Alahai. Masalahnya, kalau Fara ambil pun, bukan boleh disimpan. Rumahnya kunci dan kunci ada dalam poket bajunya sekarang. Tengok Tuan Fauhad, dia tak rasa lelaki itu akan alihkan pandangan daripadanya.

Fara masih menanti.

"Fara, ambil barang-barang Reesa dan bawa naik atas. Reesa, bagi barang pada Fara." Arahan Tuan Fauhad tida dapat tidak, terpaksa mereka patuhi. 

Dengan berat hati, Wareesa serahkan barang-barangnya kepada Fara. Dan bila Fara berlalu bersama barang-barangnya ke tangga, Wareesa helakan nafas. Satu hal pula nanti dia kena naik turun tangga ambil barang-barangnya. 'Bilik'nya pun dia tak tahu yang mana.

Maklumlah, sedari kecil dia hanya tinggal sebilik bersama Cik Zee dan bila umurnya mencecah 17 tahun, dihalau pula masuk 'rumah' baharu. 

"Dah, jom. Let's have a lunch. Mummy dah tunggu kat meja makan. Come, Reesa." Tuan Fauhad mengajak dan Wareesa sekali lagi hanya akur. Dada dah berdebar.

Allah, dia kena berlakon betul-betul ini sebab tuan-tuan pengarah ada di lokasi penggambaran.

Ya Allah, semoga lancar! One take aje!

˚ ༘♡ ⋆。˚

PERBUALAN keluarga kecil Tuan Fauhad dan Cik Puan Tihani di meja makan hanya Wareesa dengar dengan senyuman kecil. Sesekali dia mengangguk, dan sesekali dia tergelak kecil bila mereka sekeluarga gelak. Dan sungguh Wareesa penat.

Bila lah agaknya nak habis?

"Reesa, tambah lagi. Sikit sangat Reesa makan ni. Fara, sendukkan nasi." Arahan Tuan Fauhad diterima Fara walau dia nampak wajah Wareesa jelas tunjuk keterpaksaan dia dalam menerima.

Yalah. Bukan selalu Tuan Fauhad dapat berkumpul dengan ahli rumah seperti ini. Nak tak nak, Wareesa kena beralah.

"Terima kasih." Ucap Wareesa perlahan sambil tersenyum kepada Fara.

"Nak lauk apa?" Soalan Hayyan di sebelah buat senyum Wareesa mati. Terus dia pandang Tuan Fauhad. Lelaki itu hanya tersenyum suka. Pandang Cik Puan Tihani, terus beralih mata Wareesa dek kerana takut dengan pandangan tajam wanita itu. Pandang Niliyyah, gadis itu hanya mengunyah makanan dengan bosan.

"Hmm Reesa?" 

Hayyan dipandang dengan wajah beku. Dia tahu ini cara Hayyan mahu berbaik dengannya setelah apa yang terjadi minggu lepas. Dia pun banyak kali mengelak daripada lelaki itu.

Tapi, walau dah berbaik pun, rasanya term itu tak akan wujud sebab dia yakin seratus peratus yang selepas ini lelaki itu akan cari masalah lagi dengan dia.

"Nak lauk apa, Reesa? Ayam? Ni, sambal ni?" Tanya Tuan Fauhad pula. Jari telunjuk dah tunding ke arah beberapa lauk yang terhidang.

"Dia ada tangan. Biar lah dia cedok sendiri." Kata-kata Cik Puan Tihani buat senyum Wareesa mati.

Tahu dah Cik Puan Tihani tidak seronok dengan apa yang bermain di hadapan mata sekarang.

"Ya, takpe. Reesa boleh cedok sendiri." Kata Wareesa seraya tangan mula mencapai pinggan yang berisi Sambal Ayam.

Belum sempat dia mencedok, Hayyan dah terlebih dahulu mencedokkan lauk itu masuk ke dalam pinggannya. Terkaku dia di situ.

Tuan Fauhad hanya tersenyum melihat Wareesa dan Hayyan. Suka tengok hubungan baik dua sepupu itu. Cik Puan Tihani pula dah terbakar melihat anaknya melayan Wareesa begitu.

Amboi, perempuan itu. Seronok ya tiba-tiba jadi tuan puteri di meja makan. 

"Tak payah lah." Diam-diam Wareesa berbisik kepada Hayyan sebaik sahaja pinggan lauk diletakkan kembali oleh Hayyan di tempatnya.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now