Special Chapter II ❤

2.9K 121 9
                                    

Terasa sesuatu yang basah melekap diatas badannya yang terdedah terus mencelikkan matanya sedikit memandang kearah itu. Imran menarik senyuman tipis melihat tubuh kecil itu yang membaringkan kepalanya diatas badannya dengan tangan kecilnya memeluk badannya.

Tangan Imran naik melekap pada tubuh itu dan mengusapnya perlahan.

"Kakak..."

"Yes papa. I'm sleepy. Jangan ganggu kakak please..." Rayunya dengan suara yang mamai.

"Dah mandi pun sleepy lagi ke sayang?" Tangan mula menepuk perlahan tubuh si anak sulungnya.

Inara angguk sekali.

Imran kalihkan kepala memandang ke pintu bilik air yang terbuka. Terdengar bunyi air mengalir didalam. Tidak lama kemudian keluar wajah kesayangannya bersama si anak lelakinya pula.

"Abang dah bangun?" Hana menyoal tatkala melihat suaminya yang sudah bangun.

"Baru tadi lepas rasa kakak baring atas badan ni."

Hana memandang kearah Inara. Tergeleng kepala dia. Sudah dia mandikan Inara dengan bersih. Malah bahagian mata anaknya itu sudah dilap bersih tetapi masih lagi mengantuk.

"Ngantuk sangat kakak tu. Semalam main dengan abah sampai tak perasan dah pukul 1 pagi." Malam tadi Hana, mama dan Iman menyiapkan juadah untuk pagi raya. Tahun ini Hana sendiri yang ingin beraya bersama keluarga mertuanya memandangkan papa di Johor ingin datang ke Kuala Lumpur pada petang raya. Sedang Hana sibuk memasak di dapur, dia terdengar suara gelak tawa Inara. Melangkah ke hadapan buat seketika, membulat mata tengok Inara yang masih belum tidur ditemani abah di ruang tamu rumah. Segar sahaja mata anaknya itu. Jika dirumah, seawal 9 malam Hana akan pastikan Inara tidur untuk elakkan dia bangun lewat dan rasa penat.

"Hana ingatkan abang dah bawa kakak sekali keatas. Itu terkejut juga tiba-tiba terdengar suara gelak dia." Tangan Hana mula mencapai baju melayu Isma. Baju yang dijahit mama untuk cucunya.

"Comel Hana tengok baju Isma ni." Berhati-hati Hana menyarungkan pada tubuh kecil Isma selepas memakaikan minyak dan bedak pada badannya.

"Kan." Imran juga turut mengakuinya. Dia mula jatuh cinta melihat pakaian budak-budak. Bila keluar ke pusat membeli-belah, tidak sah kalau dia tidak membeli sehelai dua baju untuk anak-anaknya.

Selesai menyiapkan si adik, Hana baringkan Isma di tengah-tengah katil bersebelahan dengan Imran.

"Abang kejutkan kakak. Hana nak ambil baju dia sekejap."

"Kakak bangun.." Tubuh Inara ditepuknya halus.

Terpisat-pisat Inara dengan menggosok matanya yang masih terasa mengantuk.

"Kakak come here." Hana kembali dengan baju kebaya Inara. Turut dijahit oleh mama juga.

"Kakak mengantuklah mama." Adunya apabila tubuhnya sudah ditolak perlahan Imran duduk dihadapan Hana.

"Sini mama tengok mata tu." Capai tuala yang basah, Hana bersihkan bahagian mata Inara.

"Okay dah. Ngantuk lagi?" Soalnya selepas dibersihkan. Inara hanya mengangguk lemah.

"Cuba senyum sikit pagi raya ni. Kata nak kumpul duit raya." Tidak semena-mena Inara terus menarik senyuman dibibir. Cakap duit raya terus teruja. Alahai anak...

"Abang pergilah mandi dulu. Nanti Hana tolong abang bersiap." Ujar Hana sambil menyiapkan Inara. Rambut yang mula tumbuh panjang itu disikat rapi.

"Kakak nak ikat atau lepas?"

"Nak lepaskan boleh mama?" Soalan berbalas soalan.

"Boleh sayang. Nanti mama pakaikan cekak rambut kakak." Hana berjalan ke meja soleknya lalu mencapai aksesori Inara untuk dipakaikan pada Inara. Setelah berpuas hati melihat penampilan anaknya, Hana menarik senyuman dibibir.

KEMBALIKAN IKATAN CINTA KITA (Completed)Where stories live. Discover now