Epilog

714 93 32
                                    

"Seramai 2 orang pelajar daripada Ivarnest Highschool dilaporkan hilang. Mangsa masing-masing bernama Lee Jihoon dan Kim Jia. Keberadaan mereka masih menjadi tanda tanya-"

Tit!

Televisyen ditutup. Bosan sungguh hari ini. Siaran di televisyen juga asyik menayangkan rancangan yang sama.

Dia meregangkan badan dan menuju ke sebuah bilik. Senyuman dia menunjukkan bahawa dia memang sangat bahagia.

Tok tok

"Sayang...,"

"Nak makan? Okay jom,"

Kerusi roda itu disorong dengan berhati-hati. Kemudian, dia menyediakan pelbagai jenis makanan.

"Saya suap ya? Aaa, buka mulut!"

Jia hanya mampu menurut segala yang dikatakan oleh Jisung. Anggota tangan dan kakinya sudah dipotong. Matanya dijahit.

Namun masih kelihatan titisan air mata yang membasahi pipinya.

"Ala kenapa menangis ni? Saya jahit tak cukup kuat ke?" Jisung meletakkan pinggan dan menuju ke suatu tempat.

Yang pasti, Jia tahu itu bukan perkara yang baik. Dia pasrah.

"Kejap ya, tak sakit pun," serentak dengan itu, Jia dapat merasakan mata jarum yang masuk ke dalam kulit matanya.

Hidupnya sudah seperti sebuah patung. Dia hanya mampu menerima segalanya. Dia tidak boleh melawan lagi.

Hidupnya benar-benar tidak bermakna lagi.

-Fin-

⋅•⋅⊰∙∘☽༓☾∘∙⊱⋅•⋅

Tq for all the support 💘

Monster » Jisung [✓]Where stories live. Discover now