4

1.9K 128 1
                                    

"Papa! Papa tengok apa tu?" Berhenti lamunan Imran. Entah kenapa dia boleh pula mengelamun melihat wajah Hana. Inara disisi menarik tangannya mendekati Hana.

Anaknya itu sudah pun duduk disebelah Hana.

"Duduklah abang." Imran tersenyum nipis. Kerusi dihadapan Hana ditarik lalu dilabuhkan duduk diatasnya.

"Mama dah orderkan jus oren dengan waffle chocolate kegemaran Nara. Sayang suka kan?"

"Suka mama." Laju Inara mengangguk. Wajahnya teruja melihat makanan dan minuman yang sudah dipesan untuknya.

"Ni abang punya. Abang masih minat lagi kan jus tembikai ni dengan spaghetti carbonara."

Imran mengangguk perlahan.

"Terima kasih."

Entah kenapa Imran terasa janggal. Hampir berbulan tidak berjumpa Hana dia tidak tahu mahu mengatakan apa.

"Abang..."

"Hana..."

Serentak mereka berkata. Imran memandang Hana dan Hana memandang kearah dengan sengihan di bibir.

"Hana dulu."

"Abang sihat?"

Imran menganggukkan kepalanya.

"Hana?"

"Sihat. Macam ni lah Hana. Tak ada yang berubah pun. Hana ingat nak tambah berat tapi tak menjadi pula walaupun dah makan banyak."

"Kenapa nak tambah berat?" Soal Imran.

"Sebab Hana ada baca yang lelaki suka perempuan badan comel." Jawab Hana apa yang dia pernah baca di media sosial.

"Tak.. Abang tak suka.." Tanpa sedar Imran mengatakan itu.

"Hah?"

"Maksud abang... Tak semua lelaki suka. Hana dah okay macam ni." Segera Imran membetulkan ayatnya.

Hana sembunyi senyum. Sebenarnya dia dengar sahaja apa yang Imran cakap tadi cuma dia sengaja mahu melihat reaksi lelaki itu. Kali ini Hana yakin yang Imran mesti ada sedikit perasaan terhadapnya.

"Tadi abang nak cakap apa?"

"Hana datang sini dah tak kerja ke?"

"Macam itu lah gayanya. Papa minta Hana berehat sebab..."

"Sebab?" Imran menanti.

"Papa nak minta Hana cari calon suami."

"Apa?!

✨✨✨

Tak senang duduk Imran sejak pulang ke rumah sejam yang lepas. Dia ke hulur ke hilir dari tadi di ruang tamu.

"Papa stoplah! Nara pening." Adu si kecil itu melihat papanya berjalan berpusing di hadapannya.

Imran berhenti. Wajah anaknya dipandang.

"Nara..." Bahu Inara dipegangnya. Wajah putih itu direnungnya dalam.

"Nara suka ke ada papa baru?"

Inara yang sedikit tidak faham berkerut dahinya.

"Kenapa papa?" Soalan berbalas soalan.

Imran menunduk memikir ayat. Dia menggumam halus.

"Err- kalau mama kahwin... Nara nak ke papa baru?"

"Mama nak kahwin? Bukan mama sayang papa ke?"

"Nara rasa mama sayang papa lagi ke?"

Laju anaknya mengangguk dengan senyuman terbit dibibir.

"Macam mana Nara tahu?"

Inara merapatkan tubuhnya kepada Imran. Bibir kecilnya didekatkan dengan telinga Imran. Mulutnya membisikkan sesuatu.

"Mama cakap macam tu?" Soal Imran tidak percaya. Ada senyuman terselit saat mendengarkan kata yang disampaikan anaknya itu.

"Tapi papa janji tak bagitahu mama tentang ni. Nanti mama merajuk dengan Nara."

Tergelak Imran. Disuakan jari kelingkingnya kepada Inara sebagai dia berjanji tidak membocorkan rahsia anaknya itu.

Inara menyatukan jari kelingkingnya dengan papanya. Dia tersenyum kecil.

"Janji."

✨✨✨

"Mama." Inara berlari mendapatkan Hana yang berada dihadapan pintu rumahnya. Malam ini Inara akan menginap di rumahnya memandangkan Imran ada kerja di luar negeri.

"Terima kasih tolong jagakan Nara." Ujar Imran. Beg pakaian Inara diletakkannya diatas meja yang terletak diluar rumah.

"Tak apa abang. Nara kan anak Hana juga. Abang jangan risau tentang Nara. Abang kerja baik- baik."

Imran menganggukkan kepalanya. Tangan menggamit Inara yang berada disisi Hana. Inara terus berdiri dihadapannya. Dia tunduk menyamai ketinggian anaknya.

"Jangan nakal-nakal tau dengan mama. Jangan menyusahkan mama langsung. Faham."

"Faham papa. Jangan risau." Inara menyatukan ibu jarinya dan jari telunjuk lalu ditunjukkan dihadapan Imran.

"Good girl." Kepala Inara diusap. Dia bangun. Tangan dihulur pada Inara untuk disalam.

"Take care papa."

"Abang pergi dulu."

Semasa Imran ingin melangkah ke keretanya, namanya dipanggil.

Imran menoleh.

"Ya?"

"Hana ada sediakan sikit makanan untuk abang. Nanti kalau abang berhenti rehat abang makan lah." Hana menghulurkan satu beg plastik kepadanya. Imran menjeling sedikit bekas didalamnya.

Wajah Hana dipandang.

"Terima kasih. Nanti abang makan. Abang gerak dulu." Imran terus melangkah ke keretanya.

"Bye papa!"

Lega hati Hana apabila bekalnya diterima Imran. Harapnya Imran sukalah masakannya memandangkan selama dia berkahwin dengan Imran dahulu dia tidak mahir memasak.

"Jom masuk sayang." Hana memimpin tangan Inara masuk kedalam rumahnya.

✨✨✨

Agak² apa lah yang Inara bisik dekat Imran ya? Siapa boleh teka.

Jangan lupa vote and comment😘

KEMBALIKAN IKATAN CINTA KITA (Completed)Where stories live. Discover now