12

558 109 9
                                    

Setelah menyiapkan dirinya, Jia mengenakan sebuah topi hitam untuk menutup wajahnya.

Sesuai dengan permintaan Jisung yang tidak mahu orang lain melihatnya. Jia menurut sahaja.

Alamat tempat itu diperiksa sekali lagi. Agak jauh daripada rumahnya. Langkah diteruskan ke perhentian bas.

Akhirnya bas sudah sampai. Jia duduk di bahagian belakang dan membaca semula mesej itu.

Jisung

Jia, saya nak jumpa awak. Boleh tak datang ke alamat ni?

Jia menghela nafas panjang. Jika tidak salah, kawasan yang Jisung maksudkan itu merupakan kawasan yang dikelilingi hutan.

Setelah 2 jam berada di dalam bas, akhirnya dia sampai ke destinasinya. Dia melihat keadaan sekeliling.

Jisung sedang melambai tangan ke arahnya. Langkah diatur ke arah Jisung.

Kemudian, mereka berdua meneruskan perjalanan. Tiada perbualan di antara keduanya.

"Jisung, kenapa—"

"Kita dah sampai," Jia tidak dapat berkata apa-apa ketika melihat sebuah vila yang gah berdiri.

Vila dengan ukiran klasik, ditambah dengan landskap yang indah.

Ia mewujudkan suasana yang aman dan tenang. Udara di situ juga sedikit sejuk, membuatkan Jia memeluk tubuhnya.

Jisung melangkah masuk dahulu sebelum Jia mengekori dari belakang. Dirinya dikejutkan sekali lagi melihat dalaman rumah itu.

Kelihatan sangat mahal dan mewah. Jauh berbeza dengan rumah Jia sendiri.

"Jia, saya—"

Prang!

⋅•⋅⊰∙∘☽༓☾∘∙⊱⋅•⋅

Monster » Jisung [✓]Where stories live. Discover now