18

526 91 5
                                    

Jia, kau sihat? Jangan risau pasal aku.

Apa kau merepek ni?! Mana kau pergi? Tahu tak keluarga kau risau?!

Aku tahu tapi... Aku rasa aku tak berguna. Maafkan aku Jia...

Kau tak buat salah dengan aku. Tolonglah balik.

Aku tak boleh balik selagi aku tak selesaikan benda ni.

Benda... Apa?

Boleh kau tolong aku?

Jia tidak membalas mesej tersebut. Dia membiarkan beberapa minit sebelum dia membalas.

Okay. Kau dekat mana?

⋅•⋅⊰∙∘☽༓☾∘∙⊱⋅•⋅

"Ha-hayoung...,"

Jia melangkah dengan senyap ke dalam rumah tersebut. Hayoung mengatakan bahawa dia tinggal di situ.

Tetapi, rumah itu sedikit pelik. Bahagian luarnya agak kotor. Namun dia tetap berjalan masuk ke dalam.

Tap

"Huwargh!— em hm?!"

"Shh,"

Kalau mulut Jia tidak ditutup, pasti jeritannya sudah meletus. Orang yang baru sahaja menepuk bahunya ialah...

Jihoon.

"Kita keluar daripada sini dulu," bisik Jihoon. Namun Jia menolak.

"Kenapa kau ikut aku?!"

"J-jia, jangan jerit. Nanti dia de—"

Kriek

Mata mereka berdua serentak memandang ke atas. Kedengaran bunyi pintu dibuka, beserta dengan langkah seseorang yang menuju ke arah mereka.

Jika mereka keluar, pasti diketahui. Maka satu-satunya cara adalah dengan menyorok.

Jihoon menarik tangan Jia. Mereka berdua mencari tempat untuk bersembunyi.

"Oh, aku tak sangka ada orang lain,"

Jisung tersenyum sinis.


⋅•⋅⊰∙∘☽༓☾∘∙⊱⋅•⋅

Monster » Jisung [✓]Where stories live. Discover now