11

2.8K 132 16
                                    

"Puan!"

Tidak sempat Mia mahu menghalang Azizah masuk kedalam pejabat anaknya, wanita itu sudahpun memulas tombol pintu ingin melangkah masuk kedalam.

Imran dan Hana yang berada didalam bilik serentak memandang kearah pintu yang dibuka secara mengejut. Hampir sahaja Imran mahu meningking jika pekerja yang masuk tanpa mengetuk dahulu tetapi lain pula tetamu yang datang ke pejabatnya.

"Mama..." Terus bangun Imran dari duduknya. Begitu juga dengan Hana yang sudah tidak senang berada berdua-duaan bersama Imran. Walaupun hakikatnya mereka membincangkan mengenai kerja tetapi siapa yang boleh menghalang fikiran Azizah yang memikir kearah lain.

"Apa kamu berdua buat dalam ni? Hana kenapa ada dekat sini?" Menjerkah suara Azizah melihat Hana turut berada didalam pejabat anaknya.

Imran terus mendapatkan Azizah. Dia berdiri dihadapan wanita itu.

"Kenapa mama tak cakap dengan Im nak datang?"

Azizah memandang kepada anaknya dengan renungan tajam. Pandai Imran menukar topiknya. Tangannya sudah ditarik ke sofa yang berada di dalam pejabat.

Azizah kembali menoleh memandang Hana.

"Apa kamu buat dekat sini? Apa niat kamu? Nak goda Imran balik?" Tuduh Azizah yang tidak mengetahui perkara yang sebenar.

"Hana cuma..."

Tidak sempat Hana membalas Imran memotong percakapannya.

"Hana kerja dengan Im."

"Hah? Sejak bila?" Membulat mata Azizah mendengarkannya.

"Dah hampir 4 bulan lebih." Azizah mengucap panjang mendengarnya. Sanggup Imran merahsiakan kepadanya.

"Mama tak suka."

"Mama..."

"Ingat sikit kamu dengan Ayu. Mama tak suka dia ni rapat dengan kamu. Lagi-lagi satu tempat kerja dengan kamu. Fikir sikit perasaan Ayu kalau dia tahu kamu bekerja satu bumbung dengan bekas isteri kamu. Lagipun bukan dia ni kaya, berduit, yang ada syarikat sendiri, kenapa tak kerja dekat syarikat sendiri." Sindir Azizah dengan kata-kata yang cukup mengguriskan hati seorang Hana.

Hana menelan liurnya kesat. Air matanya sudah bergenang saat mendengarkan kata-kata sindiran Azizah. Entah mengapa dia mudah terasa mendengarkan kata-kata itu sedangkan dia yang dulu tidak pernah kisah dengan kata- kata kasar yang pernah dilemparkan orang lain. Tetapi Hana yang kini mudah jatuh demi mendapatkan kembali keluarganya.

"Memang niat Hana balik sini untuk dapatkan hati abang dan keluarga semula. Tapi Hana tahu keputusan Hana salah selama ini. Abang dah ada wanita yang lebih baik dari Hana. Lagi sempurna dari Hana. Tapi..."

Hana mengesat air matanya yang jatuh menitis. Hana, kenapa kau perlu hadap semua ini.

"...tapi Hana dah redha kalau abang dah ada pilihan lain mama. Masatu Hana dah berjanji Hana tak akan ganggu abang lagi. Itu janji Hana pada diri Hana sendiri mama." Makin berjujuran air mata Hana jatuh menitis.

"Ha... Hana keluar dulu abang. Nanti abang pass pada Mia." Fail dan buku nota diatas meja dicapai lalu Hana melangkah keluar tanpa menoleh memandang Azizah dan Imran.

Imran yang melihat wajah merah Hana dengan tangisan wanita itu mula rasa kasihan. Kata- kata Hana sebentar tadi sungguh membuatkan hatinya tidak tenang.

"Mama..." Imran memandang Azizah dengan wajah yang bersalah.

"Biarlah. Takkan dah nak berputus asa." Azizah sembunyi senyum. Dia mencapai beg tangannya semula.

"Nak pergi mana?"

"Rancangan mama dah berhasil. Sekarang Im teruskanlah." Seusai berkata Azizah terus melangkah keluar dari pejabat Imrannya.

Imran menepuk dahi. Lain yang dia rancang lain pula yang jadi. Dia tidak sangka yang Hana akan beremosi sebegitu. Tetapi jauh disudut hati dia gembira sebab Hana mengakui masih menantinya.

✨✨✨

Masuk sahaja didalam bilik, Hana mencapai telefonnya. Nombor telefon seseorang dia mencari lalu dia terus membuat panggilan. Apabila panggilan sudah bersambung...

"Assalamualaikum. Papa ada?" Tersedu sedan Hana menahan tangisannya.

"Hana kenapa ni?" Dia yang berada disana berasa tidak senang mendengarkan tangisan Hana.

"Papa ada?"

"Tuan ada meeting dengan client. Hana nak saya panggil dia?"

"Tak apa. Jangan ganggu papa." Balas Hana.

Hana diam. Lelaki itu pun diam disana.

"Redza..."

"Ya?" Cepat Redza menyahut.

"Betul ke apa yang saya buat ni? Saya rasa macam saya nak mengalah. Dia..." Tidak mampu Hana ingin meneruskan kata- katanya.

"...dia dah ada pilihan hati dia. Mak mertua saya dah tak suka saya. Kalau saya usaha macam mana sekalipun nak dapatkan Imran tapi mama Imran tak restu... awak rasa saya patut teruskan ke?"

Redza diam disana. Tidak tahu macam mana mahu memberi respon. Dia tidak berada di tempat Hana dan dia pasti Hana mesti berasa sulit saat itu.

"Ikut kata hati awak."

Hana mengeluh kecil. Pipinya yang basah dilapnya kasar.

"Kalau ikut hati saya, saya nak balik Johor. Saya tak nak teruskan semua ni kalau saya sendiri tak mampu nak hadap semua ini. Saya ingatkan dia masih menunggu saya tapi saya silap rupanya. Kami berhubung sekarang ni pun saya rasa demi Inara." Kalau tidak kerana Inara dan setia cintanya terhadap Imran dia tidak akan sampai kesini demi nak kembalikan ikatan cinta mereka tetapi semuanya kian musnah.

"Tolong saya Redza... Saya..."

"Siapa Redza?" Terkejut Hana apabila pintu biliknya dirempuh dari luar. Imran sudah memandangnya dengan pandangan tajam.

Hana memandang telefonnya yang masih bersambung panggilan dengan Redza. Dia lekapkan skrin telefon di telinga kembali.

"Saya call awak semu- "

"Abang!" Kuat Hana menjerit apabila Imran sesuka hati mencapai telefonnya dan diletakkan di telinga.

"Jangan ganggu bakal isteri aku." Talian terus ditamatkan.

"Hah? Abang merepek apa ni?" Hana mencerlung tajam memandang Imran. Dia benci saat Imran sesuka hati mengatakan dia bakal isteri lelaki itu sedangkan Imran tidak bermaksud semua itu pun.

"Kita kahwin semula."

Bagai mimpi. Semuanya bagai mimpi yang berlayar di dunianya sendiri. Hana menggeleng perlahan dengan apa yang didengarinya. Tadi mama Imran datang membantah jika dia kembali semula kesini kalau ingin mendapatkan Imran semula tetapi anaknya pula ingin mengajak dirinya kahwin. Tidak takutkah Imran kalau dia tidak mendengar kata mamanya?

✨✨✨

Nak update malam tadi tapi tertidur pulak lepas tengok vincenzo. Pagi tadi settlekan semua kerja ni baru sempat update semula.

Korang rasakan mama Imran tu sebenarnya rancang apa dengan Imran? Imran tu sedar ke tak dia ajak Hana kahwin?😂🙊

Jangan lupa vote and comment

KEMBALIKAN IKATAN CINTA KITA (Completed)Where stories live. Discover now