06

606 113 25
                                    

"Kau tak payah sibuk! Itu urusan aku dengan dia!" Suara Hyewon bergema di koridor itu.

Jisung dengan selambanya mendekatkan mukanya ke muka Hyewon.

"Berhenti buli dia

Atau mati," setelah mengatakan itu, Jisung berlalu pergi begitu sahaja.

Hyewon membetulkan bajunya. Jia yang berada berdekatan situ direnung.

"Kau jangan ingat kau boleh terlepas!"

Hyewon sedikit takut dengan ugutan tersebut tetapi dia tidak akan menyerah.

'Aku akan pastikan Jisung jadi milik aku! Tak ada siapa boleh ambil dia termasuk kau, Jia!' desis Hyewon di dalam hati

⋅•⋅⊰∙∘☽༓☾∘∙⊱⋅•⋅

"Jia!"

"Ya eomma,"

"Siapa eomma kau? Kau tu bukan anak aku!" Jia tersentak apabila disergah begitu.

Selepas kematian eommanya, appa berkahwin dengan orang lain. Eomma tirinya tidak menyukai Jia.

Dia juga mempunyai seorang kakak tiri yang bernama Youngmi.

"Maaf puan...," Youngmi yang melihat muka sedih Jia tergelak.

"Aku kata sapu rumah ni bersih-bersih. Kau tengok, ada lagi habuk. Macam mana kau buat kerja?" Dahi Jia dijentik.

"Ma-maaf. Saya sapu sekali lagi...,"

"Kesian... Dah lah tak ada ibu, lepas tu kena layan macam orang gaji," kutuk Youngmi.

Kemudian, Youngmi menaburkan kulit kacang yang dimakannya ke atas lantai.

Jia mengetap bibirnya. Dia menahan air matanya daripada jatuh.

Dia perlu kuat.

⋅•⋅⊰∙∘☽༓☾∘∙⊱⋅•⋅

Monster » Jisung [✓]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt