02

758 119 17
                                    

"Jia!" Seorang gadis berambut pendek memeluk lengan Jia.

"Hai Hayoung," sapa Jia. Gadis bernama Hayoung itu menarik Jia ke tempat duduk mereka.

Persahabatan selama 5 tahun itu membuatkan mereka kelihatan seperti adik-beradik.

Ketika rancak berborak, mata Hayoung menangkap sesuatu pada pergelangan tangan Jia.

"Kenapa lebam ni? Jangan cakap kau kena pukul lagi," Jia mengetap bibirnya. Dia tidak boleh menipu Hayoung.

Hayoung tahu segalanya tentang diri dia. Begitu juga sebaliknya. Mereka berjanji untuk tidak menipu antara satu sama lain.

"Aku dah cakap, tak payah duduk dengan appa kau lagi! Dah lah kaki botol. Tengok, setiap kali dia marah, dia lepaskan kat kau," bebel Hayoung.

Hayoung pernah menawarkan kepada Jia supaya tinggal sahaja di rumahnya. Tetapi Jia menolak.

Dengan alasan, mendiang eommanya menyuruh Jia menjaga appanya. Jia kehilangan eommanya ketika dia berumur 3 tahun.

"Tapi dia tetap appa aku," tegas Jia. Hayoung menghela nafas dengan perlahan.

"Kalau kau dah cakap macam tu, aku tak boleh halang," Hayoung berpeluk tubuh.

"Oh, kau tahu tak ada pelajar baru masuk kelas kita nanti?" Mata Hayoung bercahaya. Jia menggeleng.

"Aku dah tengok muka dia tadi!" Hayoung menjerit kecil. Jia cepat-cepat menutup mulut Hayoung.

"Suzy saem dah sampai!" Jerit ketua kelas.

Tetapi Suzy saem tidak keseorangan.

⋅•⋅⊰∙∘☽༓☾∘∙⊱⋅•⋅

Monster » Jisung [✓]Where stories live. Discover now