19

581 90 4
                                    

Jisung? Kenapa dia ada di sini? Mana Hayoung?

"Hayoung tak ada, Jia. Dia dah mati," ucap Jisung dengan selamba. Dia seperti dapat membaca fikiran gadis itu.

"A-apa salah Hayoung sampai kau buat dia macam tu?!"

"Sebab aku sayang kau, aku lindungi kau daripada orang yang selalu sakiti kau,"

"Gila!"

Jisung tergelak. Ayat Jia begitu lucu di telinganya. Seperti gerakan perlahan, dia mendekati mereka berdua.

Seperti biasa, sebilah pisau tergenggam di tangannya. Jihoon menggesa Jia melarikan diri.

"Kau ikut aku sekali!"

"Pergi Jia!" Jia ditolak keluar. Gadis itu masih teragak-agak untuk menyelamatkan diri.

"Jia, aku minta maaf sebab sorokkan perasaan aku daripada kau. Harap kau jumpa seseorang yang boleh jaga kau,"

"Apa? Kau tak akan mati," air mata Jia bergenang.

"Pergi lari!!"

Walaupun hatinya rasa berat, langkah tetap diatur. Namun malang tidak berbau, dia tidak menyedari gaung yang terletak di sebelah kirinya.

Jia menggelongsor laju ke bawah. Kakinya luka, tangannya patah.

Tetapi keberaniannya melebihi kesakitannya. Dia perlu selamatkan Jihoon.

Kerana dia, orang yang tidak bersalah terbunuh.

Tiba-tiba, dia terlihat cahaya yang menyinari kesuraman hutan tersebut. Dia sudah semakin hampir ke jalan keluar.

Sehinggalah badan dia ditarik seseorang. Dia yang Jia sangka baik, rupanya seorang pembunuh.

⋅•⋅⊰∙∘☽༓☾∘∙⊱⋅•⋅

Monster » Jisung [✓]Where stories live. Discover now