan menutup lampu bilik. Lampu tidur di meja katil dibiarkan menyala memberi sedikit cahaya didalam bilik. Baring diatas katil Imran mengiring menghadap isteri dan anaknya.

"Nara.. Sana sikit. Papa nak peluk mama."

"Papa ni..." Inara mendengus kecil.

Hana menggeleng sahaja melihat telatah suami dan anaknya. Inara bukan main lagi peluk dia penuh erat. Risau betul kalau papa dia mengangkat tubuh kecilnya masuk kedalam bilik.

"Nara..." Hana mengusap kepala anaknya. Rambut yang jatuh diwajah mulus itu diselitkan ketepi.

Inara terus mendongak memandang kearah mamanya.

"Esok tidur lagi tau dengan ma..."

"No!" Tak sempat dia menghabiskan, Imran sudah menegah.

Hana sembunyi senyum apabila dapat mengenakan suaminya.

"Boleh mama." Jawab Inara teruja.

"No Inara!" Kali ini suara Imran sedikit tegang.

Inara menelentang badannya. Kepalanya menoleh memandang Imran yang sudah merenungnya tajam.

"Why papa?"

Imran diam tiada jawapan. Lama dia memikir memandang anaknya.

"Sebab tak bolehlah. Nara dah besar."

"Tapi sebelum ni papa selalu ajak Nara tidur dengan papa. Kenapa sekarang tak boleh?" Imran yang tidak menduga soalan panjang akal anaknya membuatkan dia menggaru kepalanya.

"Nara sayang..."

Hana memanggil lembut. Kini mata bundar itu teralih memandang wajah mamanya pula.

"Nara... Papa nak Nara tidur dekat bilik sendiri sebab Nara kan dah besar. Lagipun sekarang ni papa dah ada mama. Mestilah papa kena tidur dengan mama."

"Habistu mama papa dah tak sayang Nara ke..." Senyuman diwajah kecil itu mula kendur mendengar percakapan Hana.

"Bukan macam tu sayang..." Hana pula yang kelu. Itu lah sengaja nak kenakan suaminya dia pula yang terkena.

"Nara nak adik tak?" Soalan mengejut dari bibir si suami membuatkan Hana dan Inara terus menoleh memandang kearah Imran.

"Nak." Laju kepalanya mengangguk.

"Kalau nak adik kena tidur bilik sendiri. Nara kan nak jadi kakak. Kalau nak jadi kakak Nara kena berdikari tau. Nara dah tak boleh tidur dengan papa dan mama." Jawab Imran.

Tiba-tiba Inara terus bangun dari katil.

"Eh nak pergi mana?" Soal Imran apabila Inara sudah bersedia nak turun dari katil.

KEMBALIKAN IKATAN CINTA KITA (Completed)Where stories live. Discover now